Jun 25, 2013

GIVEAWAY PERTAMA BULAN JUN




Jom join giveaway by blogger masyanaili. Klik banner untuk join yer korang.


Aku saja join nak mengisi masa lapang dan support other blogger ;)
Disamping itu, boleh memenuhkan entry blog aku untuk bulan Jun :D. Jun sangat special tao.. Hikss >_<
Hadiah die simple but memorable! Gittoohh.. Hikss..



Hadiah bagi tempat PERTAMA :

Sehelai Tudung Bawal (Let Go)
Sehelai Shawl (Jenama sendiri)
Topup

Hadiah tempat KEDUA :

 Sehelai Tudung Bawal (Let Go)
Sehelai Shawl (Jenama sndiri)



DATELINE : 30 Jun 2013

Jom join korang ! >___<

Jun 15, 2013

Library dan Kisah Pokok








Dulu kalau nak jejak libary bukan main lagi kena bertemanlah, malas nak gi sorang lah, semua itu mengada-ngada punya citer! Huh.. Dah 3 tahun kat sini, dah mula belajar something. Orang tak sama macam kita dan bukan boleh sama kehendak dengan kita. Gitu la. Aku pun pergi je library sengsorang. Rilek je. Sebelum ini pun, kalau kemana, banyak sorang je. Huhuhuhu. Macam sedih pulak. Mula-mula sampai library around 10 am tuh terus aku keluarkan apa yang patut dari beg. Makanan, minuman itu penting. Boleh ke bawa makanan masuk library? Memanglah tak boleh. Tapi pandai2 lah nak hidup. Lagipun, aku tak mengotorkan pun kawasan. Sampah jangan dibuang merata-rata. Lepas makan, buang dalam tong sampah yang disediakan. Lagipun roti dan kacang je aku bawak. Macam takdela berat sangat ye idak >_<


Jun 14, 2013

One step closer

Rasanya lagi dekat nak habis exam, lagi banyak tekanan yang datang. So much. Lagi banyak nak touching. A lots okay >..< 
Btw, semua ini boleh dikawal, boleh dicegah. Umpamanya kalau korang stres selalu apa yang korang buat? Cer citer cer citer. Aku? Kalau aku stres banyak perkara yang akan dilakukan. Ianya boleh terjadi dengan pelbagai cara. Tetapi terapi yang paling indah dan paling tenang lebih banyak melakukan amal ibadat. Misalnya, banyakkan membaca quran. berselawat, dan beristighfar. Kalau sebelum ini baca quran setiap maghrib je, tambah pulak selepas subuh. Istighfar banyak-banyak. Rasa cam 'nates' datang je, cepat-cepat istighfar tau. Takpun carik ini. Kalau dulu sebelum ini asyik nak baling benda je ke, nangis je ke, apa kata tukar? Siapakah yang buat semua ini? Ngeh ngeh. Kasik tukar sikit. Kan? Seriously, you will feel very calm. Keep calm and reduce your stress :)  One step closer? What? Let I clarify it. First, one step close to Ramadan Al-Mubarak. Can't wait. Gadis2, kakak2, makcik2, dan para wanita sekalian, jangan lupa ganti puasa cepat. Dah ganti? Bagus. Oh siap buat puasa sunat.. Good. Good.
Secondly, InsyaAllah I will finish my final year student as undergraduate this month! I repeat, JUN! Awesome month, I'm feel very happy although a lots I need to endure >..< 
But i still need to finish my internship after this. Then, insyaAllah this coming October i will officially grade! :D




It is the one way you can reduce your stress.. Ngeh ngeh >.<

Jun 8, 2013

Seorang S.A.H.A.B.A.T

Ada yang dah baca entry antara kawan dan sahabat? Entry ini baru je aku buat beberapa hari lepas. Dan sekarang aku nak berkongsi istimewanya, pentingnya seorang sahabat. Bukan dia ada waktu kita senang and happy je, tapi tika waktu kita memerlukan dia, walaupun tengan malam atau nak dekat maghrib atau bila-bila masa sahaja, seorang sahabat mesti sanggup meluangkan masa untuk berkongsi kesedihan dengan kita. Alhamdulillah, selama aku 3 tahun kat UKM ni, aku dipertemukan dengan seorang gadis yang tinggi lebih kurang aku, otak tak sama tapi sekepala (kembar siam ke?) Haha. Dia seorang yang memahami walaupun kekadang hemoihhss jugak, suka bajet gemuk padahal kuruih macam papan, lidi suma laaahh. Bayangkan berat 40kg pon kate gemuk! Huh. Bencik i tao. I lagi berat dari dia. Pastu dia ada hati nak beli t-shirt yang bermotifkan kurus + ramping.  Ya Allah ya Tuhanku, sedarkanlah sahabatku ini Ya Allah. Jangan sampai dia dapat simptom atau penyakit anoreksia. Hehehehehehe -.-

Jun 5, 2013

Pasaraya Giant

Hello semua. Kali ini entry spesel untuk anda yang ingin menjimatkan wang anda. Tapi kenapa Pasaraya Giant? Apa kena mengena nih. Jimat wang untuk apa? Pakaian? Aksesori? Barang dapur? Atau lain-lain?


Okay. Spesifiknya adalah makanan (FOOD). Eksaitednye.. Merosakkan bahasa pulak lah kan. Ok tukar. Excited! Hihikkss. Aku sangat teruja pasal mana nak cari burger 5 kupang (50 sen) sekarang ni? Bagitahu kalau korang jumpa aku. =D


Bukan burger (kuih) tuh. Ini burger ramly punya. Burger biasa tuhh. Tak percaya? Tolonglah percaya.. Bukan burger je, macam-macam makanan ade. Tapi nak dapat waktu bila??

Ada masa tertentu je tao..





Jun 2, 2013

Kawan atau Sahabat?

Hi korang.. entry kali ini, iaitu mukadimah untuk bulan Jun ini aku terpanggil untuk berkongsi pendapat serta pandangan mengenai apa bezanya kawan, dan apa bezanya sahabat. Ini bermakna ianya tak sesuai hendak dijadikan fakta okay. Cuma kalau lebih 50% - 99.9% berlaku its meant concidence. >..<
Jadik, aku berharap takde siapa yang nak mempolitikkan isu ini. Sekarang ini bukan boleh, segala benda nak dipolitikkan. Rimas i ollss tau. Fikir benda lain yang lagi PENTING lagi bagus kann. Memang poilitik perlu tetapi tak payah nak melampau (pulun) sampai hubungan silaturrahim pun terputus. Setakat ambil tahu isu semasa, buat kajian melalui dua-dua pihak dan berfikir seperti orang yang rasional. Sekarang, maklumat kena tapis, kalau dulu (orang tua-tua dulu cakap) maklumat jenuh nak cari. Ya tak? Kalau tanya aku senang je, aku nak realiti bukan persepsi. SANGAT lah beza bila dikatakan realitiVSpersepsi.  Okay, stop! Apa kena mengena dengan entry aku pulak? Haruslahh. Ni nak cerita pasal persepsi dan pengalaman selama aku berkawan. Jadi, takde kena mengena dengan hal politik cuma perkataan yang sama persepsi.. Hihikkss.. Sudaaaahhhh,, payah betul aku nih dah jadik penceramah bebas pulakkk! -.-