Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak megetahui.
Al-Baqarah ayat 216
Terjemahan di atas ini diambil secara terus dari terjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Indonesia. Aku takut hendak mengulas risau boleh menyebabkan akidah umat Islam terpesong. Nauzubillah. Jauhi aku dari memesongkan seluruh umat Islam ke jalan-Mu Ya Allah. Lagi pula, aku membaca tafsir tidak berguru secara terus dengan ulama'.Takut nanti menimbulkan banyak spekulasi. Mohon ditegur dan bersama-sama perbetulkan.
Apa yang aku berani untuk utarakan disini, apa yang aku faham. Moga kalian semua tidak salah menafsir dan sama-sama kita perbaiki diri. Selalu dan acapkali terjemahan ayat ini berlegar-legar di fikiran aku dari mula-mula aku membaca tafsir sehinggalah meningkat dewasa. Tidakkan begitu cantik dan indah dan mempunyai maksud yang tersendiri dalam ayat ini? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
:: Berdasarkan pengalaman / cerita ::
Semasa berumur 6 tahun dahulu, aku tidak suka pergi ke tadika kalau kawan baik aku tak pergi. AKU TAK SUKA. Puas mak aku pujuk, dan selalunya ayat yang mak aku pakai atau yang aku masih ingat sampai sekarang "Dayah tak kesiankan kat mak ka, pi la tadika tu, ramai kawan lain yang ada lagi".
Semasa kecil aku sakit, aku tak suka. Dan aku selalu nangis-nangis seolah-olah tak boleh menerima sakit seperti itu. Aku kerap sakit dada dan sesak nafas. Nak kata aku ada penyakit kronik, tak tahulah. Tapi rasa macam tak ada. Cuma tak boleh sejuk sangat dan tak boleh menangis sampai kuar hingus then sesak la nafas! Hurm
Baik aku mati je dari jadik camni. Pernah tak anda berkata-kata seperti ini? Kadang-kadang dalam keadaan kita marah, benci, dan macam-macam lagi emosi membuatkan kita merasakan biar dunia ini berakhir sampai disini.
Seorang kawan anda telah memburuk-burukkan anda dan anda mengambil keputusan untuk tidak bertegur sapa dan memusuhinya. Sedangkan dalam Islam, hendaklah kita saling maaf-memaafi walaupun kadang-kadang kita merasakan perbuatannya itu tidak boleh dimaafkan. Aku pernah terdengar dalam radio, seorang ustaz mengingatkan hal berkenaan IKHLAS. Memang kadangkala kita tidak ikhlas sepenuhnya kan untuk memaafkan orang itu. Nak pula, orang yang sepatutnya meminta maaf itu tidak pula berusaha untuk memohon maaf. Ye kan? Kita muhasabah balik diri kita, mungkin kita pernah melukai sahabat-sahabat lain atau mungkin kita disayangi oleh Allah kerana itu ujian untuk kita yang Allah tahu kita mampu tempuhi.
Anda memohon praktikal di kawasan rumah anda tetapi tidak dapat. Boleh jadi jika anda dapat tempat praktikal tersebut, anda akan selalu melukai ibu bapa anda yang ada di rumah. Sentiasa cari alasan untuk tidak mahu membantu mengurangkan beban mereka. Kadang-kadang benda kecil seperti ini boleh menyebabkan anda berbalah teruk dengan keluarga misalnya. Jadi, mungkin 'perantauan' adalah tempat yang sesuai untuk anda menjalani praktikal yang paling lama pun mungkin bagi sesetengah pihak 4 bulan.
Anda memohon kerja di tempat yang tip-top! Anda sebenarnya lebih layak jika hendak dibandingkan dengan kelulusan rakan-rakan anda. Tetapi anda TIDAK DITERIMA. Anda seharusnya bersyukur dan berfikir mungkin tempat itu kadangkala membuatkan anda tidak sempat melakukan ibadah dengan sempurna atau membuatkan anda lalai mengingat-Nya.
Dalam adab berkawan, kadang- kala tak semua kawan itu baik dan mengajak kita ke arah kebaikan. Jika anda puas menegur dan kawan anda masih dalam keadaan yang sama dan tidak mahu berubah, anda sebenarnya sudah melakukan perkara yang betul. Jika anda takut jika lama-lama anda pon boleh terjebak sama dengan kawan-kawan yang lagha, anda mungkin atau patut kurangkan aktiviti bersama-sama mereka. Boleh jadi kawan anda itu tidak suka dengan anda lagi disebabkan anda menegur perbuatannya dan cuba menjauhinya, tetapi harus diingat kawan anda mungkin akan menyedari andalah kawan yang baik yang sanggup menegur kesalahannya berbanding rakan-rakan lain. Anda mungkin dibenci sekarang tetapi masa kelak, siapa tahu kan?
Skor dalam peperiksaan? Mesti dapat A? Memang kalau dibincangkan isu ini, rasa sensitif untuk sesuatu perkara yang diberi grad. Sistem pengredan kadangkala boleh membuatkan manusia memandang tinggi atau rendah kepada sesuatu yang lain. Kalau diikutkan, gred, pointer, bukanlah menjamin kejayaan semata-mata. Ianya perlu diikuti dengan kerajinan kita, disusuli kefahaman dan boleh mengaplikasi itu lebih baik dalam pelajaran. Sesetengah orang dalam peperiksaan tidak mampu skor, tetapi kalau membuat eksperimen dengan baik, boleh bercakap dihadapan orang ramai dengan yakin, sentiasa membantu orang dan lain-lain lagi, kadangkala orang ini yang sebenarnya berjaya. Setuju kan :)
Allah s.w.t tidak membezakan makhluknya iaitu manusia apabila mati hendaklah ikut darjat masing-masing. Tudak bukan? Semuanya mati dikafankan dengan kain bewarna putih dan dimandikan dan disembahyangkan mengikut cara islam. Walau sekaya mana pun orang itu, sehebat manapun orang itu, ianya tetap sama disisi Allah s.w.t.
Jadi siapa kita untuk menentukan baik buruk seseorang itu? Siapa kita untuk menjatuhkan hukum ke atas orang lain? Mungkin kita melihat orang itu penuh dengan kejahatan yang dilakukan, tetapi disisi Allah s.w.t? Mana tahu dia paling baik antara kita. Jika kita melihat seseorang itu cukup sempurna dari segala segi, padahal sekiranya tidak disisi Allah s.w.t?
Sesungguhnya pandangan manusia atau pandangan Maha Pencipta yang paling penting? Konklusinya, kadang-kadang kita membenci sesuatu, padahal ia amat baik untuk kita dan begitu jualah sebaliknya. Kalau tidak, tak adalah pepatah omongan yang mengatakan JANGAN BENCI SANGAT, NANTI JATUH SUKA, kan :)
Yang buruk itu datangnya dari aku, dan yang baik itu dari Maha Pencipta. Subhanallah. Semoga entri kali ini penuh manfaat dan teladan. InsyaAllah :)