Harini pergi kelas, kul 9.20 pagi, kelas sebenarnya pukul 9 pagi. Mihihihi.. Malu okey, pasal bukan first time lambat, tapi first time kena announce nama penuh dalam kelas. Nasib kosmate i oll je yang ade tau. Kalau kuliah melibatkan kos lain, tak ke ter'femes' sebab benda yang tak patut and memalukan ^..^
Ini gara-gara aku tidoq lepas subuh la nih. Aduiii. Nak tidoq sangat! Hambekk~ Datang kelas PALING LAMBAT plak tuu. 10s Dr kerana menyedarkan saya. Konon, Sedarkah aku? InsyaAllah doa-doakan. Tapi kan, memang lepas habis kelas around 9.50 tu, aku terus jumpa Dr (waktu dalam kelas), tinggal beberapa pelajar je time tu..
Aku : Dr, saya mintak maaf sebab lambat (sambil tangan menghulur untuk bersalam)
Dr: Hah, kamu lambat! Kalau lambat, kena cium tangan 2 kali.
Aku :(Hihi, aku pun salam lah 2 kali) Dr, saya bukan sengaja lambat..
Dr: Ye ker?
Aku : Betul Dr, saya tidur lepas subuh, ngantuk sangat.
Dr: Oh, tak baik tidur lepas subuh, kurang rezeki masuk. Nampak sangat kamu tak nak datang kelas saya.
Aku: Ala Dr, saya tidur harini je yang lepas subuh, sebelum ni tak tidur lepas subuh Dr. (Macammana nak tidur pas subuh kalau subuh pon gajah,adehh). Mana ada Dr, saya nak datang lah kelas harini, pasal semalam Dr. dah bagitahu harini last kelas untuk sem ini. Prinsip saya Better Late Than Never. Gittuuu >_<
Dr: Hah, ye la tuu. Nanti nak praktikal macammana lah awak semua ni.
Aku : Dr, saya pernah kerja partime cikgu tadika, masuk awal Dr. 6.50 am dah kena ada kat tadika. Kerja lain, kelas lain Dr. Die jadik ter'punctual' sendirik (Mihihiiiiiiihihihihi)
Dr: Pndai lah kamu kan, kerja boleh pula macamtu ek.
Aku : Saya pernah tak datang kelas Dr. sem ini sekali je Dr. (Dalam hati, Moga Dr. tak marah lama-lama, kang nanti exam tak berkat plak)
Btw aku sayang Dr. Rozida banyak-banyak. Dia dah lah cantik, selalu kata diri dia tua, padahal tak pun, muka like orang dewasa lewat umur 20 an. Hihi. Apa rahsia die yer?? >__<
Pasni, kalau sempat, nak gi tanya lah Dr. pakai produk apa. Gittoohhh.. Tak pun, Dr. hanya mengamalkan surah atau adat tradisional? Wallahua'lam.