Jul 16, 2013

Pengalaman Puasa Zaman Kanak-kanak RIBENA

Setiap Pagi sebelum pergi ke tempat kerja, mesti dengar radio dulu. Topik hari ini kat Hotfm menarik! 'Menggalakkan Anak Berpuasa di usia kanak-kanak'. Salah satu keluaran akhbar hari ini jugak :)

Aku sebenarnya nak call jugak Hot fm, nak jugak kongsi pengalaman, tapi tadi kalut nak siap-siap dan risau lewat punch-card, so tak jadik call. Siap dah ambik no. fon 03- 77108822.. Hehehehehe..


 :: Pengalaman 1 ::


Pengalaman puasa aku kecik-kecik, aku dalam lingkungan 5-6 tahun. Tak ingat. Aku paling ingat kalau aku tak larat puasa. Rasa haus sangat. pastu aku akan tanya abah. Abah tak larat nak puasa. Lapaq. Muka pon sedih :(
Dengan cuaca panas lagi. Pastu abah selalu cakap sat ja lagi. Dah pukoi 3 dah. Lebih kurang 4 jam ja lagi. Tapi aku dah tak tahan. Macam nak nangis, rasa tak larat, nak pitam *konon, pastu rasa lesu, lemah tak bermaya. So abah pon kesian tengok anak manja dia ni. Then, abah bawak naik moto pergi gerai. Aku makan nasik ngan lauk gulai penuh 1 pinggan. Macam orang dewasa aku makan. Banyak gila nasik. Abah tengok je aku makan. Tak cakap apa. Lepas aku makan, erkkk.. Alhamdulillah, kenyang. Masa on the way balik tu, timbul penyesalan sebab dah nak dekal pukul 4 petang. Padahal dah bantai nasik 1 pinggan, dan kenyang sangat baru nak nyesal >..<


:: Pengalaman 2 ::



Hari seterusnya, aku masih macam tu. Tapi kali ini lewat sikit rasa lapaq. Dekat pukul 4 petang tak salah aku. Benda sama aku buat. Mengadu kat abah aku. Wuuwuwuwuwuwuwuwu. 

 Aku   :  Abah, Lapaq.. :( "
 Abah : "Nak jalan naik moto ke, nak makan?" Nanti kalau abah bawak jalan naik moto, boleh              makan angin(ambik angin). Lepas tu, balik rumah dah nak dekat berbuka. So tak letih              lagi".


Aku  : Okay. :| 

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Lepas kejadian ambik angin tu, setiap petang kalau aku dah tak tahan nak berbuka, abah akan bawak aku gi jenjalan naik moto. Ronda sini ronda sana, lalu taman burung, lalu kawasan perumahan, tengok orang jual juadah berbuka (masa di atas motor) dan macam-macam lagi.
 Tak dapat makan nasik, dapat makan angin >_< 
Balik rumah plak dah nak dekat pukul 6 petang. So sekejap je lagi abah cakap nak berbuka dah. Tak sampai sejam :P Aku pon percaya.. Hiks hiks..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

:: Pengalaman lain ::



Aku memang tak puasa! Ada satu hari tu aku tak puasa (Darjah 1-3 mungkin). Time tu rumah aku renovate. Orang yang buat rumah aku (tukang rumah) pon tak puasa. Aku tanya mak abah aku. Kenapa dia tak puasa? Padahal dia dah besar. Mak abah aku senyum pastu cakap, tukang rumah tak puasa sebab dia buat kerja bertukang (kerja berat).
Aku pun pening. Tak faham. Tapi sekarang dah faham :)

Nak dijadikan cerita aku pun makan la dengan dia (Pak Cik tukang rumah). Makan roti gardenia dan air teh o. Sedap oo.. Time tu, aku suka la dok tayang makanan kat kakak2 dan abang2 aku. Bagitau aku boleh makan, diorang kan dah besar, kenalah puasa.. Hihihi. Tak baik betul aku ni >..<

Tapi bila time buka puasa, aku nangis. Korang nak tahu kenapa? Sebabnya.......... TAK boleh makan sekali. Aku menangis teresak-esak. Pastu mak hantar makanan kat kerusi (depan tv)

" Tu laa.. Yang kali puasa. Kan abah dah pesan, kalau tak puasa, tak boleh makan sekali, nah, makanan"

Aku pun mengangguk-angguk ja. Sedih time tu. Padahal makan benda sama ja. Cuma tak boleh makan sekali tu la part paling sedih. Rasa macam disisihkan. Cewwaaahh. Budak-budak lagi pon dah feeling camtu :P


~ The MORAL of the STORY ~

Alhamdulillah, aku terdidik macam tu. Abah dan Mak manusia yang paling aku sayang :)  Setiap keluarga, mesti ada cara mendidik anak masing-masing.. Aku bersyukur dengan cara macam tu, aku belajar menghargai dan menghormati orang lain ketika puasa. Kalau nak tahu, sampai dah besar, aku risau nak makan sekali kalau tak boleh puasa disebabkan uzur syar'ie.. >.<


Pernah bulan puasa, satu hari itu, mak tanya puasa tak? Aku geleng. Pastu aku cakap, mak jangan cakap kat abah. Nanti abah tak bagi makan sekali. Mak aku tergelak. Pastu mak aku menggeleng-geleng. Itu masa dayah kecik. Sekarang dah besar, mana ada abah nak buat macam tu. Aku pon tersengih-sengih. Kikikikikikiki..
Penangan zaman kecik-kecik terbawa-bawa sampai ke besar :D


p/s : Betul la kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bermakna sangat tau pepatah tuh.. Ingat! Ajar anak solat dulu baru puasa.

Sebab kita pernah jumpa orang yang puasa tapi tak solat TETAPI takde orang yang SOLAT tapi tak puasa. Sebab rukun Islam dah cantik ikut susunan :)



Rukun ISLAM ada 5:

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Solat fardhu 5 waktu
3. PUASA
4. Zakat
5. Haji (bagi yang mampu)


Tq for reading my entry! :)

2 comments:

  1. huuu..macam-macam ragam kan bila starting nak pndai blaja puasa ni..huu..anyway bersykur sangat kita dibesarkan dgn persekitaran yg mana mak ayah amek berat kt kita untuk suruh berpuasa.. =D

    SALAM PERKENALAN =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. paling terkesan part tak boleh
      buka puasa sekali if tak puasa pd hari tu :(
      selamat berpuasa..
      salam perkenalan fasha :)

      Delete