Jun 5, 2013

Pasaraya Giant

Hello semua. Kali ini entry spesel untuk anda yang ingin menjimatkan wang anda. Tapi kenapa Pasaraya Giant? Apa kena mengena nih. Jimat wang untuk apa? Pakaian? Aksesori? Barang dapur? Atau lain-lain?


Okay. Spesifiknya adalah makanan (FOOD). Eksaitednye.. Merosakkan bahasa pulak lah kan. Ok tukar. Excited! Hihikkss. Aku sangat teruja pasal mana nak cari burger 5 kupang (50 sen) sekarang ni? Bagitahu kalau korang jumpa aku. =D


Bukan burger (kuih) tuh. Ini burger ramly punya. Burger biasa tuhh. Tak percaya? Tolonglah percaya.. Bukan burger je, macam-macam makanan ade. Tapi nak dapat waktu bila??

Ada masa tertentu je tao..















Percaya dah kan? Ihikss.. Biarlah orang nak kata ape pun. Makanan mahal senang nak carik. Yang murah camni bila lagi? Actually aku tahu tentang ini dari kawan aku. Dia yang bagitau aku. Tapi burger yang aku selalu dapat harganya paling murah pun RM1.00. Jadi, bila nampak harga semurah 0.50 sen takkan nak tengok lagi??? Memang rembat lah amik. Nak-nak sekarang hujung sem >..<

Bila boleh dapat? Selalu aku pergi Giant waktu malam bila mall dia nak dekat tutup.. Ekekekeke.. Tapi awal lagi lah aku pergi ni, like kul 9 camtu. Best kan? Korang pegi atas pukul 8pm pon aku rasa dah harga turun. Pernah jugak aku pergi time camtu. Tahun lepas ase (2011/2012) Tapi tak bagitau laa pasal time tu blog pon aku takde lagi. Haha! Hemoih jap >.<


Ini dipanggil mark down price. Tu yang ada tagging >> TODAY ONLY!

Tapi burger tuh biase je laa.. Lupa plak nak ambil burger masa bukak, dah habis dalam perut baru teringat. Takde sayur ape pon.. Ada roti dan daging dengan sos dan mayonis. Simple but kenyang!




p/s: So, tunggu apa lagi? Aku tahu korang nak pi serbu Giant kan lepas nih? Ker aku je yang baru tahu? Kah kah kah kah.. Whatever it is, kalau korang nak rasa puas hati pergilah cuba sendirik (bagi yang belum tahu). Student especially. Kononnya student yang nak jimat makan maggi, padahal burger lagi muraaaahhhh.. Awesome! >___<






No comments:

Post a Comment