Jun 29, 2017

Persediaan Awal Sebelum Kahwin : HIV Test

Lama aku draft kan entry ini.. Dari tahun lepas (,sebelum kawin, sampai dah jadi mak orang) 😂😂

Sudi2 kan lah baca yeee.. bakal2 pengantin, hikss 😊😊


👇👇👇

Ahhh.. Tengah panas lagi cerita ini. Nak dijadikan cerita, harini aku offday, so niat di hati nak settlekan segala hiv test segala bagai. So aku gerak dalam pukul 10.50 pagi camtu aku rasa (dari rumah). Klinik Kesihatan tu dekat je ngan aku. Dalam 5 minit dah sampai.

Dah la pergi hari jumaat, pastu pergi pukul 11.00. Memanglah staff klinik pon malas layan.. Hahaha.. Tapi aku pelik, break pukul 12 suku kan? (Standard government? ) Sorry lah, aku private n break kitorang 1 hour je cam biase.. 


Staff cakap " Akak datang petang ni, pukul 2.45 pm nanti cari saya, sambil bagi 1 borang macam pamplet tu". Pastu akak ambil no kat depan dulu yeee nanti..

Dalam hati, haihh, apa aku nak buat 3 jam niiii.. Pergi Jusco ke, Hiro ke, or mana2 pasaraya -.-'

Dah la macam blurrrr apa nak kena buat, pegi buat sorang pulak tuu.. Tunang (sekarang dah suami,, entry drafkan sampai dah selamat nikah >_< ) kerja. baru berangan2 nak buat sekali. Dah tengok orang lain semua datang dengan pasangan masing2,, sobss sobss.. 


Pastu aku terus tanya staff nurse yang lagi veteran. Nak dipendekkan cerita dia pelik kenapa aku datang pada dia. 


" Tengok, saya senior, tapi dibuli oleh junior'

Aku macam gelak2 je lahhhhhh.. Pastu kitorang sembang2, staff nurse ni baik nama tak salah aku Glory ke Ivory ke ape tahhh.. (Aku ni makan semut banyak agknya, belom sehari dah lupa nama,,)

Baikkk, peramah.. Amik blood test, then check ada pape masalah kesihatan ke tak, terus chap chus siap! 

Allah,  mudahnye, kejap je.. 10 minit je aku rasaaaaaaaaa

Yang aku nak cakap staff nurse yang buat perangai tuuu, aku hanginn bila diorang ni sempat bersembang2 bagai,, woiii ko buat ape 11.30 pagi. . (Patut suruh aku datang petang) Agak2 lahhh.. Depan public kot.. Ye la aku husnuzon mungkin korang sembang hal kerja, , tapiiiiiiiii.. 

yang paling aku malu, sebab sebangsa aku.. Budak2 remaja / @ awal 20-an lagi tu. Memanglah jumaat break awal tapi bukan 11.00 pagi @ 11.30 pagi kan? ? (Tolong beritahu aku kalau aku salah)

pastu, yang attend aku, (Mrs. Glory @ Staff Nurse ) tu bukan bangsa aku tapi dia treat aku ok n siap cakap " Takpe Tuhan nampak, saya senior staff pon kena buli, belom break lagi sudah break awal" aku macam tersengihh je.. 

1st opinion : Maybe aku salah sebab aku tak faham prosedur, pastu aku tanya 3-4 x jugak staff nurse yg berlainan. semua jawapan tak memuaskan kecuali bila dah jumpa staff nurse yang baik hati tu.

2nd opinion : Jangan mengelat kerja. Bila berhadapan dengan public, ko kena behave. (Remind me to take care my working time and be punctual :')

3rd opinion : Aku juga kerja involve public, then aku cuba husnudzon yang 2-3 org staff tu (budak lagi aku tengokkk), bincang hal kerja. (Tapi sorry to say, aku nampak diorang berborak kosong). 

4th opinion : Tolonglah treat kitorang ni betul2. Dah sebangsa aku, malu wey korang buat perangai macam ni depan bangsa lainnn.. Haihhhh.. (Dekat 1-2 kaunter, ada je 3-4 orang staff 'melepak' . 

5th opinion : Aku harap ni la kali pertama dan terakhir korang buat macamni. Come on laa,, Sorry to say la, then i know why people have the perception towards some organization.. Bcoz some people ruin the trust... 

" Kerana nila setitik, rosak semua susu sebelanga "


Okay, btw, lepas ni jangan ikut cara aku, korang pegi seawal jam 8 @ 9 then staff2 yang mengelat ni takkan nak hold korang sampai petang pulak kann.. Tak logik.. kalau ikutkan klinik kesihatan dekat rumah aku tu, dia buat HIV Test untuk Pra-Perkahwinan jam 10 pagi. So datang within that time untuk register dah ok :)


Tips seterusnya : Kalau korang susah nak dapat cuti, buat je time korang break @ minta excuse pada bos @ 1/2 day leave @ ape2 je yang mudah & senang bagi korang.. 

Last but not least, semoga urusan dipermudahkan. InsyaAllah :)


:: (Pandangan peribadi adalah hak masing2 dan pengalaman setiap orang berbeza2 ) ^_^