Feb 26, 2014

Depa tak paham

KISAH BENAR    yang benar2 belaka. Serius bila baca ><


..........................................................

Cerita ini aku ambil dari pengalaman seseorang  yang amat kukenali.. Aku mohon supaya cerita ini dapat dijadikan manfaat/pengajaran oleh semua atau sesiapa saja.
Ceritanya bermula luahan seorang insan yang ingin menuju puncak, belum lagi gagal, tapi bukan tak pernah gagal....
'Lu tak faham perasaan wa, wa pon ta tahu la kenapa dyorang nak fikir wa tipu, wa buat ni nak cari pengalaman.. Nak bantu wa punya pengajian.. Wa taknak menyusahkan parents gua.. Tapi wa taktahu laa kenapa usaha wa yang murni dipandang remeh hanya kerana kelulusan..'
Apa yang dapat oleh seorang wa masa time kerja ni..
' Master tipuuuu niii'...
'Awak diploma ke degree'
'Kadang2 wa fikir menyesal wa bagitau wa further master, nanti orang tak percaya, lalu biarlah wa tak bagitau yang wa master. Kejadian demi kejadian wa rasa masyarakat semakin enjoy atau lebih percaya dengan penipuan.. Lalu wa terfikir, adakah dengan penipuan tu dapat mengharmonikan semua pihak? Memuaskan hati semua pihak? Wa terfikir semalaman.. Fikir dan fikir lagi hingga tiada noktah..
'Wa takde pandang rendah sesiapa yang amik dip ke, degree ke.. semua tu kelebihan masing2.. Malah wa jeles siapa yg ada diploma. Serius wa jeles.. pasal sijil matrikulasi gua tak laku dimana2'..
'Wa punya nasihat pada lu orang la, even lu tengah dip/degree pon kalau lu alami nasib yang sama macam gua, Lu orang patut bersyukur.. Lu orang tak kena macam gua.. 'Master tipu..' Wa akan ingat sampai bila2 pasal wa diperli sedemikian rupa'
'Hanya kerana wa cari duit untuk sambung master gua.. Wa buat partime sebagai 'pembantu kedai' di salah satu pusat kesihatan terkemuka.. Lu orang pegang la semangat lu orang nak cari duit untuk tempuh segala dugaan dan cabaran.. Habis kuat lu orang fikir je, ORANG LAIN TAK BOLEH BUAT APA WA BUAT.. SEBAB TU DIA ORANG LEBIH PERCAYA PADA PENIPUAN DARI KEJUJURAN..
'Akhir kata wa pada lu aaa, lu tipu je lepas ni nak partime pembantu kedai ke, promoter ke, tukang cuci pinggan ke, bakar sate ke, ape ke.. lu cakap aaa spm pon tak lepas.. Senang citer la wa cakap.. Mentaliti.. Its all about mentality..

From my opinion, maybe like this :

Belajar degree kena jadik pegawai, master jadi ketua kepada pegawai/pengarah.. bla bla bla...



Mentaliti macam ni tak boleh terima orang yang belajar di peringkat tinggi untuk lakukan kerja biasa yang luar biasa memberikan pengalaman hidup yang tiada di dalam kuliah lu orang! Dalam lab lu orang pon takde lah.. Dalam fieldwork mungkin ade'.

................................................................................................

:: Itu membangkitkan semangat aku yang bakal memperoleh kelulusan sarjana. InsyaAllah.. Semoga kawan aku sentiasa kuat dalam menempuh hari2 yg mendatang dengan mentaliti masyarakat yang macamni.. Dia kuat, kenapa tidak aku.. JOm Fokus ::

 Tesis lama dah tak sentuh ni.. -.-   <3 <3 <3 Master.. Please be nice to me too.. :D



:::: HARAP ENTRY INI TIDAK MENGGURIS PERASAAN MANA2 PIHAK.. SEKIAN :)

Feb 10, 2014

Resipi : Cheesecake Leleh

Sape cheesecake lovers? Anyone?
Yeahh.. Kamu.. Dan kamu.. Yeay.. Sama dengan kita.. Hehe.. Mesti dah ada yang cuba xpon dah buat bisnes ape jual kek ni? Hehe.. Lagipun start dari makan kek ni kat uni start addicted ngan kek gini.. Tambah2 cheese.. All type cheese I loike.. Love it!
Now, I want to share one of the recipe, Cheesecake Leleh.. Mesti cuba taw :)
1. Bahan2 (kek) :

*100 g tepung gandum
*60 g tepung jagung
* 1 sudu kecik baking powder (aku tak letak pon sebab function juz nak naikkan kek, hehe)
80 g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50 ml air (air dari peti sejuk)
70 g mentega (cair)
Cara-caranya :
- Mesti ayakkan dulu bahan bertanda *
- Campurkan semua bahan di atas kecuali mentega.
- Pukul @ masukkan dalam mixer sehingga gebu. Then, masukkan mentega cair. Sebatikan kesemua adunan.
- Bakar dalam oven. Suhu 150°C selama 35-45 minit.
2. Untuk Cream :
250g cream cheese
120g susu pekat manis
60ml UHT whipping cream
*Mix semua bahan di atas sehingga sebati. Adunan ini memang sedikit cair :)

3. Utk hiasan:
230g cheddar cheese yang disagat (diparut). orang utaqa cakap sagat.. 

CARA PENYEDIAAN CHEESECAKE LELEH:

Kek yang dimasak tadi disejukkan dahulu. Kemudian, bahagikan kepada dua bahagian/keping. Tuangkan cream cheese pada lapisan pertama. Lapiskan kek di lapisan kedua. Tuang semua baki cream cheese tadi. Taburkan cheddar cheese (yang telah diparut). Siap :)
Mudah kan? Pastu simpan dlm peti ais. Sedia untuk dimakan..



Steady tak 'sagat' cheese guna nih? Abeh nak guna pa lagi? Hehe :P








Selamat Mencuba ;)