Sep 6, 2015

Raya Gathering : ( #RayaSakan)

raya gathering @ OPIS. 


First time keje, not bad untuk raya gathering nih.. 

Hampir sebulan draftkan entry nihh.. Selamat Hari Rayaaaaaaaaaa.. 

Hahahaha -.-'


Team2 dari Programs




Nice candid -.-

Sorry K. Damia , Nor paksa kak damia join. (Berbaju biru)

Dengan divaa cantikkk u olllss :P
NA SU HA ! Wiiwwiiiitt

Jun 25, 2015

Ramadan - Menginsafkan

Kadang2 terasa diri semua dah cukup.. Kadang2 rasa diri ini diuji. . Diuji dengan pelbagai perkara..

Rupa2nya aku lupa. Allah takkan uji hamba-Nya kalau hamba itu tak mampu..

Bulan puasa. 1435 H. Alhamdulillah dah lebih seminggu kita berpuasa. Dugaan datang dalam hidup aku. . Lepas warded, dengue few weeks ago, aku dapat berita yang menyedihkan. Kira macam my future jugak. (Dah la time befday aku esoknya) Time tu aku menangis. Sebab rasa itu macam tak adil.
" Ini tidak adil, tidak adil, bagiku"( Yuna muncul,  nyanyi, kekekekeke -.-')

Haha.. Sempat lagikan. Ye lah.. Sebab sekarang aku dah okay.
Biarlah orang tak suka kita, janji kita buat kerja kita. . Khennn? Just be yourself.. But, kalau yang tak berapa elok perangai tu, kena la ubah ye tak? Kalau kuat makan kira perangai elok ke tak yer -.-'

La gipon bulan pocha ni kena positif.. Hah gitchewww.. Dah malas dah wey nak fikir apa orang fikir, sebab kalau fikir apa yang orang fikir pasal kita, tak sudahhh..

We cannot satusfied all people around us

" Expect less, hurt less "

And btw, bila bulan puasa ni, rasa rahmat sangat. Alhamdulillah, bertemu lagi bulan puasa tahun ini. .

Tengok sembang sahur buat aku rasa bersyukur. At least paling kurang aku makan nasik dengan kicap. Tak pernah makan nasik dengan garam. Bila kita fikir kita susah, kita lupa nak fikir ada orang yang lagi susah dari kita. . Selalunya Kita akan fikir orang yang lagi senang dari kita, kannn? Aku macam tu..

Salam 8 Ramadan.
Esok dah 9 Ramadan..

InsyaAllah ramadan tahun ni lebih baik dari sebelum ini :)

Jun 12, 2015

Dengue Fever

Seumur hidup tak pernah warded. . Dugaan pertama. Dugaan bila demam tak kebah. Dugaan bila warded time event aku. Allah! Sebelom tu bertahan, tak nak pergi hospital sebab rasa sakit biasa2 je. Padahal penin, lenguh2 badan, sakit kepala rasa setiap hari. ( Dalam 1 week).. Ingat penat sebab kerja. Ni dah recovery time dah. Next week InsyaAllah boleh masuk kerja macam biasa.

Dengue memang tak kenal masa. Xsure aku kena bila. Sebab demam balik dari ganu. 23hb tu balik. 24hb dah start nak demam. 1 week lepas tu, balik penang plak. 31hb tu balik kl. Time tu demam dah ok. Cuma selessema, sakit tekak, batuk still xlega. Masuk tu, dah 3 klinik aku pergi.

Paling2 aku rasa, badan lenguh2.. Lenguh sangaattttt2.. Ingatkan penat sebab kerja.

Officemate semua tanya, okay ke tak okay ke tak.. Mata aku sentiasa berair.. Aku ingat sebab penat. Sanpailah end up, hari program (2nd day) pagi tu badan aku rasa lenguh2, pelik semacam. Kat tangan tumbuh ruam kaki tangan paha.. Aku rasa macam merenyam (gatal2 baru nak rasa).

Terussss pergi klinik yg dekat ngan rumah aku.. Aku cakap kat doc tlg amik darah sebab even dah tak demam, aku nak blood test. After blood test, doc cakap aku denggi.. Terus terkejut, speeches tak taw nak cakap pa..

Meleleh ayaq mata sebab tak expect denggi.. Wuhuhuhu.. Pastu tak taw nak buat keputusan plak tu nak g hospital mana. Terus end up pergi prince court. Sebab tu yang berdekatan dengan rumah, opis. Gi pon sebelum nivpernah dengar officemate dok sebut prince court..

Dipendekkan citer, aku dah kuar spital, tapi still mc.. Nak kena jumpa doc lg esok. Dr. Nick kat prince court. Sebab dia yang pantai denggi aku. Huu..

May 21, 2015

Fashion Show : DemureRaya Modvier

Assalamualaikum and hi :)
Okay.. Tengokk tajukkk exciteddd ke idaakk? Sebenarnya aku yang exciteddd sebenarnya. Alhamdulillah dapat jugak pergi ke fashion show demure - modvier raya..  Aku dapat jemputan dari team @dewanie..  Thanks kak wanie kak liza >_<
Dah maju bertapak2 dahh niii.. Tahniah :)
Perasaan aku memang sukar nak digambarkan. Baju semua chansss channsss chansstekkkk belaka! Jenuh jenuhhh.. Raya ni nak pakai apekah?  Gichewwww
Pastu jumpak ramai public figure.. Tak ker pengsannn.. Haihhh.. Semua cantekssss.. Inspired betul.. :) :)

















Bersama2 usahawan2 bumiputera yang berjaya! ouch! Salute!!!!


Omeyyyy K. Belle .. Omeyyyyyyyyy ^_^



Fatin Suhana ni aku suka. dulu tak suka.. aku suka pasal dia young entrepenuer dan tak sombong. Dulu tak suka pasai 'judge a book by its cover' .. Tak baik taw. Sorry K. Paten Suhana.. Hiksss :')

Ni Kak wanie! Yeayyy.. Alhamdulillah dapat pergi fashion show ni sebab kak wani bagi pas.. I olls pengguna setia @dewanie taw!! ^_^


May 8, 2015

Where2Eat : Prawn Lovers

Tahap ketagihan aku terhadap udang tak dapat dinafikan lagiiii..
Udang Besar lah opkos! Hew hew
:))
Last week balik hometown, tak lepaskan lah peluang. Rindu nasik ghumah, lauk ghumah..
Ghumah = rumah -.-'
Baru jer balik semalam, harini dah rinduuuuu makanan umahhhh.. Sedapppp lah..
Aku baru sedar aku makan banyakk.. Hiksss -,-







Tergugaaaaaaaaaaaaaaat taaaaaaaaaaaaaakk -.-'


Apr 6, 2015

Hiking - Kembara Hills

Memandangkan dah tak hiking almost 2 years, die punye pancit die,,  terasaaaaaa sangat..
Tapi alhamdulillah, berjaya jugak, so far ok lahh..
Bukit Kembara je pon.. Hikkss.. Ni kira macam first time hang out dengan officemate!
Hashtag bujang dan juga gegurlzzzz.. Hahahahha..
Nak repeat hiking,  tapi bukit lain lah pulakkkk..
Btw, sebelum ni tak pernah naik bukit sekiranya takde orang ajak.. Dan kalau ada orang ajak, tengok timing lahhh ^_^

So far aku penah hiking,  3 bukit je..
1. Lepoh
2. Broga
3. Kembara (latest)

Hahaha.. Kira bukan kaki hiking pon, tapi demi tujuan nak fit, haruslah ku gagahi juga... Kekekekekeke..
Plus, so borrrinnggggg hidup bujang ni..
Eh.. Single.. 
Oh ya.. Btw kalau bukit kembara ni, aku boleh bagi 5 bintang dari 10. Benchmark aku lepoh.. Sebab lepoh ohsemmmm gile kottt ade waterfall (aku pegi 2012 ke 2013) .
So,
Lepoh 8/10
Broga 6/10
Kembara 5/10
.. Bukit Kembara sesuai bagi yang baru mula nak naik bukit.. Baru nak berjinak2 gittooohhh..  -.-'
Sangat sekejapnye iyyyewwww pon nak naik.. Takes around 20 minutes nak sampai puncak.
Kitorang naik 8.20, sampai puncak 8.40, lagi 10 minit turun balik ke bawah, ada tasik.. Tasik die macam dull sikit. Tapi pemandangan still cantik!
Ramai org jog kat situ. .
- Hari cuti harus diisi dengan sesuatu yang berfaedah.. Hikkssss




Teka ini ape? Bukan daun yerrr.. Ya Allah! Indahnya ciptaan Allah :)




Ni time dah sampai puncak.. Sebelum naik, teroihh semangat, xdan nak ambik gambaq..



Gurlzzzzzz





Selfie muka sebesar gedebukkk! Hahahaha..




Konon nak fittttssszzzzzzz?? Belom sempat lemak terbuang, pi makan cendoiiiii  -.-'





Tak cukup dengan cendoiii, pi makan pasemboqqqq sotonggggg.. kakakakkaka..

Diet yang hampehh.. 

-.-'


:: Oh yaa, ini suma gambar dari fon je, yang gambar pemandangan suma dalam kamera K. Ed.. K. Ed!!!!!! Mana2 mana gamborrrrrrrrr??

alhamdulillah, berjaya. . any hiking that you want to suggest??

Drop your comment, gittoohhh



Apr 2, 2015

Gst oh gst

Oh gst! Sementelah perlaksanaan gst semalam, rata2 rakyat berkongsi rasa tidak puas hati..

Tak kurang jugak aku. Sebelum gst pon, aku dah rasa terbeban sebab harga barang naik..

Bila beras 5kg - almost RM 20.00..

Haiiyookkkk

Dulu harga beras 5 kg, rm15 xsampai bg jenama tuuuu.. Haishhh.. Yang bestnye
Esok tu ak g jusco, harga rm16++ je..

Arghhh stres!  Sebab dah terbeli beras kat pasaraya yang kononnya murah, tapi tidak untuk certain brg.

Oh, btw, gst aku yg pertama adalah semalam 1 April..

Parking Jelatek. Tapi still ok, harga tak naik. Harga turun. .

Tapi include gst, harga sama jugak..

:))

So far, aku tak berani beli makanan berbungkus lagi (yang kena gst) ..

Sebab harini puasa. .
Semalam saving..  Hikss

Takut tapi kena jimat berbelanja...

No choice.. 

Selamat berjimat cermat semua.
^_^

Last but not least, I tak happy pon dengan gst.. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin.. Sebab beban tax akan ditanggung pengguna.
Peruncit, pemborong, pengilang semua dapat claim balik kat kastam..

Haihh.. Dah baca buku 'fahami gst' pon still rasa tak puas hati jugak. Bukankah membaca itu amalan mulia?  Hahahahahahahaha

K bye.. Continue kerja.. ^_^

Mar 29, 2015

Bella Ammara Bangi

Allah!  Dengar je bella ammara bukak kat bangi, terus excitedddd ya u ollss..

Aku tak pernah beli jubah dia yang hottsss tuuu.. Tapi kali ni, hati terdetik, (padahal, sebab gaji dh masuk, haha) plus bangi kan sesuai dengan jiwa aku.. Almost 5 years kottt dok sana.. Warhhh.. Rinduuuuuuu..  Okay..

Sesuai plak dengan kedatangan my mum & family, terus aku dengan lajunya ajak mak aku.. Hikkss..

Grand opening 28/3/15.. Tapi tarikh tu, aku bawak family datang klcc.. Huuuu..

Keesokan harinye,, (smlm tu aku dah ajak mak aku)

Mak pon semangat kejut aku pagi2..

So, alhamdulillah dapat grab 2 jubah.. Hiksss.. Thanks lah bella ammara buat grand opening extended.. Sebab sebelum ni, nak beli fikir 2-3 x.. Sekarang first time dapat grab jubah mampu milik! Cheq suka.. Puas hati cheq..

Oh ya. Salah satu cara untuk kawal stres bagi perempuan adalah shopping!

Sebenarnya aku takde niat nak beli. Pon.. Tapi bila dah alang2 cuti, plus sale yang Bella ammara buat rasanya tak pernah sale gila cemni,, lalu tanpa membuang masa,, menapak lah pergi..

Happy!  Mak grab 2 helai, aku pon :'))

Happy!  Alhamdulillah rezeki!!

Best tengok ramai usahawan melayu berjaya sekarang!!  Rasa inspired sangat diorang..

Tahniah Bella Ammara.. Aku susah nak jatuh cinta pada butik2 ni.. Tapi dah kalau hari2 dok update banyak kat timeline ig, tergugat jugakkkkk!!! Ohhh tidak..

So, rewards bulan ni jubah bella ammara.. Next month ape yerrrrr??  :P


Ni lah yg sempat grab 

Online Sale plakkkk \^^/

Selekeh sangat masa pergi niii -.-'

Mar 21, 2015

Dugaan VS motivasi

Hai hai hai!

I'm not change, but I grew up..

Arghhh. Apa aku merepek nihh.. Just want to say, something happens..

Apa yg dirancang tak semestinya akan berlaku.. A lot of things happen to me TODAY!

A lotttssss..  I hope I can endure it. .
Dari hal kerja, sampailah ke personal matters! Kadang2 fikir takde sape pedulik.. Rupanya aku lupa, aku masih ada Allah.. :') :') :')

Of course,, baca quran. . Kdg2 rasa diri terhina sgt, bila susah, sedih, baru baca quran. Tak sekerap macam dulu time belajaq.. Hurmm..

Time belajaq ramai kwn2 kita observe, pandai carik kwn yg ok, alhamdulillah, yang penting pandai bawak diri.. Even kalau dia xtegoq

'wey, apasai hang xbaca quran? '

Tapi bila kita dah tengok dia baca, xperlu susah2, kita sendiri akan baca' sebab tu peers influence no sangat penting..

So, instead of Baca quran /tafsir I will read a motivation books.. Buku yg memberi inspired macam diagnosis,  diagnosis 2, dan buku lawak pintar dan deep catatan mathluthfi!!  -_-

So, anyone want to suggest books for me?  Please share :) :)

Drop your comments below. Hikkss..

Seriussss rindu gilaaaa nak blogssss.. Sekarang dah kerja xtau nak manage camna. . Balik keja, penat, tidoq.. Rutin sama ja.. Cuti kemas rumah (rajin laah sgt).. Hahahaha..

One more

Bosan lah life single ni #eh

K bai... Munasarawak diri ya u ollsss!!  Till then,,

- hemoih -

-.-'

Mar 12, 2015

Fresh Graduates ~ Tak Boleh Mengalah!

Tatkala aku menulis ini, alhamdulillah. Tak sampai 3 minggu aku officially grad, diri sudah 'dilamar' untuk mencari rezeki di tempat yang diidam2kan. 

(Dah berbulan2 dah keje, , entry patut up last year :P )


Tetapi semua itu bukan mudah. Perit! Perit yang aku rasakan. Tarikh aku officially grad memang November, tetapi penulisan tesis aku siap jilid lebih kurang pada penghujung Ogos. Bayangkan dari September sampailah November (grad) , sampai selepas grad ( 2 weeks), TAK DAPAT KERJA!

Ada kerja yang dapat. tetapi kerja yang langsung tak ada masa depan (BAGI AKU). Sebab kerja yang tak tahu hujung pangkal. Alhamdulillah, last semester, aku sudah start dengan bisnes. Bisnes kecil2 lan. Yang datang dari kerelaan aku sendiri. Tiada paksaan. Tetapi bila berbisnes, ada turun naik kan. Itu perkara biasa. :')

Okay. Bukan nak cerita pasal bisnes. Tetapi nak cerita betapa susahnya, peritnya nak carik KERJA yang sesuai! 

DEMAND?? Langsung tak. Dari kerja yang guna SPM suma aku try. Tapi bila dalam form isi kata ada degree, (aku tak letak master), terus orang tak nak. :'(

Ya Allah! Perit betul rasa. Time tu rasa ada segulung ijazah, masters TAK BERGUNA. Ya Allah.. Betul2 terduga masa tu. 

Kerja kat butik, kerja yang tak dak kena mengena dengan bidang, suma lah, aku mohon. Kalau dekat JOBSTREET tu aku rasa dekat 100 aku mohon! Dari yang ada kena mengena dengan bidang, sampai tak dak kena mengena. 

Phd? Hati aku dari lepas degree meronta2 nak kerja. nak carik duit, nak beri barang kehendak! Kan teringin macam2. . Orang lain pakai kereta, boleh beli benda2 yang kita nak dari dulu. Siapa tak nak kan? Niat tu baguslah.. Selagi tak menyusahkan orang lain kan?

2 bulan lebih aku rasa macam 2 tahun! (hiperbola pulak ayat =.= )

Yer laa.. bila start habis tesis, terus carik kerja area tempat aku belajar. Gigih time tu mohon macam2. Aku plak buat target sebelum aku grad, aku mesti kerja. Ye lah.. dah kerja, dapat kerja TAPI kerja yang tiada basic. Cukuplah itu aku katakan.  Hahaha.. 2 weeks je.. :P

HAHA! Tapi aku kenal ramai kawan2 yang rata  ratanya fresh grads jugak. Semua fresh grads, nak carik pengalaman lah katakan. 

Lecturer (Private University)
Teacher (International School)
Kerja Biasa2 : Butik, Part Time Physics Translator, DLL
RA
Technician
Young Engineer
DLL

haihhh. Tak tersenarai. Semua tu aku mohon. 3 daripada atas tu aku dapat. Tapi macam translator tu sebab partime, tak payah attend kerja, kena mengadap laptop je, aku jadik tak FOKUS. Dah kalau nama partime, time tu aku perlukan FULL TIME. Gaji ok la, seminggu bolehlah tak tinggi sangat. tapi cukuplah tampung makan minum ngan perbelanjaan harian. 

Tak ingat dan tak terkata lah, belum masuk yang SPA yang aku tak dapat kastam tu.. Kakaka. Okay ini kelakar. Bidang yang aku tak nak pon, aku mohon kat SPA. Bayangkan KASTAM! Aku tak minat pon badan beruniform nihh.. Kikikikiki..

Interview rasa lebih kurang 10 la aku pergi. Kecewa yang amat sangat. Asal nak balik kampung je, dapat interview lagi. . So, stay lagi di (sana). 

Sampailah satu interview tu, yang aku memang attend dengan sepenuh hati dan berminat! Tetapi petang lepas habis interview tu aku terus balik nak attend abang aku konvo esoknya di universiti nun jauh di utara sana. 

Pagi abang aku konvo, aku dapat call untuk 2nd interview jawatan yang aku mohon! Aku macam (whatttttttttt?) Nak kena patah balik ke Bandaraya yang penuh liku2 iniiiiiiiiiiiiiiii? (Drama plak aku.. kikiki) Ape lagi. Baru penat balik (lenguh belakang) tak habis lagi sebab naik bas lebih 6 jam, nak kena patah balik pulak? 


Lalu aku mengambil keputusan untuk naik flight.. Keh keh
 Flight add hock aku boleh lah. Affordable. . Hikssss

Tak sampai 3 angka harga tiket flight. Rezeki tak mahal sangat.. :')

Demi interview, aku banyak berhabis duit. Berkorban untuk dapat sesuatu kan. 

Sampailah hari interview (2nd interview) lepas aku ditapis interview yang 1, aku lulus. 

2nd Interview:
2 panel. 

Biasalah aku disoal tentang latar belakang keluarga, hal tesis aku. Projek aku. kenapa mohon kerja ini. Sampailah aku kena hentam sebab english aku tak der la bagus sangat. Kalau korang tengok kat blog aku, english aku broken tak? Tak pon tunggang langgang terbalik. Haha!

Itu semua boleh diasah. Boleh di polish. Memang kena teruk aku dengan panel tu. 

Sampailah last killer point aku, panel bagi peluang aku bercakap

" Saya memang nak kerja ini, sebab saya sanggup balik semula ke sini lepas first interview (selasa lepas) (konvo abang saya di UUM), datang balik ke sini ( KL) semata2 nak attend 2nd interview ni. 

Panel TERDIAM!

(Time tu woiii, aku sebak gila! Sebab kena hentam macam2, teruk rasa. Air mata dah bergenang time tu. Tak menitis je lagi. Huhuhuhu......

Lepas habis semua tu, aku pon ucaplah terima kasih dan pulang dengan hati yang luluh. 

First time kecewa yang amat sangat!


Eh! btw ade jugak interview (interview lain) yang buat aku tunggu lama dari waktu yang sepatutnya pukul 10 pagi, jadi pukul 6 petang pon aku kecewa. Kecewa bukan sebab apa, sebab tak boleh nak buat yang TERBAIK! Interview gomen =.=

Okay. Fresh Graduates!


Dengarlah wahai kawan2, adik2.. 

Korang kena taw, setiap kejayaan itu perlu melalui keperitan / kesusahan / halangan. 

Sebab bila kejayaan itu hampir tercapai, kepahitan/ keperitan itu akan diingat sampai bila2. 

Tak percaya, tanya orang yang lebih berpengalaman. Hikkss :)

Aku dah rasa 2-3 bulan (mungkin 4 bulan, 1 tahun, bergantung pada rezeki masing2) perasaan itu. Bagi aku, grad degree lebih bermakna memandangkan masters aku hanya setahun suku selepas aku grad degree. Melainkan buat research, mesti akan lebih menghargai majlis graduasi ituuuuuuuuuuuu... Hikss

Oh ya. Pasal kerja, sekarang yang pegang ijazah dah ramai, TERLALU ramai. Sebab tu, aku mengambil jalan untuk menyambung masters. 

Bila tulis entry ini, macam tak sampai maksudnya ye tak! Yer lah. 

Sebab aku dah di offer kerja  kerja beberapa bulan dah pon.. Kerja yang aku idamkan itu........... ^_^

Alhamdulillah. 

So, keperitan, kepayahan, rintangan, dilupakan sekelip mata. Tapi keperitan yang paling terasa dari segi K.E.W.A.N.G.A.N.

Lihat saja di bawah, gambar yang membuktikan betapa tak ada duit sangat untuk perbelanjaan harian! Dah laa dok menumpang rumah abang aku, nasib kak ipar okay je.. Hee.. kekadang menyemak umah kak aku. Even masa awal2 start kerja dulu pon, menumpang kejap umah kak aku. 

Huhuhuhuhu...




So, soalan2 yang perlu ditempuh FRESH GRADUATES!

1. TAK DAPAT KERJA LAGI?

2. BILA NAK START  KERJA?

3. KERJA COMPANY MANA?

4. TAK KERJA KE?

5. BILA NAK KERJA?

6. GABUNG SEMUA DIATAS. 


SOALAN2 kat atas tu akan berkesinambungan tahu! haha. 

Tapi cuba bayangkan, kau tak kerja lagi (masih mencari kerja) tiba2 dapat soalan no. 3 ?

Tak macam blurrrrrgghh ke kau.. Haha. 

Kalau boleh lah kaaann.. Orang yang mulut2 tak da nak tapis2 ni, ko tunjuk je video Faizdickie. haha. Even 4 soalan yang bakal ditanya dalam hidup perempuan, bolehlah jugak relate dengan hal kerja ini. 

Aku pernah (sentap) di tanya soalan no. 1 oleh orang yang aku tak rapat langsung. Kenal pon atas dasar orang lain. (macam orang tengah)

Ko bayangkan, makcik2, (qebiah la niiiiii)

1. TAK DAPAT KERJA LAGI?

Jawapan aku : Tengah mencari la niii. (terkejut dengan soklan cepumas gitooo) -.-
Jawapan aku (DALAM HATI) : Dah dapat dah aiihh. Sebagai Science *********** Malas  nak kecoh! Eh, sibuk hal orang, anak sendiri? Haiisshh.. ( Tapi jawapan itu hanya dalam hati je,, sebab tahu beradab lagi dengan orang yang lebih dewasa)


SENTAP? haruslah. Sebab bukan kenal rapat sangat tapi soalan dapat gituu. Lainlah tanya BUAT APE SEKARANG? Soalan cemtu kan nampak sopan sikit even jawapan nanti lebih kurang sama. Hikss.

 Bagi sesiapa yang dapat kerja sebelum grads tu, TAHNIAH! Anda memang layak! (y)

Rezeki itu ada, cuma datang CEPAT @ LAMBAT kan :)

Last but not least, 

Aku ambil plihan untuk terus sambung masters terus (sebelum grad degree) sebab atas dorongan family yang nak aku sambung terus. Ok lah. rasa lagi merapu -rapu kalau karang banyak2 ni. 


The main point

F.R.E.S.H. G.R.A.D.U.A.T.E.S jangan TAK BOLEH give up!

Nak nangis?

Nangislah. 

Mengadu pada Allah. 

Buat solat sunat banyak2. 

Mengadu pada Allah!

Mengadu pada Allah! 

Lepas tu, nak cakap depan cermin, nak nangis, nak give up, boleh! 

TAPI bila dah berusaha bersungguh2. At least di laman sesawang, kau dah mohon lebih 50 - 100 kerja! Dalam 50 -100 takkan takder 10 yang lekat. Kalau takde 10 yang lekat, takkan takde 5? 

Tak pon, last sekali, paling tidaaaaaaakkk takkan takde 1 ???? 

SO, jangan mudah PUTUS ASA!

Buat FAMILY

Thanks for all the support! Bersama2 dalam susah dan senang. Even banyak sangat rasa menyusahkan diri mereka. :')

buat SAHABAT2

Terima kasih! Bila achik mesej sedih, luah perasaan, korang beri semangat pada achik! I really appreciate it! :') :')

DIKALA lepas kau MENGADU pada ALLAH! Mengadu pada ALLAH! 

Kau carilah keluarga @ sahabat2 yang kau percayai. Yang boleh membawa aura positif buat diri kau. Yang negatif tak payah nak carik, sebab bersepah2 datang tanpa perlu dipinta. . -.-'

Wallahua'alam. Terima kasih sudi baca entry yang merapu2 dan mungkin dapat sikit point yang aku nak tekankan disini. 

Apapun pilihan korang, ( yang berlandaskan Islam), jangan mudah putus asa. 

Kejayaan tak datang BERGOLEK! >..<

Gittoooo

ENTRY INI AKU DRAFT KAN DAH LAMA. KIRA PERASAAN FRESH GRADS TU TERASA, SEKARANG BANYAK KEHENDAK YANG DAH DAPAAATTT! SYUKUR ALHAMDULILLAH..

cuma, dah banyak kehendak, banyaklah komitmen dan hutang. Lu  pikirlah sendiri.. HAhahahaha :P




sincerely
achik aka bufy achik
(xoxo)

eh, kite dah ade nama baru lah kat opis...(baru laaaahhh sangaaaaaaattt) rahsiaaa 
>..<

Jan 24, 2015

New Life Begin

Hai, So sorry to all that emailed me but I didn't reply.

BUT, I dah ada life baru chuollss..

Ni masa training, sempat gi skybridge.. Yuhuuuuuuuu



Life orang bekerja. Hikkss.. Rindunya nak TULIS blog. Sangatttttttttt..

Tengok Disember 2014 takde langsung entry yang update.. Wuaaaaaaaa.. Sedihnyaaaaaa.. Tak tercapai hasrat untuk setiap tahun meningkat entry.. Huhuhuhuuuuuuuuu..

Banyak yang kita 'hutang' kan? Entry Convo Part II pon takde ? Sabah Part II pon takde..

Doakan lah kita dapat phone / tab / Ipad baru. Entah gaji ke berapa pulak dapat beli. Sebab sekarang tengah fikir nak macam2.. Hee..


kereta, rumah, phone, tablet, ipad, beg, jam, kasutttttt, suma naaaaaaaaaaaaaaakkkkkkk.. -.-'



Btw, again I want to say sorry bagi sesiapa yang emel achik okay..

Since sebenarnya apa yang korang emel tu semua dah update kat blog,

Contoh soalan emel bertalu2 pasal Pointer ke IPTA - Lepasan Matrikulasi telah meningkatkan traffic blog ini, so, i olls harap chuolls rajin2 kan diri untuk mencarik okay... Kalau tak rajin, nah ni link dia yang full >>  Try Rajin Search kat blog Hokay ^_^

pointer-keseluruhan-ke-ipta- PART III Full





Bye chuolllllllsss...

I olls tak mungkin tinggalkan blog ini.. Sedar tak sedar dah 2 tahun..

Maybe tak terlambat lagi to wish 'Happy New Year' ^__^


After beberapa bulan kerja, bawak family datang melawat and pergi skybridge KLCC & Petrosains. 



With my mum <3



Comel tak anak buah kite ? ^_^



Till then, bye. Kita masaih baru taw keje, tak boleh nak buang masa sangaaatt.. Cewwaahh.. 

I olls akan update blog dengan entry2 lagi banyak.. Hope ada yang sudia baca.. K bye (Kali ini bye betul2, hikkkss ) -.-'