Dec 31, 2013

Exam Month >> 2014

Try your best korang jika tengah exam juga.. Sekarang  tengah menghadapi exam yang sangaatt mencabar.. 1 paper dah berlalu dengan pasrahnya (baru je tadi) .. Btw, let bygone be bygone.. :'(
So, in January 2014, adalah bulan stress untuk exam, presentation proposal, fieldwork, lab report and etc..
Doakan aku dapat menghadapi semua ni dengan jayanya..
#master
Everything gonna be excellent.. How I wish that..
InsyaAllah..


Happy New Year 2014.. Moga tahun ini mendapat rahmat 
dan lebih barakah dari-Nya. InsyaAllah :)

Dec 26, 2013

Segmen : Jom BlogWalking



Jom Blogwalking, mana tahu rezeki berpihak pada kita :)

tamat pada :-

10 Januari 2014


p/s : Nak Join? Klik je banner di atas ok ^^



Dec 20, 2013

I do <3 kids

Disebabkan aku tersangatlah sayang bebudak, dan suka bebudak, adakah ini naluri bahawa aku sudah layak mendirikan rumahtangga? Erkkk.. Kang makan pelempang dengan mak abah aku.. Haha.. Takde la mak abah aku nak buat gitu. Aku je buat ayat kasik hiperbola sikit. Kan ker dulu time sekolah kan belajar Bahasa Melayu ada metafora, hiperbola, dan segala flORA.. hehe. Btw, entry ini patut aku buat 2 tahun lepas, ya 2 tahun yang lalu. Di mana aku berpengalaman dan bekerja semasa Semester Break.. Itulah pengalaman pertama aku kerja dan tak mungkin aku lupa. Ianya harus dijadikan memori yang indah :')

Psssttt. Btw, 2 tahun lepas, aku masih tidak mempunyai blog.. So awal tahun ini baru start dengan dunia blog. Too bad right? Haha. Kalau tak, macam2 boleh story mory >_<



Tanggal, kemaskan..


Kena cantikkan kelas.. (cat dan buat kelas ceria)


 Dah cat dan buat apa yg patut....
Buruk la tulisan Teacher Nor ni.. erkkk -.-



Last 2 years event aku sempat join, majlis berbuka puasa..

 Wait, i'l try to remember all of them. From the left : Affiq Danish, Azmil, Afnan, and Khayra.
(Yeay, I still remember :D )


 With siblings, Danial Hisham and his sister. look alike right?

It is me? 2 years ago.. sigh -,-


 Teacher jatuh cinta ngan Danish.. Hehehehehe -.-'

Very photogenic Danial Hisham and, Affiq Danish was act so cool? =P

Moment yang tak boleh aku lupa, apabila aku marah sangat dengan kerenah mereka, aku marah sangat. Then aku cakap, Silent! Dengan mata aku semua memandang kesemua muka readiness 4 years. (28 students).  Dengan situasi yang serius, semua mata murid aku tengok macam tunduk ke bawah lantai. Ada yang macam nak nangis, ada yang bermain-main pensil atas meja, tak kurang juga ada yang terdiam kaku tak berani memandang aku. Tetapi boleh plak time tu kan, seorang murid perempuan, dengan selambanya berkata


"Teacher Nor, bukan silent laahh, Silent, please!"

(Aku pun dengan tak tahan nak ketawa, terus pusing ke arah whiteboard)
* Tak jadik marah... ^^

See, student now is very smart! They taught very well. Very well mannered that girl (the girl with boys in the class, picture above).

One thing, i love kids very much because all of them is very honest! Yeahh.. They are not good for cheating at all. They very kind, soft-hearted, even they love me too. That's the point (:

Just  remember now how glad am I when I got a chance to teach children.. :')


#Throwback #2011
#Readiness4years

p/s : btw, teacher Nor its ME! Hehe. Bcoz of one teacher has the same name with me, so other teachers suggest to call me Nor. Takkan nak panggil achik, that's informal. I'm okay with that name. Nampak macam ayu, sopan2 gittooo.. Teacher Nor >.<

Dec 18, 2013

Dia touching dengan saya -.-



bufy achik,
1919 atas muka bumi,
milik Allah.                                                                                                     18 Disember 2013


MEMOHON MAAF ATAS KEALPAAN MENGUCAPKAN ULANGTAHUN YANG KE- 22.

Merujuk kepada perkara diatas, saya memohon maaf atas kealpaan saya kerana tidak mengucapkan tarikh lahir Cik pada 4 Disember lepas. Hal ini adalah kerana, saya terlalu sibuk dengan urusan master saya, kenduri saudara-mara, serta segala urusan yang pelbagai. Tambahan pula, Cik  tidak meletakkan tarikh lahir  di timeline muka buku.

2.     Jika Cik menunggu untuk saya mengucapkan ulangtahun Cik selama beberapa minggu ini, saya minta maaf. Sampai Cik telefon saya dan kita berbual-bual panjang sehinggalah Cik mengatakan hal yang sebenar. Saya betul-betul terlupa.

3.     Oleh yang demikian, saya berharap Cik dapat memahami situasi yang saya alami. Segala kerjasama dari pihak Cik amat saya hargai. Sekali lagi saya memohon kemaafan atas kealpaan saya.



Yang Ikhlas,


achik

Dec 16, 2013

Weekend ceremony

Disebabkan blog harus diupdate kerap, maka aku memilih untuk berkongsi aktiviti aku dihujung minggu baru2 ini..
Kenduri kahwin cousin aku.. cousin aku ni lelaki.. So, xdek lah gambar banyak, so gambar kami2 je la.. Biasa lah,, perempuan.. That's normal.. Kalau lelaki buat begini, abnormal -.-'
Kakak aku tengah panas la ni sebab cousin aku tu muda pada dia, then jodoh dia dulu.. Nak2 plak jiran umah aku pon hampir melangkah bendul (pasal dah bertunang last week jugak).. Yang tu lagi la, sama umur aku.. Haiyaaa.. Wa pon tak senang duduk nih -_-'
Senang cerita malaslah nak fikir, konon, padahal risau kan -_-' , jodoh ketentuan Allah.. Lagipun aku baru 19.. Nampak sgt nak menipu! :P..  Kalau orang tanya jawap masih belajar lagi.. Muda lagi pon aku.. Below 25..  24? Muda lagi okess.. Two Two..

Dec 7, 2013

Interview Pegawai Siswazah MARA

Nak dijadikan cerita esok interview harini baru balik.. Malam pulak tu baru sampai..
Apa je yang sempat aku prepare -.-
Hari interview
Ada 4 sesi untuk temuduga ni.. (Banyak plak aku rasa)..
- Esei
- Micro-teaching
- Psychometric test
- Interview

Dari pagi aku sampai, petang dlm 5 lebih baru habis.. Sehari jugak la rasa..

Pengalaman /Perkongsian Tips
Untuk esei, masa tu kitorang kena karang around 200-250 words only.. Esei berkaitan apa yang anda rasa anda boleh beri kepada Mara? What quality do you have.......... ? Dah la English, pastu overall, dah bape tahun aku tinggal nak wat esei/karangan bagai nii? Mihihihihi

Micro-teaching pula kena ajar student.. Ibarat 2 orang penilai yang berada di depan kita sebagai students.. Dalam surat tawaran even dah bagitahu yang kita kena prepare untuk mengajar.. Pilih je tajuk mana yang kita rasa sesuai dan melancarkan kita untuk mengajar.. Aku ajar tajuk waves, walaupun fizik dah macam ingat2 lupa.. Haha.. Lupa diri sungguh -_-' 
Btw, anda boleh bawa peralatan sebagai ABM.. Cewwaah.. Tapi aku tak bawa pon.. Just aku buat simple experiment je dalam kelas.. Konon simple experiment yang aku buat tu sebagai revision untuk tajuk last week aku mengajar.. (flashback la konon) Tapi aku macam pelik ataupun patut ke aku excited bila dyorang tanya pasal master aku.. Penilai pon pelik dan tanya why you choose geophysics? Aku pon bla bla bla menjawap.. Kih kih kih.. Penilai bagi cadangan kalau awak dapat, master awak bley wat PJJ.. Aku pon macam fikir la jugak.. Mesti fikir betul2 ni ^.^

Psychometric test! Ini memang psycho.. Ye la, mengantuk sangat aku time tu.. Banyak soalan plak.. Siap ada soalan akta2 lagi.. Pening2.. Aku jawap dengan tiada perasaan.. Haha.. Korang jangan risau, soalan objektif je pon dan tiada betul salah.. Ujian untuk menilai kita layak ke tak jadi pendidik..

Yang terakhir, interview! Yawnn.. Ini paling cuak even masuk 3-4 orang sekali masuk.. Kalau masuk ramai2 kan macam interviewer akan compare antara masing2.. Dah time ni pon aku kene tanya pasal geophysics.. Remote sensing plak.. Macam pernah dengar -_-'
Last2, aku konpius aku ni interview physics @ geopyhsics ^.^
Last but not least, overall aku puas hati.. Last time interview, seorang interviewer cakap. 'Tak Kisah kan kalau Lepas ni dapat Sabah Sarawak kan?' Aku senyum je.. Mihihihihu.. Sanggup ke tak? -.-







Last, balik rumah pekena nasik kandaq ( real penang mari! ) ^-^


P/S: apa2 pon dah selesai, dapat ke tak, itu ketentuan Allah.. Hati aku macam nak habiskan master dengan jayanya.. Tapi dalam masa yang sama, nak kerja jugak.. Nak ada duit sendiri, pakai kereta, keperluan lain, etc.. Ok lah, aku cuma nak share pengalaman interview aku dengan MARA.. Semoga beroleh manfaat

 ^_^


Dec 1, 2013

Jangan dibuat main-main dengan 'kebosanan'

Hey yo~
Tiada isi apa yang menarik.. Cuma ingin menegaskan disini janganlah anda bermain-main jika anda berasa stres akibat terlalu bosan..

Kalau tak jadik lah cmni -_-'



Ni kawan aku lah buat lawak. Namanya Sis 'A' Mesti dia pon bosan kan? Hihi.. 



Nampak tak betapa bosannya? Orang yang tak panggil kakak pon dipanggil kakak -,-



Okey.. Yang ni special.. Kenapa aku tak tahu sis Yatt ada letak kat insta dia nih. Hihi..
 Thanks sis.. ^^

Last but not least, dekat majalah Nur Disember 2013 ada la gambar bengkel kat atas ni. Tapi aku bukan cover majalah tu taw.. Itu suatu hari nanti, bakal tiba. Hee.. Doakan lah ye ^.^

Nov 20, 2013

Langkawi Island


Nak tahu bagaimana aku boleh terlepas ke Pulau Langkawi, tolonglah baca entry ni.. Hehe. Sia2 tau kalau pergi Langkawi tak jenjalan mana2. Satu soklan dari kawan aku kat Langkawi ni apa yang best? Aku jawap, kat sini semua tempat boleh melancong. Nampak tak betapa tak ruginya kalau korang pergi Langkawi? Hehe. Dah la hotelnye yang tak berapa mahal, pastu celik2 mata, korang nak pergi shopping terus pon takde masalah ^.^

btw, hotel aku kat Kuah. Memanglah celik2 mata, boleh terus shopping. Mihiihihihi..
Kitorang jalan kaki je nak gi Pekan Kuah. Around 3-4 km je. Pasal shopping, haruslah sanggup jalan walau jauh sikit. Sikit je pon -.-






Coklat yang menjadik feberetku  kini

Nov 14, 2013

Lagi Hitam lagi belajar banyak -.-

Alhamdulillah...

Konvo dah habes, sekarang mood kena beralih untuk sambung belajar lagi. Plus, sekarang ni baru je habis fieldwork. Tak sangka dapat melalui semua ini. Hee. Walaupun pelbagai onak dan duri dilalui, terutama bersama2 rakan2 sekumpulan yang sangat membantu, serta pensyarah dan rakan2 semua. (Dah macam ucapan dah.. adoi)


Berjaya juga melalui semua ini.. Bayangkan merton (hammer) yang pakai untuk kaedah seismik berjaya aku angkat dan ketuk! Aww.. Macam terharu la jugak. Ekekekeke.. Aku terharu? Yaww.. Apa2pun, aku berjaya melawan 'fear factor' aku. Terutamanya tragedi pacat pada hari pertama di field. Kikikikiki.. Bak kata group aku, biarin mereka memandang enteng diri kita. Kikikiki. Whatever it is, fieldwork berlalu dengan jayanya dan rakan coursemate semua selamat belaka. Fieldwork dah habis, report? -.-


Last but not least, aku harap aku dapat membahagikan masa aku dengan baik, disamping menjaga hubungan aku dengan Allah, masa belajar aku harap dapat dipertingkatkan. Plus, masa berblog dioptimumkan.. >..<









tengok! Kemghelitan (kehitaman) terserlah! =P 


Fieldwok kali ini, nak memantapkan lagi disamping fieldwork ini merupakan final year exam untuk salah satu course. 10 hari wey.. Habis cuti midsem..  :')

Btw, hanya 5 kaedah geofozik yang dilakukan. Meh aku ringkaskan apa kaedah2 nya:-

 Imaging (1st day method, dah dapat pacat :P )
 graviti
magnet
seismik (ini yang mencabar! hammer seberat 1/2 kilo aku mungkin -.-')
VES


 Fieldwork2 juga, solat jangan dilupa..


 bas yang sangat setia mengambil para penumpangnya.. Ngee






Disebabkan tempat fieldwork ni terlau indah ciptaan-Nya, maka gambar2 manusia tidaklah banyak. Terutama gambar tuan punye belogss.. (Padahal, taknak letak, sebab sunburn atau oghang utaqa cakap hitam meghelit!! ) Ouchhh.. -_-'



Last but not least, best fieldwork ini, nak2 belajar benda baru. Of course excited. Okay. Semoga beroleh manfaat :')


p/s : Sesiapa nak hitam meghelit, tahan adventure, suka pacat =.= digalakkan untuk further master geofizik.. Kikikiki..

Oct 31, 2013

My Big Day

Tak boleh rasanya tak update ni.. (nak2 hari ini dalam sejarah) = 2910.. Lebih kurang camtu lah ayat yang bermain dalam pala otak fikiran aku.. Kih Kih.. 



Tiba2 aku terfikir, best jugak kalau mas kahwin 2910.. Aww. Gila banyak.. itu baru mas kahwin. Sebaik2 wanita adalah yang rendah maharnya. Ok, insaf -_- 
(Ikut kemampuan bakal suami la ye tak! :P) Kalau si dia nak bagi lebih itu rejeki namanya. >..<

Sudah! Sudah! Sudah........... Nak update pasal konvo kan....... Salah entry plak teringat plus berangan cket je bab kahwin.. Tettttt..

Okay, anggap yang deskripsi atas ni dalam fikiran aku je hokay! Biasa lah, aku hemoihss, hemoihiii, hemoh! Kakakakakaka..

pre-shoot (1 week b4 konvo)






The REAL show starts now!!!!~ 


Oct 20, 2013

H.A.T.I

Perasaan aku. Terlalu banyakkan waktu untukku? Semua serba tidak kena. Walaupun aku telah berjaya menamatkan degree aku dengan jayanya, suatu perasaan tidak tenang terbit di hatiku. InsyaAllah bakal konvo hujung Oktober ini. Tetapi perasaan gusar, resah, dan teragak-agak terbit dalam hati kecilku. Benarkah pilihanku? Mampukah aku? Tatkala ramai kawan-kawan seperjuangan lebih memilih untuk mencari pengalaman diluar, aku memilih untuk terus berada disini. Suasana tidak lagi seperti dulu. Aku bukan lagi seperti dulu. Walaupun jiwa meronta-ronta untuk terlibat dengan berbagai-bagai aktiviti, sesungguhnya aku rasakan tidak mampu. Perasaan apakah ini? Adakah disebabkan kos yang aku pilih terlalu demand? Atau aku tidak yakin untuk belajar menempuhinya? Soalan-soalan itulah yang selalu bermain-main difikranku. Jika kursus semasa degree aku merasakan ianya tidaklah terlalu sukar dan tidak juga mudah. Tetapi dengan adanya ramai rakan-rakan seperjuangan, aku sentiasa bersemangat untuk belajar. Adakah ini pilihan aku sebenarnya? Ya! Pilihan aku memang untuk sambung ke tahap ini. Itu impian aku sekurang2nya jika aku tidak mampu gelaran 'Dr'. Harapan mak dan abah serta family juga tidak terkecuali. Tetapi, aku sentiasa gusar. Adakah terlalu cepat untuk aku menyambung belajar ke peringkat seterusnya? Beberapa kawan rapat aku, memberi dorongan serta semangat untuk aku. Jika mereka yakin aku boleh, mengapa tidak aku?? Kenapa aku terlalu risau? 


Of course perasaan gusar menyelubungi hati aku.. Masuk kelas umpama tidak tahu apa2. Tapi kenapa aku tidak bersedia seperti dulu? At least aku mesti prepare. Aku berasa sungguh takut jika tidak mencapai sasaran untuk menghabiskan pelajaran dalam masa yang sungguh singkat! Belum lagi konvo untuk degree, aku kena memikirkan Projek Akhir untuk Master!! Argghh.. 


Itu sebenarnya yang merunsingkan aku. Tatkala rakan-rakan lain bersemangat membuat persiapan untuk Majilis Konvokesyen mereka, aku?? Aku juga ingin membuat persiapan itu. Tetapi aku di dalam persimpangan. Aku patut memikirkan untuk menyiapkan segala assignment, lab report yang tertangguh serta Proposal FYP untuk dihantar minggu ini! =O

 Bagaimana harus ku katakan? Aku buntu. Ya Allah. Kau kuatkanlah hatiku. Buangkanlah perasaan was-was ini Ya Allah. Sesungguhnya aku yakin dengan rezeki-Mu di mana sahaja. Perasaan gusar ini aku harap beransur-ansur pergi dan mohon aku diberi kekuatan untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai hasrat aku di samping keluargaku. Akan aku jadikan senior2 aku yang berjaya menamatkan master mereka dalam waktu yang ditetapkan sebagai pembakar semangat untukku. InsyaAllah :')

Sebelum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master, pelbagai halangan dan cabaran yang diperolehi. Satu-satu dugaan yang mendatang. Disebabkan itu, kadangkala aku memikirkan adakah petanda buruk yang akan berlaku? Mengapa aku perlu berfikir begitu? Sesungguhnya perasaan was-was itu datang dari syaitan yang memang mahukan manusia sentiasa teragak-agak. Apa yang aku perlu tahu dan ingat, Allah sentiasa ada untuk hamba2-Nya. Dia yang akan menunjukkan aku jalan yang lurus. 


Sesungguhnya Allah akan menguji setiap hamba-Nya berdasarkan kemampuan hamba2-Nya. Aku perlu ingat, dugaan yang diberikan untukku tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan remaja sepertiku di negara2 Islam lain. Malahan peluang untuk mereka sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi sangat tipis. Bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi kadang2 keadaan yang menghalang. Aku bersyukur Ya Allah.. Semoga aku tidak menjadi hamba-Mu yang kufur ni'mat. 


~ hamba Allah ~

Oct 17, 2013

Bengkel Sehari bersama Nur

Finally.. I joined ^^..  A lots of tips I got from that bengkel.. Antaranya adalah Tutorial shawl Suci by Yatt Hamzah.. Terpaku aku bila Yatt pakaikan shawl untuk aku..Yatt sangat peramah dan ayu gitu..
Bengkel ini sebenarnya pada bulan Jun tetapi ditunda pada Oktober.. Alkisahnya macam ini., Sebenarnya memang nak join tetapi memikirkan bulan Jun haritu aku teramatlah busy dengan presentation (viva) FYP.. Pastu dengan nak final exam, lalu aku melupakan hasrat aku untuk join.. Last, bila majalah Nur tunda bengkel ini ke bulan 10, aku pon fikir untuk join.. Dalam awal September aku pun mengambil keputusan untuk join.. ^_^


Yang bestnya, dah la Yatt buat tutorial pasangkan shawl untuk aku dan 5 orang peserta yang lain, pastu kitorang siap dapat shawl Suci by Yatt Hamzah lagi.. Pastu akhir sekali, dapat hadiah dari penaja. Aku dapat dari The Pink Dress Co.. Tq sis Farah for nice and beautiful dress! I like it ;-)
Pastu karangkraf bagi pulak borang langganan majalah Nur secara percuma selama 3 bulan.. Huyyoo..
Tak cukup dengan itu, ada goodies bag dari Karangkraf plak. Dalam beg ada macam2 pulak. Majalah Nur, dan banyak lagi. Tak sempat aku nak tengok lagi.. -_-'


Overall, aku sangat puas hati.. Hee.. Berbaloi sungguh dapat join bengkel ini. Lagipun semua wanita2 belaka.. So, sangat santai dan berkongsi tips yang wanita perlu tahu. Tips kecantikan dalaman dan luaran, etika pelbagai, gaya tudung yang sesuai dengan diri dan macam2 lagi oleh Puan Yasmin Sidek. Even aku tak menepati tema majlis.Huhuhu. Takder baju. Hoho. So, main rembat je baju mana ada, baju kenduri kahwin untuk abang2 aku. Hii. Actually, tema bengkel Sehari bersama Nur kali ini adalah 'Pink and Blue'. Aku pakai white and pink! Ngeh ngeh ngeh :P
 Neves tao aku di sebelah Sis Yatt ^^


Keenam2 orang yang bertuah bila Sis Yatt pakaikan shawl. Tanteks kan shawl ni semua? May look here!






Sesi terakhir >> bergambar <<

Pelbagai hadiah dari penaja yang kami dapat. Aku sangat bertuah sebab dapat dress dari salah satu penaja. Penajanya adalah The Pink Dress Co (Link) . Walaweyy. Shantek! tao dress dia. Dapat free lagi. Melepas la korang tak join bengkel ni. Dah la dapat tips banyak, pastu dapat plak macam-macam. Kalau korang menyesal, lepas ni join lah yer bengkel yang NUR anjurkan.. :)



Inilah dress yang aku dapat dari penaja The Pink Dress Co. So elegant and polite :D
Apa lagi? Go to their page. Tak beli pon, cuci2 mata, nanti dah berkenan, belilah yer! ^__^

Last but not least, don't forget to buy 'Majalah Nur' edisi November '13 yer.. ^__^







Oct 11, 2013

Sibu K.A.M.I tiba ! Part II <3

Hey.. Aku dah janji nak update aku pergi mana kat Sibu kan? Kawan aku cakap kat Sibu tak ada tempat melancong kat Sibu ni.. Tapi kami berkeras at least carik tempat yang ada jual kek lapis ori Sarawak.. So we got it.. Yang ori mori hasil tangan makcik kat Kg. Bandung dah aku beli setengah kilo.. Hoho.. Kang orang tanya pernah pergi Bandung? Dengan bangganya aku dan kawan2 aku jawap pernah.. Hihihihihi.. Dekat Sibu pon ada Bandung tao.. :-)
Let explore what Sibu have....


Gaya semua tak nak kalah ^..^


View 'Sibu' from Wisma Sanyan




Ingat tak tragedi banyak rumah terbakar dekat Sarawak tu? Ha ni lah tempatnya, dekat satu kampung di Sibu.

Ni area berdekatan Pasar Sibu













Oct 10, 2013

Apply Master Semester 2 session 2013/2014 Part II

Hye.. Assalamualaikum. Just short entry. I promise >_<
If one of you, or your friends, sis, bro's or anyone else want to apply master at UKM, semester 2 2013/2014 the application open :-

6th Oct - 8th Dec 2013

Sep 27, 2013

Sibu K.A.M.I tiba!! :')

Sibu? Kenapa sibu? Why? Why? Ada ape je kat sibu? Ouch.. Jangan ditanya soalan itu kerna kami juga tidak tahu.. Keh keh keh -_-
Tujuan dtg sibu sbnarnya nak datang kenduri umah kawan.. Ohsem tau kawan nii.. Shantek.. Siap sedia tempat tinggal lagi tuk kitorang..Hehe.. Of course lah kita kan jadi flower girl die.. Hihi..
Kalau nak tanya tempat jalan area sibu ni, kata orang sini takde ape sangat.. Tapi kalau nak dapat kek lapis ori yang dibuat sendiri terbaik dari Sarawak, itu ada.. Yang kelakar hari 1st day dah sampai airport Sibu, alkisahnya naik la teksi yang disarankan member kitorang (yang nak kawin), nama uncle siu hwa..
Kami  : Dekat Sibu ni ada ape ye uncle?
Uncle : Tak ada apa.
Kami  : Ohh.. Nak carik kek lapis ke, tempat best kat Sibu ke?
Uncle : Tak ada.. Memang tak ada..
Kami  : Uncle Orang mane ye?
Uncle : Sibu....
Kami  : ( Terdiam, speechless :3 )
Sangat kelakar jawapan uncle tu. Kitorang terus tak tanya apa dah sampailah umah kawan kitorang.. :P
Nak tahu tak majlis persandingan K. Farah dan kami jalan mana je kat Sibu ni? Next entry ye.. >___<

Sebelum berangkat ke Sibu >_<

Sep 12, 2013

P.E.M.B.O.H.O.N.G.A.N


Mata aku berair kerana menahan tangis. Sederas air ombak yang memukul pantai, begitulah terasa ingin menangis melepaskan segala yang ada. Bukan sekali dua, sudah berkali-kali. Dan aku masih percaya dia. Mustahil untuk aku lepaskan dia setelah pengenalan singkat aku dan dia selama 2 tahun akhirnya membibitkan perasaan cinta. Seterusnya sehingga pertunangan aku dan dia sudah diikat sebulan yang lepas.