Jul 2, 2013

Praktikal buat APA jer?

Oh.. oh.. oh.. Banyak betul tau nak cerita. Lama plak tak update blog.. Lama la sangat!! Huuu.. First day, second day ok lah.. Tapi hari ketiga praktikal tak okay. Bukan pasal
kerja banyak sangat tetapi phone aku tercicir. :(
Sedih tau. Sangaaaattt! Last, orang yang call adalah coursemate aku yang kat praktikal tempat sama ngan aku. Wuaa.. Itu last conversation dengan phone tu.
Telefon berbunyi Horizon (Standard Samsung ;P )

Muka getah : Acik, ada kabel yes tak?
                 Aku            : Takde la Atin. Tinggal kat Bangi.
            Muka getah : Okay, ingat acik bawak ke KL.

Pastu, aku tak tahu, tak ingat. Turun je dari kereta (kak aku drop kat Stadium) baru je jalan beberapa langkah, teringat phone takde. Terus patah balik pergi kereta. Time tu akak aku ada lagi. Dah tanya dia pon. Dia cari takde jugak. Aku pon carik takde jugak! Sangaatt sedih. Pastu sedapkan hati maybe ade celah-celah seat kereta. Aku pun bergegas pergi naik tangga (jejantas) yang menghubungkan Muzium-Angkasa. Sampai je ofis, terus citer kat kawan-kawan aku yang praktikal sini. Diorang pon try call, masih berbunyi. Aku pun try call, masih berbunyi. Wuaaa. Kalau masih berbunyi, bermakna ada la kannn. Tapi lepas tu, terus tak fikir. Pasal kerja menanti nak buat. Bila time lunch, aku call dah tak bunyik. :(
Banyak kemungkinan yang berlaku untuk phone tu taw.
- Hilang (halimunan) di dalam kereta
- Tercicir masa turun dari kereta
- Hantu amik =P
- Aku syak! Wuwuuwu.. Aku syak ............ ( Tak baik negative thinking, tapi, takpe lah)


Sedih sangat taw. Tak sempat nak say goodbye kat phone tu. Huhuhu. Lagi 1 perkara yang sangat menyedihkan, hari yang sama jugak, aku pulang lewat sedikit. Sikit je. Kalau sebelum ini balik pukul 5.30pm, haritu dalam pukul 6pm camtu. Jalan nak g naik jejantas, tengok-tengok gate dah hampir tutup. Aku pun apa lagi, terus lah menundukkan diri aku yang rendah ni pendek. Muat okay >__<
Pastu sampai je laluan tangga di sebelah Muzium, Oh! Dah tutup sepenuhnya. Aku nak angkat pun tak larat.. :(




Cuba dan cuba lagi untuk angkat. Tak boleh. Dia terbidas balik. Faham tak? Terbidas ibarat kalau kau angkat dok tempat yang sama. Behave like spring. Uhuhuhu. Aku pun ape lagi. Call la semua yang aku rasa boleh call. Nangis-nangis. Lepas tu, call kak aku jugak. Nangis lagi. Nangis pasal panik. Pastu takutlah. Ngeri ok jejantas tu. Sunyi gila. Lewat petang kan.. Takutlah. Sebelum ni aku lalu jejantas pun tak pernah pon terserempak dengan orang. Horror sangat jejantas tuh.. Horror pun aku still lalu situ pasal takde jalan lain dah yang nak menghubungkan antara Muzium dan Angkasa melainkan lalu jalanraya yang sesak >..<


Ok takpe lah.. pasal phone tuh dah takde rezeki kan.. Takde jodoh panjang ngan phone tuh. Huhuhu. Phone baru? Senang pakai gagang telefon je. Besar sikit. Hikss..
Ok lah. Sabtu lepas ada event kat Angkasa. Korang tak datang eyh? Apa je aku ngan rakan praktikal lain buat? Kitorang dah pandai pasang teleskop sendirik. *Bangga >..<



 Baru sekali pasang dah kecoh ? >..<
*Excited okay

 Tekun mendengar arahan dari Puan Lau *Konon je lah dengarlah sangat..hiks


 Wiiwwwiiiittttttt


Cak ! Ini semua poyosss.. Eh silap! Hemoihsssssssss


Btw, gambar2 ini semua boleh dijadikan laporan nanti tau. Bukan aku saja-saja nak interframe. Ngeh ngeh. Walaupun sebenarnya banyak gambar yang hemoihss ja. Hikss..

Pastu dapat tengok planet ini. Cer teka planet apa? Planet yang ada gegelang dan cantik tau :)

ZUHAL <<SATURN>>



p/s : Phone jangan tinggal merata-rata atau tercicir tau.. tsk tsk  
Habis contact no. semua hilang..  =(





No comments:

Post a Comment