Selalu wanita akan buat tutorial tudung, shawl atau seangkatan dengannya kan bagi muslimah khususnya. Kali ini, tutorial untuk memakai kanta lekap @ contact lens spesel edisi aku. Bahahahaha. Aku telah berjaya menarik perhatian kawan aku yang seorang ini untuk memakai contact lens. Mahu lihat caranya? Di mana lokasinya? Anda pasti boleh mengetahuinya jika anda biasa dengan tempat ini. Aku siap akan pomot lagi kedai ini. Layanan A+++++. Dari first year aku regular customer kat sini. Abang-abang dan kakak aku pon sama. :)
Okeng.. Ini kita amik sorang budak comel yang sudi menjadi model untuk tutorial yang pertama yang aku buat kat blog aku nih. Pasney, kalau feedback positif dari kawan-kawan aku, even diorang tak komen kat blog, hampeh tol hampa aku tetap menghargai kawan-kawan atau pengunjung yang baca blog aku yang tak seberapa ni.. Tengs :)
Anda eksaited? Begitu jugak aku. Bahahahaha. Tutorial dari budak kacamata KEPADA kanta lekap pon bermula !
Grace : U takmau takut2 ye. Biasa la mula2 pakai ni. Mula2, u letak lens tu dihujung jari (seperti dalam gambar). Pastikan bentuk lens tu melengkung macam bola mata kita jugak okey :)
Miss A : (Lihat dengan khusyuk. Speechless)
{pasal eksaited sangat la tuh} :P
|
Cewwahhh!
Grace : Cepat, nak masuk dah tu. You boleh pakai punya. Buka sikit mata u besar-besar maa~ Miss A : (Aku tengah bukak la mata aku besar-besar, tak besar jugak nak buat cmne)
Aku agak je lah jawapan si model tu gitu dalam hati dia. Mata dah memang kecik. Kena pandai-pandai la bukak luas-luas sikit ya dak? Orang bukak mata besar-besar tarik hujung kening dengan tengah bawah mata. Yang si budak model hampeh ni tarik hujung mata. Ceittttttt! Memang tak masuk2 laa kanta lekap tu dalam bola mata. Jangan kata bola mata, bulu mata pun tak sempat nak kena pon, sebab mata si miss ni tertutup dulu. Bahahahahaha.. Sorry ter'kutuk' lebih ! |
|
I tahu u boleh buat -Grace- |
Hampir lebih kurang 20 minit menunggu tak berjaya jugak. Apa nak buat?
Si Grace yang baik hati ni pom pasang n buat demo cara nak pakaikan.
Grace: Mata u mau tengok itu cermin yaa. Bukan pandang ke lain.
Miss A : bufy, aku takut nih. Dia nak buat apa kat aku???
Ek eleh budak ni, macammana dia boleh sebut nama komersial aku nih? Sape budak ni? Aku kenal ke? Bahahahahahaha.. Korang fikirlah sendiri. Sape yang amek gambar eyk? Dah kamera tak cantik. Pastuh maen amek je kan. Memang orang nih tak pandai amek gambar betul. Shot pun tak menarik. Ade aku kesah? Kenapa plak aku nak terasa? >...<
Yeay. Mata berjaya dibuka seluas-luas dan sedaya mampu.Adoii. Sakit jugak. Meleleh-leleh air mata aku.
Anda rasa berjaya ke tak si model mox bum ni masukkan kanta lekap dekat bola matanya?
Kalau berjaya, apa hasilnya yer?
Kalau tak berjaya, macammana plak? Hampir sekotak tisu di kedai tersebut dihabiskan. Ditambah pula bukan setakat air mata tetapi air hidung pon ade. Oppppsss....>>>>>>> Hahahahahahahaha
Nak tengok tak hasilnya???
A L O N G
Tetibe iklan along zaman kecik2 teringat ! Bahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa >..<
Dan paling tak sangka Beto adalah along ! ><
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
|
" Lihat mata saya. Ada beza tak kiri dan kanan? Hehehehe.. Aper? Kening saye? Ohhh.. Kening asli. Memang kening saya nih cantik, ramai yang dah tegur, terima kasih". Btw, tak sia-sia usaha saya hampir half an hour belajar tutorial ni. Nasihat saye, bagi sesiapa yang 1st timer macam saye, jangan dan usah bimbang. Anggap sebagai satu cabaran. Kalau hati hendak suma boleh jadik. Ibarat kalau dah mahu, wang tak jadik masalah".
Haha. Ini salah satu atau mungkin terdetik di hati si pemakai ini. Semua ayat diatas adalah difikirkan oleh aku dan ada yang benar-benar terjadi. Aku mula-mula dulu pon takut nak pakai lens ni. Tapi dah mengada nak jangok bak kata orang ganu >> naza>> aku rela time posa haritu buat tarawikh 8 ja pastu teruih balik. Bagitau mak memang la sakit perut, tapi pastu aku duduk bilik sorang-sorang, bukak solution, baca cara nak pakai camna, duduk depan cermin. Then, aku pakai. Kalau tak nangis tu, kira terer la. Siap hingus meleleh-leleh lagi. Aku kira okey sikit la dari model kat atas nih. Pasal aku belajar sendiri2, pakai sendiri-sendiri. Dia, kedai yang ajarkan. UNTUNGLAH!
Akhir kata, kami pemakai lens ni, bukan niat nak cantik semata-mata, tetapi kadang-kadang memakai cermin mata menyebabkan kesan di antara mata dan hidung dan kadang-kadang membuatkan bebola mata semakin kecil. Memang sesekali terasa nak cantik, cun, hemoih suma ada.. Tapi kami dah kategori comel dah! Bahahahhaha..
Seyes la wey. Kalau pakai yang colourless, kalau jatuh, susah nak carik. Benda dah kecik. Aku pakai kaler pon carik yang hazelnut xpon brown je. Ade sekali je haritu aku pakai grey. Tu pon pasal dapat free. Ngee. Benda free, aku amik lah. Tapi kalau ada event pape, nak gak kaler yang terang-terang 0_0
Dan paling lega, power mata aku dah turun sikit. Alhamdulillah. Sesetengah orang berpendapat memakai contact lens dapat mengurang power mata kita. Entah la. Mungkin rezeki aku kurang power. Aku bersyukur sangat !
Dan paling utama, perbezaan antara memakai lens dan spec ni, lens lagi clear. Sebab apa? Pasai iyenye duduk @ terletak dalam mata kita. Ada faham? Jelas >_<
Pesan aku : Hampa jangan nak percaya dan gatai tangan pi beli kat pasar-pasar malam, uptown, downtown tuh. Hampa berani ka nak pakai? Memang la mata barbie, murah RM10-RM20 boleh dapat! Tapi bab mata jangan maen la wey. Anugerah Allah. Ada sepasang je taw. Kalau boleh, beli kat kedai yang betul-betul kedai lens/spec. Bukan apa. Mata hampa jugak. Biaq mahai sikit, janji selamat dan selesa. Yang penting, bagi yang 1st time, tanya orang yang dah biasa pakai atau lebih tepat berpengelaman. Macam aku dulu, of course hakak aku yang sentiasa menjadi 'sifu' aku untuk bab cantik-mencantik nih. Hahaha. Aku tak pandai sangat :D
Antara jenama-jenama yang aku suggest>>
Tutti circle (1st time) bukan tutti fruity okey aku pakai. Memang tak femes macam blincon, freshkon, @ first look. Tapi aku yang first time pakai, rasa selesa seperti tak pakai apa-apa kat mata... >.<
Yang kedua, aku pakai freshkon. Tapi aku tak selesa. rasa kasaq ba'ang. Dan rasa macam mata berpinar2. Tapi terpulang kalau korang selesa. Jangan kang syarikat ni mai sue aku plak! Naya aku woiii...
Yang seterusnya, aku tak ingat lah jenama apa. Acuvue ke apa ntah? Tapi mang tak femes sangat. Orang kedai tu suggest kat aku. Katanya ramai customer carik yang ini. Aku pon cakap, okey, i'll try. Dan sampai sekarang aku masih pakai yang ni.
Yang terbaru, aku try pakai blincon. Rasa okey je kot. Tapi aku ingat nak carik yang 1st time aku pakai pasal sedangkan tempat jatuh lagi dikenang inikan pula cinta pertama! Bahahahahaha. A|DA KENA MENGENA KAH? HEK ELEH.
Ibarat macam tu laa. Aku jenis setia. Gittttuuuuuuhhh. Motip la sangat~ Huh
pengaruh tv kuat nih. =P
Amiiinnnnnnn
|