Jun 2, 2013

Kawan atau Sahabat?

Hi korang.. entry kali ini, iaitu mukadimah untuk bulan Jun ini aku terpanggil untuk berkongsi pendapat serta pandangan mengenai apa bezanya kawan, dan apa bezanya sahabat. Ini bermakna ianya tak sesuai hendak dijadikan fakta okay. Cuma kalau lebih 50% - 99.9% berlaku its meant concidence. >..<
Jadik, aku berharap takde siapa yang nak mempolitikkan isu ini. Sekarang ini bukan boleh, segala benda nak dipolitikkan. Rimas i ollss tau. Fikir benda lain yang lagi PENTING lagi bagus kann. Memang poilitik perlu tetapi tak payah nak melampau (pulun) sampai hubungan silaturrahim pun terputus. Setakat ambil tahu isu semasa, buat kajian melalui dua-dua pihak dan berfikir seperti orang yang rasional. Sekarang, maklumat kena tapis, kalau dulu (orang tua-tua dulu cakap) maklumat jenuh nak cari. Ya tak? Kalau tanya aku senang je, aku nak realiti bukan persepsi. SANGAT lah beza bila dikatakan realitiVSpersepsi.  Okay, stop! Apa kena mengena dengan entry aku pulak? Haruslahh. Ni nak cerita pasal persepsi dan pengalaman selama aku berkawan. Jadi, takde kena mengena dengan hal politik cuma perkataan yang sama persepsi.. Hihikkss.. Sudaaaahhhh,, payah betul aku nih dah jadik penceramah bebas pulakkk! -.-



Berceloteh ada point is right isn't? Muehehehe. Sempat lagik

Lets go to the main topic ( Oh my English! ) >..<


6 perkara yang membuatkan sahabat itu berbeza dari seorang kawan. Jom aku senaraikan :-


K.A.W.A.N



  1. Bila rakannya memerlukan pertolongan, akan diberi pelbagai alasan, walaupun sebenarnya dia tidak ada hal yang penting untuk diuruskan/diselesaikan.
  2. Mencari kita apabila PERLU sahaja, seperti contoh hanya akan kontak kita apabila dia mahukan sesuatu. Hati-hati okay. Ini macam kurang ikhlas untuk bersahabat dengan kita. Dah nama pun hanya KAWAN kan.. Haha.
  3. Bila keluar bersama-sama, selalu 'mengenakan' anda dengan mengatakan bahawa tidak membawa duit (dompet/purse/etc), tetapi sebenarnya dia mahu anda sentiasa keluar duit untuk dirinya. Pastu kata nak bayar, padahal buat-buat lupa pasal ingatkan kita halalkan.. Any opinion?
  4. Manis di depan, haprak dibelakang! Yang ni, memang kena hati-hati and always beware, sebab ini boleh dikategorikan sebagai kawan makan kawan. Semuanya ia langgar! Asal dia disukai oleh semua orang dan orang mahu berkawan dengan dia. Padahal takpun orang nak kawan sangat dengan dia. Lambat laun orang lain akan tahu juga perangai sebenarnya dia kan?
  5. Menolong kita sekadar untuk mendapat habuan/ganjaran yang ditawarkan. Yang ini, aku rasa macam okay sikit. Kenapa? Mungkin dia memerlukan ganjaran contohnya duit ia perlukan untuk digunakan sebagai bekalan harian, makanan, tak semua freelah sekarang okkays >.< Tapi ikut keadaan la jugak ya tak..
  6. Berkira yang amat! Ini bermaksud like korang mintak duit 5 kupang (50 sen) kerana tak cukup untuk beli ayaq gedegang! (mesin air). Jangan terkejut okkay, kawan macam ini memang ada, sekupang (10sen) pon dia berkira tau. Buat camna, jenis berkira, ya tak? Haha



S.A.H.A.B.A.T


  1. Bila sahabatnya memerlukan pertolongan, akan diusahakan sedaya mampu melainkan tiada daya lagi untuknya membantu. Jika anda berkawan dengan orang jenis ini, hargailah :)
  2. Sentiasa mencari kita sampai rasa bosan. Eh, kenapa asyik muka ko je? Haha
  3. Keluar bersama-sama itu menjadi rutin bagi anda dan sahabat dia. Kadang-kadang dia belanja dan kadang anda belanja. Dan kalau hujung-hujung sem, bayarlah sendiri. Hak hak. Ibaratnya, korang selalu keluar  dan tak lokek untuk bercerita atau berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara.
  4. Kadangkala berbicara manis dan buruk sekali jika dihadapan. Ye la, perangai sebenar sudah ditunjukkan (Takde cover/control). Inilah baru ikhlas namanya woii. >_< . Contohnya macam selamba jer die cakap korang buruk pakai baju/tudung/seluar atau lain-lain. Paling tak leh blah, dia samakan korang like macam penjual sayur kalau pakai dressing macam tu.. Ouch ouch. Disini, bukannya nak menghina penjual sayur okay, tapi cuma nak katakan betapa terlalu jujurnya sahabat anda itu kerana terlepas cakap atau memang sengaja dia nak cakap macam tu. Hah? >.<
  5. Ini macam lebih kurang no. 1, tetapi beza dia sahabat tak mengaharapkan balasan. Tetapi korang kenalah menghargai jugak, kalau tak, sahabat macam rasa tak dihargai, nanti dia sedih camna? Kira anda kena tingkatkan lagi kemahiran untuk menjadi sahabat yang baik lah. Ya tak?
  6. Sangat tidak berkira. Ko guna kalau takat rm1 ke bawah tu, like halal je. Tetapi sesetengah orang kalau rm5, rm10,rm100 pun masih okay lagi. Ikut kemampuan lah kan. Tapi korang jangan ingat sahabat korang tu kaya sangat, sampai kalau setiap hari nak beli ayaq gedegang mintak duit dia, tu dah kira dia pun naik menyampah. Buat sekali-sekala je tau. *Tips =P Lainlah kalau dia memang orang kaya, duit pun main tabur je hari-hari. Ni korang nak pelekoh (habiskan) duit dia, padahal dia belajar pun dapat pinjaman jugak macam korang okkay. Untung kalau yang dapat scholarship takpe lagi.


Kan, siap geng ada lagu lagi, Sahabat untuk Selamanya.. lalalallalalala (Sambung nyayi sendirik) Haha. hemoihsss >_<

Last but not least, ini aku kongsikan berdasarkan pemerhatian dan hipotesis aku, dan sebahagiannya aku merasainya sendiri. Ouchh. Aku just bagi je perbezaan kawan dan sahabat menurut apa yang berlaku di sekeliling aku, berdasarkan pembacaan dan sebagainya. Ianya mungkin ada yang anda tidak setuju ataupun sebaliknya. Well, this is subjective. You can research or you feel or through this path already. Setiap orang lain pengalamannya bukan? 

notaKAKIdanTANGAN: Aku takde la nak kata aku ni baik dan tergolong dalam kategori sahabat je, kadang-kadang seseorang itu tak sesuai pun nak dijadikan sahabat, baik kita berkawan je. At least bila aku dah senaraikan di atas, korang boleh la nampak perbezaan dia. Tapi takyah nak bertindak kejam sangat. Biase-biase je. Kalau ada hal, cakap elok-elok. Lagipun korang tak nak bermusuh dengan siapa-siapa kan? Btw, baik ada 'musuh' dari ada kawan yang makan kawan yang lembut gigi dari lidah dan sweet talker hanya di depan kita, kalau kita takde, mak aiii.. Mengutuk habis! Tak dapat faham banyak, sikit pun jadik lah. Tapi aku harap pembaca boleh faham semua. Itu satu penghargaan buat aku kerana berjaya menyampaikan entry kali ini. Tak pening kan entry kali ini? Ekkekekeke.. Akhir sekali, 

Lain orang lain Ragamnya. 
We should respect each other

Korang ada terfikir tak kenapa 6 je perbezaan aku letak? 6 is my favourite NUMBER. ALWAYS >_<
Coz of many reason >..<


regards:
bufy achik
 bajet sikit. Huh

No comments:

Post a Comment