"Eh, mahal lah yang ni! Yang aku beli murah je. RM10 je".
"Tak payah lah wey. Mahal sangat".
"Membazir je kau beli ni, ko pakai ke".
"Tengok lah dia tu. Nak menunjuk-nunjuk la tu. Entah-entah beli kat uptown tak pon pasar je".
" Ceh. Mentang-mentang retis skunk. Bujet hot"!
Pernah tak anda menerima ungkapan sebegini? Kalau tak semua di atas, paling kurang salah satu. Apa tindakan korang? Mesti lah marah kan. Tapi kalau kata-kata orang-orang camni, kita abaikan je. Kan senang. Bukan boleh effect hidup kita pon. Kan?
Ye laa. Aku bagi satu contoh : Sandel jenama scholl dengan sandel yang beli kat pasar. Tak sama kan? Bukan aku nak kata sape yang beli kat pasar, xde kelas. Sama sekali aku tidak bermaksud begitu. Ala, aku pun beli ape barang-barang kat pasar. Memang kalau kita pernah jumpa kasut yang berjenama mahal sikit dengan jenama yang tak berapa femes ames ni ada yang sama. Apa bezanya?
Bezanya, kualiti. Kita bukan cari kuantiti tapi kita cari yang berkualiti. Tapi sesetengah orang tak kisah beli barang mahal asal selesa dan bergaya. Aku kadang-kadang kisah lah jugak. Kalau barang mahal, tu duit mak abah aku le tu. Hahahaha. Mahal mana sangat la barang yang aku dapat. Biase je. Tapi aku bersyukur. Alhamdulillah.Cakap pasal sandel. Aku beli kat Vincci baru-baru ini tak sampai RM20.00 pun. Really?? Pergi lah korang tengok sendiri kalau tak caya. Promo till 17 Mac. Kang semua pakat gi serbu nih. Tu pon kalau ada yang baca entry aku sebelum tarikh yang disebutkan. Haha.
Pendek kata, kita jangan menilai barang dari segi luaran. Macam sekarang. Jenama handfon yang meningkat naik adalah Samsung. Walaupun functionnya lebih kurang sama dengan jenama lain, tetapi kadang-kadang beza harga melebihi RM 200.00. Bila aku tanya kenapa macam ni? Pasal JENAMA lorrr. Fenomena Samsung Galaxy, Samsung Note II, Samsung 8.0, Ipad, Tablet bla bla bla. I-Phone? Tak payah cakap la. Dah ada nama yang tersendiri. Kalau korang pikirkan balik suatu masa dulu sebelum Samsung, yang femes time tu Sony. Sebelum tu Nokia bla bla bla. Zaman semakin berubah. Everything on your fingertips. Nak dengan tak mau ja. Cuma benda kalau dah semakin lama semakin murah kan. Fenomena akan sentiasa berubah ikut peredaran zaman.
Masuk tak entry aku dengan apa yang aku omelkan ini? Senang cerita. Kalau nak buat perbandingan itu biar setara. Kalau orang cakap :-
"Eh, mahal lah yang ni! Yang aku beli murah je. RM10 je".jawapan 1 : Mahal la sikit, pasal aku punya yang ORI
jawapan 2 : Eh, biase2 je, mahal sikit sebab kualiti dia bagus sikit kotttt
"Tak payah lah wey. Mahal sangat".jawapan 1 : Suka hati aku la nak beli ke tidak! Duit aku. Haha
jawapan 2 : Aku da carik lama benda ni. Lagi pun, cantik la. kat luar tak dapat harga gini,
"Membazir je kau beli ni, ko pakai ke".jawapan 1 : Ko tahu mana aku pakai ke idak? Bukan selalu ko ada ngan aku!
jawapan 2 : Aku pakai kalau nak keluar je. Datang kelas tak melaram la gini.
"Tengok lah dia tu. Nak menunjuk-nunjuk la tu. Entah-entah beli kat uptown tak pon pasar je".jawapan 1 : Ek eleyh minah / mamat nih. Tak tahu ke barang aku ni Limited Edition !
jawapan 2 : Astaghfirullahalzim. (Istighfar)
" Ceh. Mentang-mentang retis skunk. Bujet hot"!jawapan 1 : Baru tahu ker? Kesian...... Tettttttt..
jawapan 2 : Aku bukan retis pon. Aku tak berkarya pon. Menyanyi, berlakon, melukis pon tak pandai. Apa la korang ni ~ >..<
Itu antara jawapan yang korang boleh pilih kalau soalan-soalan dia rasa cam nak 'salam' je ngan orang-orang camni.. tapi aku rasa kalau korang tak nak kawan lama ngan kawan-kawan korang tu, pilih la jawapan no. 1. Kalau korang rasa nak kawan sampai bila-bila or BFF lebih selamat ambik JAWAPAN NO. 2. itu yang aku sarankan. :)