Dec 26, 2018

Tips bawa baby /Anak Kecil ke MAPS๐Ÿ‘ถ ๐Ÿ‘ง

Hi.

Setelah sekian lama (cukup kot setahun ++) dah tak ber 'blog'. Rindu ye jugak tapi kekangan masa + dah jadik mak kepada 2 orang  dah.. ๐Ÿ‘ง  ๐Ÿ‘ง  Alhamdulillah.

Kali ni nak share do n don't kalau nak bawak anak g the first animation park yg 1 di Malaysia, MAPS khususnya bagi yang ada anak kecik, baby, toddler etc.

Kami bertolak sekitar 7.40am ++ dari Kedah dan sampai ke Meru 9.30am++ (Jalan tak jam even cuti sekolah) Kereta banyak tapi trafik lancar.  Btw, hati2 dengan ops /speed trap /aes ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Sampai di Meru, MAPS pon xbukak lagi tapi orang dah start queue ye. Almaklumlah school holiday ๐Ÿซ.  Ramai la orang.

1st,  tolong makan /breakfast siap2, since food not allowed to bring. Kalau mineral water, barang baby, formula milk, n baby food boleh je

To be honest, aku letak je roti gardenia 2 keping dalam beg baby ๐Ÿ‘ง,  lepas je sebab terlalu ramai, maybe staf tak sempat nak check.  Staf cucuk2 beg pakai macam thermometer /ruler  yang jenis berbentuk bulat (sorry I don't know the tool name)

#VillagePeople sangat orang tak bagi bawak masuk food, kau boleh plak try.

Kalau lepas, why not?  Tak lepas, aku makan roti kat Situ lah jugak ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹

Tips kalau bawak baby ๐Ÿ‘ง ๐Ÿ‘ถ 1 year and below , kids 4 years old n below :
1. Carrier / baby swaddle (bagi aku ni wajib)

2. Stroller  (ni pon bagi aku wajib, sebab aku tak bawak, tinggal KL)  alih2 kena share ngan cousin dia - sebab si Kakak dah tidur, sape larat nak angkat dia.  Dah 10kg ++..

3. Tricycle (ni pon help jugak)  nyesal jugak sebab tertinggal, semua ada kat KL ๐Ÿ˜…

4. Bawak umbrella  in case hujan ☔  (kalau tak hujan pon, bawak lah juga sebab kalau panas, still helps)

5. Kalau anak2 tak boleh duduk (tantrum /Etc)  pegi je kafe dalam MAPS tu..  Banyak beno kafenya sebab tu agaknya tak Boleh bawak food. Tapiii.. Mahal lah ye..  Mineral water pon rm3.50. Air tin rm5. Kira minimum semua harga air rm5.

6. Please eat dulu before masuk MAPS. Macam kitorang dah breakfast siap2, tapi dah masuk dalam tu, sampai ke malam, kira start 2pm++ tu dah lapaq gila (orang utara, kalau lapaq sangat semua ada perkataan gila di belakang ayat tu. Jadi, mohon jangan salah paham ๐Ÿ˜ฌ)

7. Antara banyak2 kafe, aku masuk Tok Aba Kafe (sebab aku bawak baby, kira aku lepak dalam tu sambil minum air je.. Air yang beharga RM 5. Sampai tengahari kul 1pm++ .

8. Ada satu kafe /foodcourt yang Open air, variety food tu ada, tapi sebab bawak baby n kesian dia berbahang  aku menuju ke stesen seterusnya, kafe yang lebih besar n opkos aircond menjadi pilihan.
๐ŸŒŸ spaceship Cafe. Besar, sesuai untuk big ๐Ÿ‘ช (macam aku ada la dalam 5 families, so ruang kafe ni sangat lah besar. Aku gi level 2) . Nasib ada lift, tak kuasa nak naik tangga dengan bawak Baby lagi..  ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜ฌ

Tips Lain
~ Datang pagi2, so that ko tak yah nak queue panjang sangat untuk nak masuk entrance boboiboi ke, roller coaster ke ape.

~ Avoid Long School Holiday๐Ÿซ  (long queue nak masuk most of the entrance)

~ Please eat  before enter the MAPS. Unless kau memang nak spend n ada ๐Ÿ’ฐ banyak sampai tak Tahu nak buat apa..

~ Better bawak kanak2 3 tahun ke atas.  Kalau bawah 3 tahun, banyak benda tak dapat nak play. Tapi ada 1 tempat best, yang The Smurf punya playhouse. Tu ohsem!  Budak 2-3 tahun enjoy la yang tu. Eh, lagi satu, dekat entrance bila dah masuk MAPS,  ada indoor playground. Sesuai la untuk kids yang 'toddler' . Anak sis yg 2 years enjoy la yang tu๐Ÿ˜

~ Maybe ada Yang nak kecam, eh kenapa lah si penulis blog cekelatmanih ni nak bawak baby, bukannya boleh main apa2 pon,  (dah tahu akan ada netizen camni, maka sis jawaplah ye)
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
๐ŸŽซ Tiket dah di sponsor sepenuhnya oleh one of my sista (Tq moknyahh bawak anak2 buah berjalan2) , so inilah masanya nak tahu apakebenda nya Malaysian Animation Park Studios ni.. Tempat anime doraemon ke ape ke.. Hahahahhah..  Kalau dah netizen jenis suka kecam, ignore j la ye dok. 

Btw, hope this tips can help the mother out there especially bring baby /toddler /kids..  tq

No comments:

Post a Comment