Jun 7, 2013

Broga Hills








Harini (semalam) berapa hari bulan? 6/6.. Cantik kan tarikh. Hiks. Sepanjang 3 tahun stay kat UKM ni, baru 1st time tao naik Bukit Broga. Sedih kan? Orang lain dah naik berkali-kali, aku baru je first time hari ini. Takpe laa. At least dah pernah naik kan. Kang bila orang tanya :-


People : Study kat mane dulu?
Aku     : Kat UKM, Bangi.
People : Dekat dengan Bukit Broga kan? Best tak?
Aku     : Aah, Broga dekat Semenyih. Bukit dia cantik, eh silap. Pemandangan kat atas cantik. Ada 3 bukit kat atas. Saya naik yang paling atas lah. Naik sebelum subuh, solat atas sana. Awesome tao... Pom pang pom pang pom pang... bla bla bla bla.... >..<




Kan ader sikit benda nak citer? Kalau tak pernah naik, macam malu lah jugak, sikit -.-


People     : Study kat mane dulu?
Someone : Kat UKM, Bangi.
People     : Dekat dengan Bukit Broga kan? Best kan?
Someone : Errrr, aah best kot. Tak pernah naik. (malunyerrrr la haiiiiii)
People     : Laa, kitorang yang dok Kedah pun pernah naik tao..
Someone  : -.-


Kan ker malu tak  pernah naik? Lainlah kalau tak naik Bukit Broga study rajin dapat deanlist takpe jugak! Ade kena mengena ker? Tssskkk.. Tssskkk >..<
Ingat senang ke nak dapat deanlist untuk fakulti aku? Fakulti Sains dan Teknologi. Amik Pure Physics plak. Konsep pon kengkadang i ollss ni asyik tersalah lah, tertukar lah.. Tsk Tsk. Sedih >_<
Batch aku sorang je Malay student deanlist, bijak budak dia. Pandai.
Okay. Okay. Bukan sesi meluah perasaan untuk kos. Jom aku nak share perasaan di Broga.
Dalam pukul 4.30 pagi, jam aku berbunyi, mintak untuk ditutup. Ekekekek.. Pastu, one of my coursemate (Na) pulak call. Alamak. Nak pegi dah ker? Macam baru tido 2 jam je. Penat semalam berjimba dengan rakan-rakan coursemate makan-makan sambil bergambar sampai dekat pukul 12. Ouccchh.. Balik nak online lagi. Hiks. Kali pertama Na call, aku jawap. Aah okay. Dah bangun. Padahal bantai tidoq lagi. Just angkat telefon nak kata dah bangun je, konon!
Kali kedua 4.40 camtu, Na merajinkan dirinya untuk call lagi. Oh gigih kan Na? Gigih sangat call. Biase la, orang excited tak pernah naik Broga mang camtu. Macam aku -.-
Aku pun bangun mempersiapkan diri, dalam pukul 5 kitorang start bergerak. 2 bijik kete pegi. 6 orang je.
Sampai Broga, Semenyih around pukul 5.30 camtu. Mak aiii. Gelapnya tempat parking Broga. Kiri kanan kelapa sawit. Aku dah jenis tak suka penakut gelap. Huhuhuhuhuhuhu..
Siap-siap prepare barang apa nak bawak. Telekung, air (untuk minuman, wudhu'), makanan, dan keperluan lain. 


Jangan lupa bawak torchlight tau korang!

Perasaan aku sangat teruja plus takut happy pasal nak naik Broga kan. First time okay. Laluan yang agak mencabar, tapi okay je laa. Macam takde la adventure sangat. Bukit (gunung) Lepoh yang aku naik lagi adventure kottt. Area Hulu Langat. Lagi awesome pasal naik-naik ada waterfalls. Eksaitednye tau korang. Google cepat. Tapi cam biase, takde entry pasal dulu takde blog lagi. Haha. Siap nak nangis masa naik Lepoh tu. Huhuhuhuhu. Best sangaaaatt! Tapi, aku bukan jenis minat / panjat gunung punya orang. Tapi bila mencuba akan buat sehabis baik. >_<


Nampak tak muka excited ? -.-

Okay, sambung yer. (Suka menyimpang dari tajuk -.-). Sepanjang perjalanan kitorang banyak jugak la berhenti. Pasal nak tunggu kesemua 6 orang kan. Biarlah jalan semua sekali, dengan gelap semua. Haruslah keselamatan dititkberatkan. nak-nak we all semua perempuan =D
Sampai around pukul 6.30 untuk Fasa 1 (bukit pertama), rehat, makan, solat subuh kat atas. Seronoknye perasaan tuh. Lepas tu baru continue sambung naik Fasa II dan Fasa III. Lagi tinggi lagi cantik. Awesome! Dah pompang-pompang naik, turun laju je laa. Ehehehe. Lagipun hari dah cerah kan, nampak laa jalan sikit. Sampai bawah pukul 9. Teruskan misi pergi Sungai Tekala. Dekat sangaattt. Rugi kalau tak pergi. Alang-alang dah dekat kan. Walaupun berkali-kali dah pergi. Hihikss




 Cantik kan view die? Beautiful scenery >__<


 Ni lah Na (yang aku cakap gigih call aku pepagi buta) Haha
 Kak Wa yang sentiasa LEADING. Ngeh ngeh. Diikuti K.Na, Azi dan Shima


Cantik tak view nih? Kelapa sawit okayss. Gambar yang awesome aku amik. Pujik diri sendirik -.-



 Subhanallah. =D







Yeayyy. Ini puncak ketiga yang kitorang naik! Comel tak we ollss? (Gaya K.Ton plisshh) -.-'

Korang yang pernah pergi, perasaan mesti teruja kan? Untuk yang pertama kali lah.. Kalau yang memang jenis panjat gunung aku rasa Broga ni macam 'peanut' je bagi die. Naik hari-hari pon okay ya tak? >_<

Korang yang tak pernah naik lagi terutama final year aku mohon pergilah naik. Bila lagi nak tawan Broga?

Rugi taw tak :P

notaKAKIdanTANGAN : Apa-apa pekerjaan, dimulai dengan bismillah dan alhamdulillah kami semua takde injured teruk. Takat  melecet je sikit. Tapi paling aku akan ingat kejadian di Sungai Tekala. Rasa boleh buat cerita kottt >> Tragedi Anak tudung.. Kah kah kah. Malu nak cerita, ok bye -.-

2 comments: