Mar 31, 2013

Pointer Ke UKM - Lepasan Matrikulasi Part I =)

Sekarang ramai pelajar yang semakin hari semakin pandai kan? Rasanya masyarakat sudah semakin sedar akan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan. Tidak kisahlah ilmu untuk dunia mahupun ilmu akhirat. Masing-masing penting kan? Apa aku nak kongsi kali ini khas untuk pelajar lepasan matrikulasi yang akan menamatkan pembelajaran beberapa bulan saja lagi kan? Jadi, sudah tahu dimana IPTA/IPTS yang menjadi pilihan adik-adik? Wah dah tua aku ni. Macam tak caya ja kena panggil korang ni adik-adik? Kalau tak hemoih tak bley aku ni. >__<

Fokus aku untuk IPTA yang menjadi bualan ramai. Konon ! Memandangkan aku bakal menamatkan Ijazah Sarjanamuda aku di universiti yang aku amat cintai ini dalam xsampai setahun lagi, aku dengan ini ingin memberitahu cara bagaimana untuk dapat masuk ke UKM. Yeayyy >__<


Lagipun UKM sekarang kan salah satu universiti autonomi dah kan sekarang ini.. So, pemilihan pelajar dipilih oleh pihak universiti sendiri, dan tidak melalui sistem umum sebelum ini. Betul kan? Jika aku salah, mohon tegur. Tengs :)

Aku akan bagi beberapa kos yang ada di UKM berdasarkan pointer kemasukan. Tetapi korang kena ingat, yang aku ada ini kemasukan 4-5 tahun lepas. So, sekarang mungkin berbeza disebabkan terlalu ramai korang ni yang pandai dan mungkin cutting point untuk pointer semakin tinggi :)
Jadi, apa yang aku bagi ini, boleh diambil sebagai rujukan sahaja berdasarkan kos pemilihan yang korang inginkan dan idam-idamkan dan mengikut kesesuaian :)









Unfair la kenapa UK Malaysia je aku letak untuk entry ini??


Mihihihihi. Kira aku memang nak suruh korang ni masuk UKM. Bz la final yer ni nak letak semua universiti.. Konon bz sangat =P Ke korang nak jugak IPTA lain berdasarkan pointer? Kalau nak jugak, bagitau..Permintaan adik-adik aku akan cuba buat okey. InsyaAllah  :)


btw, jangan lupa mohon di laman web http://upu.mohe.gov.my/ ye adik-adik :)

p/s : Tapi diingatkan lagi sekali bahawa ini sesi kemasukan lama dimana UKM pon belum menjadi universiti autonomi lagi. Kemasukan ini adalah sesi 4-5 tahun lepas. At least dapat membantu okey. :)







Mar 30, 2013

Benci ATAU Suka

Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak megetahui.

Al-Baqarah ayat 216 


Mar 21, 2013

Tutorial Contact Lens 0_0

Selalu wanita akan buat tutorial tudung, shawl atau seangkatan dengannya kan bagi muslimah khususnya. Kali ini, tutorial untuk memakai kanta lekap @ contact lens spesel edisi aku. Bahahahaha. Aku telah berjaya menarik perhatian kawan aku yang seorang ini untuk memakai contact lens. Mahu lihat caranya? Di mana lokasinya? Anda pasti boleh mengetahuinya jika anda biasa dengan tempat ini. Aku siap akan pomot lagi kedai ini. Layanan A+++++. Dari first year aku regular customer kat sini. Abang-abang dan kakak aku pon sama. :)


Okeng.. Ini kita amik sorang budak comel yang sudi menjadi model untuk tutorial yang pertama yang aku buat kat blog aku nih. Pasney, kalau feedback positif dari kawan-kawan aku, even diorang tak komen kat blog, hampeh tol hampa aku tetap menghargai kawan-kawan atau pengunjung yang baca blog aku yang tak seberapa ni.. Tengs :)

Anda eksaited? Begitu jugak aku. Bahahahaha. Tutorial dari budak kacamata KEPADA kanta lekap pon bermula !


Grace : U takmau takut2 ye. Biasa la mula2 pakai ni. Mula2, u letak lens tu dihujung jari (seperti dalam gambar). Pastikan bentuk lens tu melengkung macam bola mata kita jugak okey :)
Miss A : (Lihat dengan khusyuk. Speechless) 

{pasal eksaited sangat la tuh} :P

Cewwahhh!

Grace : Cepat, nak masuk dah tu. You boleh pakai punya. Buka sikit mata u besar-besar maa~
Miss A : (Aku tengah bukak la mata aku besar-besar, tak besar jugak nak buat cmne)


Aku agak je lah jawapan si model tu gitu dalam hati dia. Mata dah memang kecik. Kena pandai-pandai la bukak luas-luas sikit ya dak? Orang bukak mata besar-besar tarik hujung kening dengan tengah bawah mata. Yang si budak model hampeh ni tarik hujung mata. Ceittttttt! Memang tak masuk2 laa kanta lekap tu dalam bola mata. Jangan kata bola mata, bulu mata pun tak sempat nak kena pon, sebab mata si miss ni tertutup dulu. Bahahahahaha.. Sorry ter'kutuk' lebih !
I tahu u boleh buat -Grace-


Hampir  lebih kurang 20 minit menunggu tak berjaya jugak. Apa nak buat?

Si Grace yang baik hati ni pom pasang n buat demo cara nak pakaikan. 

Grace: Mata u mau tengok itu cermin yaa. Bukan pandang ke lain.
Miss A : bufy, aku takut nih. Dia nak buat apa kat aku???

Ek eleh budak ni, macammana dia boleh sebut nama komersial aku nih? Sape budak ni? Aku kenal ke? Bahahahahahaha.. Korang fikirlah sendiri. Sape yang amek gambar eyk? Dah kamera tak cantik. Pastuh maen amek je kan. Memang orang nih tak pandai amek gambar betul. Shot pun tak menarik. Ade aku kesah? Kenapa plak aku nak terasa? >...<


 Yeay. Mata berjaya dibuka seluas-luas dan sedaya mampu.Adoii. Sakit jugak. Meleleh-leleh air mata aku.

Anda rasa berjaya ke tak si model mox bum ni masukkan kanta lekap dekat bola matanya?
Kalau berjaya, apa hasilnya yer?

Kalau tak berjaya, macammana plak? Hampir sekotak tisu di kedai tersebut dihabiskan. Ditambah pula bukan setakat air mata tetapi air hidung pon ade. Oppppsss....>>>>>>> Hahahahahahahaha






Nak tengok tak hasilnya???





A                              L                               O                                 N                                 G




Tetibe iklan along zaman kecik2 teringat ! Bahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa >..<


Dan paling tak sangka Beto adalah along ! ><









tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!




" Lihat mata saya. Ada beza tak kiri dan kanan? Hehehehe..
Aper? Kening saye?
Ohhh.. Kening asli. Memang kening saya nih cantik, ramai yang dah tegur, terima kasih".
Btw, tak sia-sia usaha saya hampir half an hour belajar tutorial ni. Nasihat saye, bagi sesiapa yang 1st timer macam saye, jangan dan usah bimbang. Anggap sebagai satu cabaran. Kalau hati hendak suma boleh jadik. Ibarat kalau dah mahu, wang tak jadik masalah".


Haha. Ini salah satu atau mungkin terdetik di hati si pemakai ini. Semua ayat diatas adalah difikirkan oleh aku dan ada yang benar-benar terjadi. Aku mula-mula dulu pon takut nak pakai lens ni. Tapi dah mengada nak jangok bak kata orang ganu >> naza>> aku rela time posa haritu buat tarawikh 8 ja pastu teruih balik. Bagitau mak memang la sakit perut, tapi pastu aku duduk bilik sorang-sorang, bukak solution, baca cara nak pakai camna, duduk depan cermin. Then, aku pakai. Kalau tak nangis tu, kira terer la. Siap hingus meleleh-leleh lagi. Aku kira okey sikit la dari model kat atas nih. Pasal aku belajar sendiri2, pakai sendiri-sendiri. Dia, kedai yang ajarkan. UNTUNGLAH!



Akhir kata, kami pemakai lens ni, bukan niat nak cantik semata-mata, tetapi kadang-kadang memakai cermin mata menyebabkan kesan di antara mata dan hidung dan kadang-kadang membuatkan bebola mata semakin kecil. Memang sesekali terasa nak cantik, cun, hemoih suma ada.. Tapi kami dah kategori comel dah! Bahahahhaha..

Seyes la wey. Kalau pakai yang colourless, kalau jatuh, susah nak carik. Benda dah kecik. Aku  pakai kaler pon carik yang hazelnut xpon brown je. Ade sekali je haritu aku pakai grey. Tu pon pasal dapat free. Ngee. Benda free, aku amik lah. Tapi kalau ada event pape, nak gak kaler yang terang-terang 0_0

Dan paling lega, power mata aku dah turun sikit. Alhamdulillah. Sesetengah orang berpendapat memakai contact lens dapat mengurang power mata kita. Entah la. Mungkin rezeki aku kurang power. Aku bersyukur sangat !
Dan paling utama, perbezaan antara memakai lens dan spec ni, lens lagi clear. Sebab apa? Pasai iyenye duduk @ terletak dalam mata kita. Ada faham? Jelas >_<

Pesan aku : Hampa jangan nak percaya dan gatai tangan pi beli kat pasar-pasar malam, uptown, downtown tuh. Hampa berani ka nak pakai? Memang la mata barbie, murah RM10-RM20 boleh dapat! Tapi bab mata jangan maen la wey. Anugerah Allah. Ada sepasang je taw. Kalau boleh, beli kat kedai yang betul-betul kedai lens/spec. Bukan apa. Mata hampa jugak. Biaq mahai sikit, janji selamat dan selesa. Yang penting, bagi yang 1st time, tanya orang yang dah biasa pakai atau lebih tepat berpengelaman. Macam aku dulu, of course hakak aku yang sentiasa menjadi 'sifu' aku untuk bab cantik-mencantik nih. Hahaha. Aku tak pandai sangat :D


Antara jenama-jenama yang aku suggest>>

Tutti circle (1st time) bukan tutti fruity okey aku pakai. Memang tak femes macam blincon, freshkon, @ first look. Tapi aku yang first time pakai, rasa selesa seperti tak pakai apa-apa kat mata... >.<

Yang kedua, aku pakai freshkon. Tapi aku tak selesa. rasa kasaq ba'ang. Dan rasa macam mata berpinar2. Tapi terpulang kalau korang selesa. Jangan kang syarikat ni mai sue aku plak! Naya aku woiii...

Yang seterusnya, aku tak ingat lah jenama apa. Acuvue ke apa ntah? Tapi mang tak femes sangat. Orang kedai tu suggest kat aku. Katanya ramai customer carik yang ini. Aku pon cakap, okey, i'll try. Dan sampai sekarang aku masih pakai yang ni.


Yang terbaru, aku try pakai blincon. Rasa okey je kot. Tapi aku ingat nak carik yang 1st time aku pakai pasal sedangkan tempat jatuh lagi dikenang inikan pula cinta pertama! Bahahahahaha. A|DA KENA MENGENA KAH? HEK ELEH.  

Ibarat macam tu laa. Aku jenis setia. Gittttuuuuuuhhh. Motip la sangat~ Huh

pengaruh tv kuat nih. =P

Amiiinnnnnnn




Mar 19, 2013

Dr. Hafidz kelakar !

Okey. Aku rasa awesome sangat hari ini pasal Dr. hafidz kelakar! Sebelum ini, aku macam segan-segan nak kene lempang aku nih . Segan = malu. (jangan lupa guyssss sesuaikan maksud dengan keadaan) >.<
Yer la.. Dah bawak rangka kerja tesis aku, penat lelah gigih naik turun tangga PTSL, then pergi pejabat pos tapi urusan tak diterima. Aiyaakk~ Okey. Last week, aku gi bilik dr. Dia takde. Kate staf, kuar pergi minum. Sabar je lah aku. Hari ni dapat jumpa tu pon 2-3 kali aku berpusing-pusing samada nak jumpa ke tidak. Pasal gi kali pertama dia takde, mungkin gi solat agaknya. Alhamdulillah, on the way, aku nak turun dari aras 3 ke aras 2 PTSL, terserempak Dr. ngan kawan dia.

*********

Dr: Okey,bila kamu nak hantar tesis kamu?

Mar 14, 2013

Warna & Personaliti ANDA ?


Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.
Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.
Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya. Fisiologi warna dibincangkan di bawah. ;)
Sains warna kadang-kadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan pic dalam pendengaran, walaupun mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza.

Wah.. Wah.. Bukan main  ilmiah + skema entry awal aku. Ya iya lah. En. Wiki yang membantu. Ahaks >..<
Setiap orang pasti ada warna kegemaran kan? Tak kisah la sama ada warna itu kusam, pudar, terang, dan sebagainya. Pendek kata, panjang tak kata apa ka?  setiap orang ada persepsi dan mungkin skala nilai bagi warna-warna tertentu. Sebelum aku pergi lebih lanjut,
korang ingat tak dolu-dolu masa kat sekolah, ada ambil subjek Pendidikan Seni kan? Ala.. Yaang belajar warna primer, sekunder, dan tertier tuh.
Masih ingat lagi tak?

Just nak bagi gambaran. Rasa-rasanya masih ingat lagi agaknya. Good ! Mari kita lihat warna beserta personaliti anda ~ Yieeeeehaaaaaaaaa~
    • PUTIH           - sopan santun, peramah, dan juga baik hati serta elok pekertinya ^_^
    • KUNING        - tabah dalam mengharungi setiap cabaran, 'fresh ideas'
    • MERAH        - Berani rasanya semua orang tahu kan~, TETAPI emosional 8|
    • COKLAT       - katanya bersifat keibuan, takut untuk buat kesalahan. Yer ker? >..<
    • BIRU            - SETIA pada pasangan, ikhlas, jujur dalam segala tindakan, Nice kan  ;D
    • KELABU      - Suka mengalah dan rendah diri. Kalau orang tu tinggi camne?  poyo lak ^..^
    • HITAM         - Nampak kemas iklan Rain. Suka dipengaruhi, suka menyendiri. =O
    • PINK           - Seringkali, selalu, acapkali > berprasangka buruk dan perfectionist 
    • UNGU         - Tidak suka diperintah, pemurah. 
    • HIJAU         - Seorang yang bersifat sabar disamping mempunyai pendirian yang tetap, teguh !
    • JINGGA      - Bertanggungjawab , susah mempercayai kawan tetapi senang mempercayai sahabat!

Last but not least, tak payah nak percaya sangat benda ni semua. Nonsense plak aku nih. Haha. Takde lah! Kang tak bagitau, satgi mai ada kes saman-menyaman kononnya saya mempercayai blog cekelatmanih yang hemoih ni. Haha. Korang cuma perlu buat pelarasan dengan diri korang. Rasa sesuai tak? Kalau rasa sesuai, boleh ambil sebagai rujukan yang simple. Kalau tak, boleh jadikan sebagai sempadan. :)
Hurm. Tapi kalau ikutkan 'aura'. Jangan kata aku nak buat MLM pulakk! Adehh. Dulu, time aku kat mrsm di utara sana, Cikgu Fizik aku buat eksperimen berdasarkan warna. Kira macam kalau hampa buat demo eksperimen ini, hampa akan tahu la warna aura hampa yang sebenaq. Gittuuuhhh..
bIRU
PUTIh
hIJAU
PINk

 Warna tak banyak, ada 4 je dalam demo tuh. Cara-caranya mudah je. Depakan tangan anda.

Mohon jangan tiru aksi hero! Just nak tunjuk cara tangan didepakan
Awas yer kalau ada kes >...<

Kawan-kawan yang ada boleh tolong anda. Untuk demo ini, perlukan tiga orang sekurang-kurangnya termasuk ANDA !

Then, 2 orang kawan anda mestilah berada bersebelahan di kiri dan kanan anda masing-masing. 
REMEMBER~
Pada tangan kedua-dua kawan anda mestilah mempunyai 2 warna yang berbeza-beza (hanya 4 warna di atas)
Tak kisah la, nak pegang apa pon. Paling senang kertas yang bewarna dironyok-ronyokkan. 
STEP, seterusnya, kedua-dua kawan anda tadi mestilah memasukkan kertas yang dironyok dalam genggaman anda. Selepas itu, mereka menarik tangan anda menggunakan daya yang sama!

Acaner tu? Korang boleh letak piawaian (konon) , penghadang @ paling mudah aplikasikan konsep fizik dan matematik yang anda telah pelajari okey :D
KEPUTUSANNYA : Warna yang anda peroleh adalah daya yang membuatkan anda lebih terdorong ke arahnya. ;)



Selamat Mencuba!
Aku dah tahu warna aura aku. Warna yang susuai untuk gegurl dan boboiboy. =P
 Anda bagaimana? Selamat Mencuba ;D
Macam iklan plak aehhh~ 

Sungguh IKLAN ~ Pomot Astro Warna

~ Pasti menggeletek anda ~
Tak kering Gusi. DIJAMIN ! 

# Kebanyakan gambar adalah ilustrasi semata-mata
## Harap semua dapat memahami
### 3 13 13. Save the date~

#### Keep with cekelatmanih for more updates :D

Mar 4, 2013

Loghat Utara


Dalam aku dok pikiaq nak hilangkan kesan kotor ke atas beg kulit aku, aku pun call my mum. Ask her opinion. Mum cakap guna kiwi. Hoh, biaq betoi mum = mak. Bukan kiwi hitam untuk kasut berkilat tuuu. Tapi kiwi jugak namanya. Pelik kan oghang utara ni? Ubat gigi dipanggilnya colgate (jenama). Coklat lak membawa dua maksud sama ada gula-gula ( orang key_el) , atau cekelat (cadbury, vanhoutten, dll). Kalau roti plak, biskut pon dipanggil roti. Ngeh ngeh ngeh. Satu lagi, kalau segan pun membawa dua maksud. 
  1. Segan = malu
  2. Segan = penyegan / malas

So, begitulah ramai kawan-kawan aku yang akan salah faham. Sedih kan? Don't misunderstanding utarains people. Tibbaaaaaa  >..<
Actually banyak lagi perkataan-perkataan utaqa yang pelik-pelik. Bukanlah pelik, tetapi bagi orang yang tidak biasa, itu menjadik 'keanehan' bagi mereka. Macam aku dolu-dolu kat matrikulasi, rumet aku selalu mengenakan aku. 'Kucin... Kucin.. Nak guntin. Banyaknya anjin. Yaa. Aku rasa sementelah yang baca ni, ada yang tersengih-sengih kerana memahami @ ada pembaca yang blurr cakap aku poyo. Kahkahkah. Yang sebenaqnya, orang la kata, bukan aku kata. Tapi aku pun orang jugak. Hehe. Kedah pi bagi kat Terengganu huruf 'g' di bahagian belakang. Kalau fikir balik ada betulnya jugak. Hehe. Sesetengah atau majoriti masyarakat cuma tahu perkataan kedah yang  diakhiri 'r' ganti dengan 'q'. Tak semua. Kebanyakan memang macam tu. 



Contoh macam beberapa perkataan yang aku list seperti dalam gambar. Banyak lagi sebenarnya perkataan-perkataan lain. Selalu perkataan yang hendak digabungkan bersesuaian dengan ayat. Contoh ambil perkataan lit lit = panas. Panaih lit lit. Lapaq lit lit. Itu boleh diterima. Tapi kalau orang cakap sejut lit lit. Itu memang tak ada. Sejuk gedi @ sejuk gedik ada. Kiranya setiap perkataan tu ada penjodoh bilangan masing-masing la. Lebih kurang macam tu la aku boleh bagi perumpamaan. Ada faham? Hehe 


Last but not least, keep trying guys :) 

Imagine kalau facebook versi utaqa? Haha