Feb 10, 2014

Resipi : Cheesecake Leleh

Sape cheesecake lovers? Anyone?
Yeahh.. Kamu.. Dan kamu.. Yeay.. Sama dengan kita.. Hehe.. Mesti dah ada yang cuba xpon dah buat bisnes ape jual kek ni? Hehe.. Lagipun start dari makan kek ni kat uni start addicted ngan kek gini.. Tambah2 cheese.. All type cheese I loike.. Love it!
Now, I want to share one of the recipe, Cheesecake Leleh.. Mesti cuba taw :)
1. Bahan2 (kek) :

*100 g tepung gandum
*60 g tepung jagung
* 1 sudu kecik baking powder (aku tak letak pon sebab function juz nak naikkan kek, hehe)
80 g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50 ml air (air dari peti sejuk)
70 g mentega (cair)
Cara-caranya :
- Mesti ayakkan dulu bahan bertanda *
- Campurkan semua bahan di atas kecuali mentega.
- Pukul @ masukkan dalam mixer sehingga gebu. Then, masukkan mentega cair. Sebatikan kesemua adunan.
- Bakar dalam oven. Suhu 150°C selama 35-45 minit.
2. Untuk Cream :
250g cream cheese
120g susu pekat manis
60ml UHT whipping cream
*Mix semua bahan di atas sehingga sebati. Adunan ini memang sedikit cair :)

3. Utk hiasan:
230g cheddar cheese yang disagat (diparut). orang utaqa cakap sagat.. 

CARA PENYEDIAAN CHEESECAKE LELEH:

Kek yang dimasak tadi disejukkan dahulu. Kemudian, bahagikan kepada dua bahagian/keping. Tuangkan cream cheese pada lapisan pertama. Lapiskan kek di lapisan kedua. Tuang semua baki cream cheese tadi. Taburkan cheddar cheese (yang telah diparut). Siap :)
Mudah kan? Pastu simpan dlm peti ais. Sedia untuk dimakan..



Steady tak 'sagat' cheese guna nih? Abeh nak guna pa lagi? Hehe :P








Selamat Mencuba ;)





1 comment: