Dec 7, 2013

Interview Pegawai Siswazah MARA

Nak dijadikan cerita esok interview harini baru balik.. Malam pulak tu baru sampai..
Apa je yang sempat aku prepare -.-
Hari interview
Ada 4 sesi untuk temuduga ni.. (Banyak plak aku rasa)..
- Esei
- Micro-teaching
- Psychometric test
- Interview

Dari pagi aku sampai, petang dlm 5 lebih baru habis.. Sehari jugak la rasa..

Pengalaman /Perkongsian Tips
Untuk esei, masa tu kitorang kena karang around 200-250 words only.. Esei berkaitan apa yang anda rasa anda boleh beri kepada Mara? What quality do you have.......... ? Dah la English, pastu overall, dah bape tahun aku tinggal nak wat esei/karangan bagai nii? Mihihihihi

Micro-teaching pula kena ajar student.. Ibarat 2 orang penilai yang berada di depan kita sebagai students.. Dalam surat tawaran even dah bagitahu yang kita kena prepare untuk mengajar.. Pilih je tajuk mana yang kita rasa sesuai dan melancarkan kita untuk mengajar.. Aku ajar tajuk waves, walaupun fizik dah macam ingat2 lupa.. Haha.. Lupa diri sungguh -_-' 
Btw, anda boleh bawa peralatan sebagai ABM.. Cewwaah.. Tapi aku tak bawa pon.. Just aku buat simple experiment je dalam kelas.. Konon simple experiment yang aku buat tu sebagai revision untuk tajuk last week aku mengajar.. (flashback la konon) Tapi aku macam pelik ataupun patut ke aku excited bila dyorang tanya pasal master aku.. Penilai pon pelik dan tanya why you choose geophysics? Aku pon bla bla bla menjawap.. Kih kih kih.. Penilai bagi cadangan kalau awak dapat, master awak bley wat PJJ.. Aku pon macam fikir la jugak.. Mesti fikir betul2 ni ^.^

Psychometric test! Ini memang psycho.. Ye la, mengantuk sangat aku time tu.. Banyak soalan plak.. Siap ada soalan akta2 lagi.. Pening2.. Aku jawap dengan tiada perasaan.. Haha.. Korang jangan risau, soalan objektif je pon dan tiada betul salah.. Ujian untuk menilai kita layak ke tak jadi pendidik..

Yang terakhir, interview! Yawnn.. Ini paling cuak even masuk 3-4 orang sekali masuk.. Kalau masuk ramai2 kan macam interviewer akan compare antara masing2.. Dah time ni pon aku kene tanya pasal geophysics.. Remote sensing plak.. Macam pernah dengar -_-'
Last2, aku konpius aku ni interview physics @ geopyhsics ^.^
Last but not least, overall aku puas hati.. Last time interview, seorang interviewer cakap. 'Tak Kisah kan kalau Lepas ni dapat Sabah Sarawak kan?' Aku senyum je.. Mihihihihu.. Sanggup ke tak? -.-







Last, balik rumah pekena nasik kandaq ( real penang mari! ) ^-^


P/S: apa2 pon dah selesai, dapat ke tak, itu ketentuan Allah.. Hati aku macam nak habiskan master dengan jayanya.. Tapi dalam masa yang sama, nak kerja jugak.. Nak ada duit sendiri, pakai kereta, keperluan lain, etc.. Ok lah, aku cuma nak share pengalaman interview aku dengan MARA.. Semoga beroleh manfaat

 ^_^


No comments:

Post a Comment