Jan 20, 2014

Hati Kering

Hati kering.. Ye.. Disebabkan masalah datang bertimpa2, segala report fieldwork dan lab suma kena hantar.. Yer.. Semua tu membuatkan aku makan tak kenyang tidur tak tidur even exam dah habis 1 minggu lepas..
Sekarang alhamdulillah semuanya beransur settle, untuk report personal aku lebih menghargai diriku dan rakan2 yang tolong bantu aku samada secara langsung atau tidak langsung..
Report group >> thanks buat ahli yg paling sikit commitee nye,4 org je ktorg.. tapi, sangat mrmbantu.. Terutama aku yg xde basic dlm bidang ini.. :'(
Untuk masalah yang datang secara mendadak, aku rasa sangat terkilan, sebab aku tidak diberi peluang untuk penjelasan.. Hati aku kering.. Kena marah pon diam je.. Bkn takat kena marah je..hinaan suma pakej sekali.. Hanya salah takde la besar pon.. Takpe lah.. Hati aku kering.. Ye.. Disebabkan diri sendiri pon tak terurus, makan pon tak tentu,, tidur lagi lah.. Maka aku kasihani diri aku.. Masalah itu? Biar masa yg menentukan.. InsaAllah ada hikmah di sebalik yg berlaku.. Positive thinking pllisshhh..
Bila badan tak cukup rehat, tidur pon macam tak tidur,, semua perkara aku anggap 'mudah'.. Report yg memeningkan yang aku anggap susah tu dah mudah akhirnya.. Alhamdulillah dah siap..
Maka masalah 'itu'akan menjadi semakin sukar.. Okay aku nak mem'busy' kan diri aku.. Kerna waktu terluang yg sia2 itu akan 'membunuh' jiwa remaja.. So,, keep being positive..
KesalahanTakSetimpalDenganHukuman..
Buat mak abah dan family,, dyh akan kuat dan teruskan perjuangan master ni.. InsyaAllah..
Buat seseorang yg dulunya bnyk mmbantu, terima kasih hingga saat akhir..
:: entry kali ini lebih banyak kepada diari hidup aku bulan ni, ::
Nak carik nama, popular? Tak.. Aku cuma jadikan medium ini sbg. salah satu untuk aku kongsikan rasa hati aku.. Dari aku lakukan sesuatu yg lg xmendatangkan faedah.. Last but not least, moga menjadi insan yang sabar dan tabah.. Tak perlu dengar cakap orang.. Nak puaskan hati semua pihak takkan termampu.. Last, diri sendiri terabai..
Bye.. Mood balik kampung.. Rindu sangat kampung halaman.. Yeay balik ghumah!!!!


Jan 9, 2014

My Boyfriend is Type B



Hai 2014. Entry pertama untuk tahun INI . Jom kali ini aku nak kongsikan jika anda mempunyai kawan2 atau sesiapa sahaja yang tergolong di dalam darah 'B'. Mari kita buat perbandingan dahulu. Orang yang tergolong dengan darah Jenis A sangat berbeza dengan darah jenis B. Perbandingan yang sangat ketara, seperti jika A sangat lurus, berfikiran positif, mudah mengalah manakala B selalu ingin mendominasi, merasakan diri selalunya betul, dan mempunyai prinsip yang tersendiri. Lagi satu, B type ni jenis yang suka nak menang dalam segala hal. Tak percaya? Tanya kawan2 anda2 atau orang terdekat anda, jenis apa darah diorang? Pastu korang wat la 'research' pasal perangai. Dari segi saintifik? Aku tak terangkan. Korang bolehlah carik di google. Pengalaman aku berhadapan dengan orang macamni yang tak ada di google. Bakal ada di google jugekss nantii.. (Tu pon kalau orang baca entry aku ni) hihi..

sifat Negatif dulu yer..

- Selalu ingin mendominasi dalam sesuatu perhubungan persahabatan, dan sebagainya.
- Mudah mempengaruhi orang lain (terutama golongan jenis A) even idea tu memberi impak negatif -.-
- Merasakan diri selalu betul (Kat ATAS pon aku dah mention) Banyak kali ulang ni.. haha :P- Mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Maksudnya di sini, bukanlah amik kesempatan sangat, tapi macam contoh kalau kawan dia tu dah biasa belanja dia hari-hari, jenis B ni pun akan 'selesa' kalau di belanja hari2. Tak rasa pape. (Dah orang belanja, -.-)
- Tak berasa bersalah dengan kesalahan yang dilakukan. Trust me. Cuba korang find kenalan2 yang macam ni.. Hehe..
- Panas baran, tetapi cepat sejuk kalau kena caranya.
EGO. Bukan motosikal Ego atau jenama baju ke ape, this is EGO.. Ego seorang lelaki/perempuan. Nasib lah kalau korang berkawan/berpasangan macam ni.. Haha.. Semuanya nak betul ke dia je okkaysss.. Agaknya itulah

 'Mr. Arrogant' :P

Lapaq strawberry plak aihh.. ^.^


Cakap pasal negatif je tak syok la.. Yang negatif pasti ada positifnya.. :)

Meh kita list kan sifat positif golongan jenis B nii :-)

- tahu arah tujuan hidup- tahap stres yang lebih rendah
- biasanya bekerja secara berterusan
- menikmati pencapaian mereka tetapi tidak menjadi tertekan apabila mereka tidak mencapai sesuatu. (Best kan kalau golongan B ni?). Maksudnya kat sini, kalau diorang tak berjaya dalam sesuatu hal itu, mereka akan cuba cari /cara jalan lain untuk mencapai target mereka yang lain. Faham tak ? -.-
- kalau face dengan persaingan, golongan ini tak kisah kalau tak menang pon, diorang enjoy that competition. How can? Menang kalah adat pertandingan.. Itu perinsip dyorang..
- Menjadi sangat kreatif dan idea diluar kotak (out of the box). Believe me. Anda akan rasa kagum dengan golongan ini. Ideanya memberi impak yang besar (positif) kepada masyarakat/negara/antarabangsa :)
- Yang paling penting, golongan yang macamni berfikir tentang refleksi diri mereka, informasi tentang dunia luar dan juga dalaman. Tu secara umum lah aku boleh cakap.


Sekarang, sama tak golongan jenis ini yang aku mention di atas? 


Secara kesimpulannya, setiap jenis darah, ada pro's and contra's tersendiri. Kita ni sendiri yang kena mencorakkan diri memasing. Kekurangan itulah yang akan melengkapi antara satu sama lain. 




pssss : Tapi keegoan lelaki jenis B ni tak bley lawan yang jenis O.. Itu aku rasa lahh.. Korang setuju ke tak, sama2 lah wat research, by the way, MY BOYFRIEND TYPE B tu merupakan filem korea. Aku tengok masa 2009. Time tu aku belasan tahun lagi, tapi cerita tu serously dah lama dan aku ingat sampai sekarang.. Sangat kenalah dengan golongan yang jenis B. Trust Me~ 

Kalau tak mau wat reseacrh golongan jenis ini, cuba tengok citer tu. Haha..