Mar 12, 2015

Fresh Graduates ~ Tak Boleh Mengalah!

Tatkala aku menulis ini, alhamdulillah. Tak sampai 3 minggu aku officially grad, diri sudah 'dilamar' untuk mencari rezeki di tempat yang diidam2kan. 

(Dah berbulan2 dah keje, , entry patut up last year :P )


Tetapi semua itu bukan mudah. Perit! Perit yang aku rasakan. Tarikh aku officially grad memang November, tetapi penulisan tesis aku siap jilid lebih kurang pada penghujung Ogos. Bayangkan dari September sampailah November (grad) , sampai selepas grad ( 2 weeks), TAK DAPAT KERJA!

Ada kerja yang dapat. tetapi kerja yang langsung tak ada masa depan (BAGI AKU). Sebab kerja yang tak tahu hujung pangkal. Alhamdulillah, last semester, aku sudah start dengan bisnes. Bisnes kecil2 lan. Yang datang dari kerelaan aku sendiri. Tiada paksaan. Tetapi bila berbisnes, ada turun naik kan. Itu perkara biasa. :')

Okay. Bukan nak cerita pasal bisnes. Tetapi nak cerita betapa susahnya, peritnya nak carik KERJA yang sesuai! 

DEMAND?? Langsung tak. Dari kerja yang guna SPM suma aku try. Tapi bila dalam form isi kata ada degree, (aku tak letak master), terus orang tak nak. :'(

Ya Allah! Perit betul rasa. Time tu rasa ada segulung ijazah, masters TAK BERGUNA. Ya Allah.. Betul2 terduga masa tu. 

Kerja kat butik, kerja yang tak dak kena mengena dengan bidang, suma lah, aku mohon. Kalau dekat JOBSTREET tu aku rasa dekat 100 aku mohon! Dari yang ada kena mengena dengan bidang, sampai tak dak kena mengena. 

Phd? Hati aku dari lepas degree meronta2 nak kerja. nak carik duit, nak beri barang kehendak! Kan teringin macam2. . Orang lain pakai kereta, boleh beli benda2 yang kita nak dari dulu. Siapa tak nak kan? Niat tu baguslah.. Selagi tak menyusahkan orang lain kan?

2 bulan lebih aku rasa macam 2 tahun! (hiperbola pulak ayat =.= )

Yer laa.. bila start habis tesis, terus carik kerja area tempat aku belajar. Gigih time tu mohon macam2. Aku plak buat target sebelum aku grad, aku mesti kerja. Ye lah.. dah kerja, dapat kerja TAPI kerja yang tiada basic. Cukuplah itu aku katakan.  Hahaha.. 2 weeks je.. :P

HAHA! Tapi aku kenal ramai kawan2 yang rata  ratanya fresh grads jugak. Semua fresh grads, nak carik pengalaman lah katakan. 

Lecturer (Private University)
Teacher (International School)
Kerja Biasa2 : Butik, Part Time Physics Translator, DLL
RA
Technician
Young Engineer
DLL

haihhh. Tak tersenarai. Semua tu aku mohon. 3 daripada atas tu aku dapat. Tapi macam translator tu sebab partime, tak payah attend kerja, kena mengadap laptop je, aku jadik tak FOKUS. Dah kalau nama partime, time tu aku perlukan FULL TIME. Gaji ok la, seminggu bolehlah tak tinggi sangat. tapi cukuplah tampung makan minum ngan perbelanjaan harian. 

Tak ingat dan tak terkata lah, belum masuk yang SPA yang aku tak dapat kastam tu.. Kakaka. Okay ini kelakar. Bidang yang aku tak nak pon, aku mohon kat SPA. Bayangkan KASTAM! Aku tak minat pon badan beruniform nihh.. Kikikikiki..

Interview rasa lebih kurang 10 la aku pergi. Kecewa yang amat sangat. Asal nak balik kampung je, dapat interview lagi. . So, stay lagi di (sana). 

Sampailah satu interview tu, yang aku memang attend dengan sepenuh hati dan berminat! Tetapi petang lepas habis interview tu aku terus balik nak attend abang aku konvo esoknya di universiti nun jauh di utara sana. 

Pagi abang aku konvo, aku dapat call untuk 2nd interview jawatan yang aku mohon! Aku macam (whatttttttttt?) Nak kena patah balik ke Bandaraya yang penuh liku2 iniiiiiiiiiiiiiiii? (Drama plak aku.. kikiki) Ape lagi. Baru penat balik (lenguh belakang) tak habis lagi sebab naik bas lebih 6 jam, nak kena patah balik pulak? 


Lalu aku mengambil keputusan untuk naik flight.. Keh keh
 Flight add hock aku boleh lah. Affordable. . Hikssss

Tak sampai 3 angka harga tiket flight. Rezeki tak mahal sangat.. :')

Demi interview, aku banyak berhabis duit. Berkorban untuk dapat sesuatu kan. 

Sampailah hari interview (2nd interview) lepas aku ditapis interview yang 1, aku lulus. 

2nd Interview:
2 panel. 

Biasalah aku disoal tentang latar belakang keluarga, hal tesis aku. Projek aku. kenapa mohon kerja ini. Sampailah aku kena hentam sebab english aku tak der la bagus sangat. Kalau korang tengok kat blog aku, english aku broken tak? Tak pon tunggang langgang terbalik. Haha!

Itu semua boleh diasah. Boleh di polish. Memang kena teruk aku dengan panel tu. 

Sampailah last killer point aku, panel bagi peluang aku bercakap

" Saya memang nak kerja ini, sebab saya sanggup balik semula ke sini lepas first interview (selasa lepas) (konvo abang saya di UUM), datang balik ke sini ( KL) semata2 nak attend 2nd interview ni. 

Panel TERDIAM!

(Time tu woiii, aku sebak gila! Sebab kena hentam macam2, teruk rasa. Air mata dah bergenang time tu. Tak menitis je lagi. Huhuhuhu......

Lepas habis semua tu, aku pon ucaplah terima kasih dan pulang dengan hati yang luluh. 

First time kecewa yang amat sangat!


Eh! btw ade jugak interview (interview lain) yang buat aku tunggu lama dari waktu yang sepatutnya pukul 10 pagi, jadi pukul 6 petang pon aku kecewa. Kecewa bukan sebab apa, sebab tak boleh nak buat yang TERBAIK! Interview gomen =.=

Okay. Fresh Graduates!


Dengarlah wahai kawan2, adik2.. 

Korang kena taw, setiap kejayaan itu perlu melalui keperitan / kesusahan / halangan. 

Sebab bila kejayaan itu hampir tercapai, kepahitan/ keperitan itu akan diingat sampai bila2. 

Tak percaya, tanya orang yang lebih berpengalaman. Hikkss :)

Aku dah rasa 2-3 bulan (mungkin 4 bulan, 1 tahun, bergantung pada rezeki masing2) perasaan itu. Bagi aku, grad degree lebih bermakna memandangkan masters aku hanya setahun suku selepas aku grad degree. Melainkan buat research, mesti akan lebih menghargai majlis graduasi ituuuuuuuuuuuu... Hikss

Oh ya. Pasal kerja, sekarang yang pegang ijazah dah ramai, TERLALU ramai. Sebab tu, aku mengambil jalan untuk menyambung masters. 

Bila tulis entry ini, macam tak sampai maksudnya ye tak! Yer lah. 

Sebab aku dah di offer kerja  kerja beberapa bulan dah pon.. Kerja yang aku idamkan itu........... ^_^

Alhamdulillah. 

So, keperitan, kepayahan, rintangan, dilupakan sekelip mata. Tapi keperitan yang paling terasa dari segi K.E.W.A.N.G.A.N.

Lihat saja di bawah, gambar yang membuktikan betapa tak ada duit sangat untuk perbelanjaan harian! Dah laa dok menumpang rumah abang aku, nasib kak ipar okay je.. Hee.. kekadang menyemak umah kak aku. Even masa awal2 start kerja dulu pon, menumpang kejap umah kak aku. 

Huhuhuhuhu...




So, soalan2 yang perlu ditempuh FRESH GRADUATES!

1. TAK DAPAT KERJA LAGI?

2. BILA NAK START  KERJA?

3. KERJA COMPANY MANA?

4. TAK KERJA KE?

5. BILA NAK KERJA?

6. GABUNG SEMUA DIATAS. 


SOALAN2 kat atas tu akan berkesinambungan tahu! haha. 

Tapi cuba bayangkan, kau tak kerja lagi (masih mencari kerja) tiba2 dapat soalan no. 3 ?

Tak macam blurrrrrgghh ke kau.. Haha. 

Kalau boleh lah kaaann.. Orang yang mulut2 tak da nak tapis2 ni, ko tunjuk je video Faizdickie. haha. Even 4 soalan yang bakal ditanya dalam hidup perempuan, bolehlah jugak relate dengan hal kerja ini. 

Aku pernah (sentap) di tanya soalan no. 1 oleh orang yang aku tak rapat langsung. Kenal pon atas dasar orang lain. (macam orang tengah)

Ko bayangkan, makcik2, (qebiah la niiiiii)

1. TAK DAPAT KERJA LAGI?

Jawapan aku : Tengah mencari la niii. (terkejut dengan soklan cepumas gitooo) -.-
Jawapan aku (DALAM HATI) : Dah dapat dah aiihh. Sebagai Science *********** Malas  nak kecoh! Eh, sibuk hal orang, anak sendiri? Haiisshh.. ( Tapi jawapan itu hanya dalam hati je,, sebab tahu beradab lagi dengan orang yang lebih dewasa)


SENTAP? haruslah. Sebab bukan kenal rapat sangat tapi soalan dapat gituu. Lainlah tanya BUAT APE SEKARANG? Soalan cemtu kan nampak sopan sikit even jawapan nanti lebih kurang sama. Hikss.

 Bagi sesiapa yang dapat kerja sebelum grads tu, TAHNIAH! Anda memang layak! (y)

Rezeki itu ada, cuma datang CEPAT @ LAMBAT kan :)

Last but not least, 

Aku ambil plihan untuk terus sambung masters terus (sebelum grad degree) sebab atas dorongan family yang nak aku sambung terus. Ok lah. rasa lagi merapu -rapu kalau karang banyak2 ni. 


The main point

F.R.E.S.H. G.R.A.D.U.A.T.E.S jangan TAK BOLEH give up!

Nak nangis?

Nangislah. 

Mengadu pada Allah. 

Buat solat sunat banyak2. 

Mengadu pada Allah!

Mengadu pada Allah! 

Lepas tu, nak cakap depan cermin, nak nangis, nak give up, boleh! 

TAPI bila dah berusaha bersungguh2. At least di laman sesawang, kau dah mohon lebih 50 - 100 kerja! Dalam 50 -100 takkan takder 10 yang lekat. Kalau takde 10 yang lekat, takkan takde 5? 

Tak pon, last sekali, paling tidaaaaaaakkk takkan takde 1 ???? 

SO, jangan mudah PUTUS ASA!

Buat FAMILY

Thanks for all the support! Bersama2 dalam susah dan senang. Even banyak sangat rasa menyusahkan diri mereka. :')

buat SAHABAT2

Terima kasih! Bila achik mesej sedih, luah perasaan, korang beri semangat pada achik! I really appreciate it! :') :')

DIKALA lepas kau MENGADU pada ALLAH! Mengadu pada ALLAH! 

Kau carilah keluarga @ sahabat2 yang kau percayai. Yang boleh membawa aura positif buat diri kau. Yang negatif tak payah nak carik, sebab bersepah2 datang tanpa perlu dipinta. . -.-'

Wallahua'alam. Terima kasih sudi baca entry yang merapu2 dan mungkin dapat sikit point yang aku nak tekankan disini. 

Apapun pilihan korang, ( yang berlandaskan Islam), jangan mudah putus asa. 

Kejayaan tak datang BERGOLEK! >..<

Gittoooo

ENTRY INI AKU DRAFT KAN DAH LAMA. KIRA PERASAAN FRESH GRADS TU TERASA, SEKARANG BANYAK KEHENDAK YANG DAH DAPAAATTT! SYUKUR ALHAMDULILLAH..

cuma, dah banyak kehendak, banyaklah komitmen dan hutang. Lu  pikirlah sendiri.. HAhahahaha :P




sincerely
achik aka bufy achik
(xoxo)

eh, kite dah ade nama baru lah kat opis...(baru laaaahhh sangaaaaaaattt) rahsiaaa 
>..<