Apr 23, 2013

Humaira, Red = Moktan ?

Agak2 apa topic kali ini? Busy memang busy. Pasal tu kurang sikit update April ni. Tapi tak boleh jugak. Rasa nak share jugak. Aku tak tau ni nak pakai baju apa dinner nanti? Tapi apa kena mengena moktan dengan baju dinner?Rambutan bewarna merah, atau loghat utaranya moktan (rambutan) =P
Tuh nak relate ngan tema warna baju nanti.. huk aloh... >..<

Pelik ke orang utara nih? Tak pelik aehh.. Bahasa best pa >_<


Tema? Red Sophistikated. Macam menarik kan. Ini dinner kolej yang paling dinantikan. Berikan sebab? Okey, aku senaraikan. 



  1. Dinner terakhir di kolej sebagai undergraduate
  2. Sudah Final Year
  3. Rasa nak prepare betul2 pasal ini malam penghargaan untuk final year :)
  4. First time buat kat luar UKM, 10s pada committe's yang berusaha keras :)
  5. Rasa macam lebih kurang je suma reason, 1 word "EXCITED"


Tema sebelum ini 

1st year (2010/2011)  : Glamz and Glitz

2nd year( 2011/2012): White Prism

:::::3rd year (2012/2013): Red Sophistikated::::


Aku rasa perempuan memang macam ini. Sebab aku pun kategori sama. Sebulan sebelum sekurang-kurangnya mesti survey baju dulu, macammana nak pakai, hiew hiew hok tui :P
Aku pon pening dan risau jugak sekarang ini, fesyen apa ya nak pakai. Kalau bab-bab pakaian suma ni, selalu aku refer pada yang lebih pakar. My sis. Dulu dinner kt mrsm aku refer kakak aku yang sorang lagi. Baju pon siap dia bagi pinjam. Hihi :)

Tema dulu (mrsm) white,cream, and gold. Awesome x>? Of course laahh.. Itu dinner terbaik yang pernah aku rasakan sepanjang hidup aku pasal buat kat hotel istimewa, khusus untuk pelajar Form 5 je, then anugerah plak buat macam anugerah besar2 like ABPBH, ASK. Even aku tak menang papepon. Aku biase je. Low Profile >..<
But It So MEMORABLE :D

So, aku harap sangat, sikit je, tak banyak, dinner untuk kolej aku kali ini gempak, awesome, havoc, and all lah! Pasal aku nak ingat sangat kenangan selama 3 tahun disini dan aku rasa semua perasaan final year mesti sama jugak dengan aku. Nak hebat, tolong tak nak.  Kalau orang mintak tolong, tolonglah. Khidmat diperlukan. Kalau tak, tak gi la.. Segan=malu >..<


Jom kita survey baju apa yang hendak dipakai. Mari kita share :D





Kurung moden yang simple but look so nice :)

 cantik tak ropol-ropol bahagian lengan? Look great!


 Jubah yang simple dan corak hanya sarat di bahagian lengan. Nampak lebih sopan :)


 Skirt yang dipadankan sangat simple dan menarik!


Tak salah aku ni jubah abaya. Nak macam gadis timur tengah? Ini pilihannya >_<


Gaya Timur tengah yang style


 Indian style almost perfect ! Like 98%


Nothing can't say~ Fesyen Timur Tengah TIP TOP ~ 

  
Lebih kurang dengan diatas, cuma gaya yang ditunjukkan lebih santai dan  sedikit 
bermain dengan warna dan corak. I like this fashion damn much!


Peplum kurung dikenakan belt warna hitam look so swweeett


 From head to toe RED! Gorgeous >_<


 Again peplum kurung/dress but bahagian lengan dibuat kembang sedikit 
seperti kurung pahang =D



 Kurung yang simple, tetapi bila disaratkan dengan manik look so elegant!


 Just nice. Very nice


 Jubah simple yang digunakan corak menegak ke bawah. 
Boleh membawa imej lebih slim buat si pemakai.



Apa baju ni erk orang panggil? Aku tak ingat, tapi tahu la femes ames skunk ni. Getah dibahagian bawah kain, ditambah pula renda hitam (lace) itu menambah lagi gaya. Takde la nampak kosong sangat. 

Look simple and must to wear!


Memang style habeh! ingin gaya yang lebih berani? Inilah pilihannya >__<








Last but not least, i like THIS one! Really. Kecik-kecik dulu baju raya aku macam ni la (ala-ala barbie punya dress). More to gown :) Nama pon kecik-kecik dulu. Abah aku yang belikan, ingat lagik.. Hehe..btw, dress ni ala-ala korea. Hihiks. Besnye kalau dapat pakai macamni. Ala-ala Geum Jan Di dalam Boys over flower. (time die jadik maid, tapi baju die bukan warna merah) Ala-ala je pon >..<

Hahaha.. Citer korea yang tu la yang aku layan habis pon. Pasal unsur humour banyak dan santai. Takde pening sangat nak fikir konflik, memang la ada jugak konflik, tetapi just so-so >__<



"Perempuan.. Perempuan.. Ini baru baju. Belum masuk tudung, shawl, turban, kasut, dress,skirt, aksesori and bla bla bla bla bla..."

Ini mungkin antara ayat-ayat lelaki untuk perempuan  ^.^

Hihikss.. Ini baru sikit dan memang tak banyak pun. Tak masuk lagi gaya skinny jeans, palazzo, skirt, duyung skirt, and etc. Rasanya yang ni pun dah buat aku pening nak pakai macammana. Korang? Aku kalau tak hemoih memang tak boleh. Kat blog ni je la nak hemoihss pun, kat luar 'pemalu' orangnya Muntah cacin kerawit!  >..<


p/s: Selamat membuat persiapan bagi semua yang akan ada event dinner kolej nanti. Hujung-hujung sem ini, kebanyakan mesti ada buat dinner. Duit dah la makin susut hujung-hujung sem ini. Hihikss. Demi baju, demi dinner! Dah asingkan pon duit tu semua. Lagi plak, boleh pakai raya, event lain pulak selepas ini. Konon... >___<