Feb 23, 2013

RM 1 yang bernilai :)




Dewasa ini, masyarakat merasakan RM1 seolah-olah tiada beerti. Jika dahulunya RM1 boleh membeli nasi lemak serta air sirap limau. Sekarang?
Sesuai dengan peredaran masa kini, peningkatan hidup dan taraf ekonomi menyebabkan semakin hari semakin meningkat taraf hidup komuniti.

Wah wah waaahhh. Sebijik karangan SPM 2008. Haha. Tipu je. =P

Tak de laa. Aku cuma nak share sikit pasal RM 1 ni. Spesel kan RM1 ni. Macam 1 Malaysia pon ada. Hahahahhh. Merepek je banyak. Tujuan asal mane? Okey. Serius. >.<
Aku rasa pelik sangat bila orang cakap, "Ek eleh. Derma singgit pon nak ajak orang lain derma.
 Korang  Hampa tao tak yang derma RM 1 boleh menyelamatkan kucing-kucing di Malaysia? Ini yang aku nak bagitau ni. Sekurang-kurangnya anda membantu binatang yang sangat disayangi Rasulullah s.a.w dan sahabat banginda, Abu Hurairah. Kan ke kucing binatang yang sangat comel?  Selain itu, Kiut-miut, memahami dikala susah dan senang, tak banyak songeh, manja dengan tuan dia plus awesome dan gorgeous~ Yer, sume ini aku akui. Sebab kat rumah aku pernah ada kucing mencecah 12 ekor. Sekarang? :(
Tak payah cakap lah. Sedih yang amat. Buat macammana, dah takdir depa pergi dulu dan ada kehidupan masing-masing. Every Cloud Has A Silver Lining (ECHASL). Aku yang belum status bekerja secara formal  ni pon, tahu duit RM 1 masih boleh menyelamatkan kucing-kucing di Malaysia. Haha, ayat cam poyo ja, cam xdak kena mengena pon ada gak. Hahahahhahh. Antara kucing-kucing aku, yang paling aku sayang adalah bufy. Umum semua orang yang mengenali aku dengan lebih rapat tahu. Kalau yang tak tahu, ramai yang akan soal, kenapa bufy? Dan tak salah aku, first entry aku dekat blog pon sudah maklumkan asal usul 'pangkal nama ' aku. Terima kasih pada yang mencadangkan aku nama kucing tersebut. Hugs  >_< 

Kenapa aku dok bising-bising sangat pasal RM 1 ni? Demi menyelamatkan kucing seantero Se-Malaysia. Tunggu apa lagi? Salurkan derma anda kepada Pusat Jagaan Kucing. Details seperti gambar di bawah. Dapatkan maklumat di fb rasmi Pusat Jagaan Kucing ;)




Selamat berbakti untuk menyelamatkan kucing-kucing 
yang tiada tempat bergantung. 
                                                                   InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment