Dulu kalau nak jejak libary bukan main lagi kena bertemanlah, malas nak gi sorang lah, semua itu mengada-ngada punya citer! Huh.. Dah 3 tahun kat sini, dah mula belajar something. Orang tak sama macam kita dan bukan boleh sama kehendak dengan kita. Gitu la. Aku pun pergi je library sengsorang. Rilek je. Sebelum ini pun, kalau kemana, banyak sorang je. Huhuhuhu. Macam sedih pulak. Mula-mula sampai library around 10 am tuh terus aku keluarkan apa yang patut dari beg. Makanan, minuman itu penting. Boleh ke bawa makanan masuk library? Memanglah tak boleh. Tapi pandai2 lah nak hidup. Lagipun, aku tak mengotorkan pun kawasan. Sampah jangan dibuang merata-rata. Lepas makan, buang dalam tong sampah yang disediakan. Lagipun roti dan kacang je aku bawak. Macam takdela berat sangat ye idak >_<
Takdelah sampai bawak nasik lemak, durian, teruk benar tuh. Hiks. Aku bawak ni sebagai kudap-kudapan di kala study letih lepas tuh. Padahal bantai makan dulu sebelum sempat buka nota. Hiks. Aku pun study lah. Mula-mula nak buat past year, pastu jadik menggelabah pasal banyak benda tak tahu. Buat lagi. Pastu rasa tak boleh jadik ni. Aku text coursemate aku nak g bilik dia pas zohor. Pastu dia cakap okay. Tetapi beberapa minit lepas tu, coursemate aku text balik katanya dia ngantuk nak tidur. Erm, takpe lah. Aku pun macam ingat nak balik je. Sebab paper Isnin hari ini baru nak study semua. Adussss. Bahana last minute. Hikss. Aku pun fikir, kang kalau balik online je, same gak. Ting. Idea. Aku pun go through la nota one by one sambil makan kekacang. Pastu ada la dua orang ni, coursemate rasanya, maybe adik-adik, yang duduk belakang aku perempuan, yang datang kat budak perempuan tu lelaki. Selambe je datang sembang rancak. Pom pang pom pang. Aku macam ok fine. Kejap je. Pastu budak laki tu pon blah balik tempat duduk dia kot. Pastu, takpe la, dah tak bising lagi. Sambil tu aku teringat kat someone. Aku mesej. Dan yang best aku selitkan kisah 'pokok' yang pernah aku baca., Paling best aku boleh ingat intipatinya. Macam terharu laa sikit boleh ingat :')
Korang ada baca kisah ini? Best kan. Aku macam pernah baca di status page fb tak salah aku. Aku tak ingat ranting ke, dahan ke, ape-ape lah tapi macam tu la kisah yang diingat oleh aku walau baca sekali. Sangatlah 'mendalam' maksud ini. Semoga cerita ini menjadi pedoman buat kita semua. Korang pon mesti berfikiran yang sama macam aku? Ke korang tafsir camne? Hehe. Pendapat adalah hak masing-masing. Aku tak rasa nak ulas. Biar aku dan penerima mesej ni je lah tahu. Kan rahsie. Pulaaakkk :P
Pemandangan tempat aku study. Tenang nyaman :D
Okay. okay. Lepas aku zohor, terus sambung study. Elok baru mukadimah, datang lagi si lelaki tu kat budak perempuan belakang aku. Pom pang. Pom pang. Eh, tak boleh jadik ni.
"The second law of thermodynamics is the
law of increasing entropy" bla bla bla......
Aku sengaja membaca secara kuat, setakat boleh dengar laa. Takde la sampai jerit. Hehe. Bebudak ni macam tak faham jeh. Selamba je sembang-sembang kuat-kuat. Library okay. Tempat study sorang pulak, mana boleh bising. Kalau kejap je takpe, ni dengan ketawa-ketawa lagi. Mana tahan bai. Tapi aku still baca nota aku macam boleh bagi dengar. Lepas tu, budak laki tu pun blah. Lega aku. Hisssh. Komfirm bebudak. Kalau dah besar, dia tahu tak boleh bising dekat library. Hikss. Okay tak pe la. Sampai aku rasa dah semua nota aku go through, perut meminta nasik. Dekat pukul 4 macam tu aku pun kemas-kemas nak balik. Carik nasik. Ekekekekeke.
Tak senonoh beg tak tutup. >.<
Just macam kebetulan, pokok ini aku ambil gambar pasal aku pandang ke tingkap asyik bergoyang-goyang je. Takut macam nak tumbang je. Tengok dahannye tu. Macam banyak dah reput. Sempat aku fikir takut kejadian tak diingini berlaku. Huhuhuhu.
p/s : jangan report aku bawak masuk makanan dalam library >..<
::::: Enjoy reading::::::::::;
hemoihsss itu bufy. Not the cat, but the owner >__<