Apr 10, 2014

Hai IPOH !


Disebabkan budget tak lah terlalu banyak, jadi aku dan rakan-rakan dengan add hocknya dijemput, bukan main lagi dijemput, ekekekeke  ke rumah rakan kitorang! Sehari je kitorang dapat buat 3 benda yang ohsem! :')


Ini plan boleh dikatakan last minute jugak.. Mula2 aku plan nak gerak dari Bangi, last aku buat pilihan nak balik rumah mak abah dulu laahh. So, aku sorang je gerak dari rumah aku dulu yang nun jauh di utara sana. (Jauhhhh laaa sangat)  Colleagemate aku gerak dari UKM. So, bermulalah plan kitorang!

Bbq lah kite.. Moh ler... 


Yeay.. We arrive at my friend's houz. Ohsem betol rumah dia. Kitorang siap gitau dia ko tak payah susah2 nak kawen nanti, halaman rumah luas, subhanallah! Serius sangat luas. Tema garden sangat sesuaiiiii chuollsss! Tetiba, bley tak aku nak sewa umah ko Atul? Mihihihihihi.. Padahal jauh bebenor umah aku dengan umah Atul, if nak buat resepsi kat situ? Eh, kau dah kenapa? Dah fikir nak kawen -.-'


Semangat! before masuk amik gambar kenang-kenangan dulu

Apr 1, 2014

Kuching Part I ^_^



Eh assalamualaikum Semua.. Baru2 ni aku melancong di Kuching. Terasa puas hati sangat sebab satu keluarga dapat pergi. Dan paling best aku yang bagi cadangan kat mak abah. Dipendekkan cerita, mak nak support semua sempena nak bersara. So, aku tanpa banyak soal menguruskan tiket flight. >>Now Everyone Can Fly.. AIR ASIA.. Banyak jugak la halangan dan kekangan yang dihadapi. Sampai nangis lah aku.. Ye la.. Nak puaskan hati adik beradik yang lain.. Tsskk.. Tsskk -.-'
Btw, semuanya sudah selamat kan.. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik..

Makan mee kolok.. Sedap..


 Aku suka sangat.. Pastu tghari plak makanan yang wajib makan bila ke Sarawak! Laksa sarawak .. Lepas tu Kitorang pergi Dewan Undangan Negeri Sarawak. Kata driver untuk menambah koleksi gambar.. Theee Heee.. Pastu Kitorang ke muzium Kuching.. Bestnya masuk muzium ni pasal aku sangat suka kucing. Obses dapat tengok macam2 jenis replika kucing. Pastu dapat bergambar banyak2.. Lagipon trademark Kuching kan Kucing.. So Kena la banyak gambar Kucing ye tak??  Haha.. Hah. Lupa plak.. Kitorang pergi jugak Pulau Santubong.. Kat Sini ada sejarah tersendiri. Puteri Santubong. Dikatakan................. jeng jeng.. Silalah lihat gambar dibawah k..  Malam plak Kitorang pergi try makanan seafood yang popular di Kuching. Berdekatan juga dengan Bandar Kuching.. Kat situ penuh aneka seafood samada yang Korang pernah tengok or Baru first time tengok.. Macam aku first time nak makan lobster yang besar. Jadi makanya first time jugak la aku tengok lobster (yang besar gedabak!) Subhanallah! Teruja aku nak makan.. Harga?? Nanti aku update next entry ya, sekali ngan kos perbelanjaan penginapan dan sebagainya k.. InsyaAllah ;-)

Ok, 2nd day Kitorang pergi Pasar Serikin. Mula2 aku Teruja ingat ke nak pergi Sarikei. Haha.. Salah dengar plak aku.. Alahaiii... -.-'


Perjalanan ke sana hampir 2 jam. Last bila Sampai, oohhh.. Tempatnya Macam kat Padang Besaq tuu.. Barang pon jual sebijik Macam kat sana.. Cuma ada la banyak barang2 Sarawak Macam tikar sarawak, kipas sarawak, beg2, Dan sebagainya. Cuaca kat sana tersangatlah panas. Dinasihatkan bawak payung dan rayban. Abang2 aku pakat2 beli payung sebab anak menakan (anak buah) aku merap (buat perangai) sebab panas kan.. Muka suma chommmm (masam) ja.. Bagi aku harga lebih kurang ja ngan Padang Besaq malah bagi aku Padang Besaq Jauh lebih murah.. Hee.. Mungkin sebab aku tawar menawar. Dah tempat sendiri kannn.. Tempat orang tak pandai aku, slang pon bukan orang Sarawak. Alu belajar 1 word je, kat kedai makan seygey maksudnya 1.. (betul tak aku eja ni?) Hehe.. Tu pon sebab nak beli makanan aku laa.. Yang Macam 'kamek' dan 'kita' tu mang dah tahu masa di Semenanjung lah lagi.. Hehe





Le Family ^__^ 

Mar 29, 2014

Otak tak stabil >> mari bershopping :')

Assalamualaikum semua..

Dah lama menyepi.. Rindu pulak nak berblogss.. Busy sikit bulan ni pasal fieldwork di Langkawi baru-baru ini, plus pergi holiday di Sarawak. Nanti yer aku share kan segala apa yang patut masa aku holiday tu yaa. Harga tiket flight, homestay, tempat patut pergi dan macam-macam lagi.. Aku janji ok! Bila waktu terluang banyak sikit.. InsyaAllah :')

Harini nak bagitau  yang aku pergi favourite boutique aku sekian lama, Al-Humaira Contemporary atau lebih dikenali sebagai ahc.. Ni entry pasal ahc aku wat dulu.. Hee.. Masa pergi tadi, cepat2 aku grab lelaju inner2 dia yang murah, ada less 50%, ada yang 70%. Aku terus capai tanpa fikir panjang... Pastu sempat plak beli hoodie cardigan.. Ini tak rancang, tapi dah terberkenan terbeli dan terbayar laaahhh pulak!!!~  :P

Yang paling teruja, kan ahc dah beberapa bulan bukak cawangan di Bangi, lagi lah aku suka! Sebelum ini aku shopping online saja.. Kih kih..




Mar 6, 2014

Why Sony hard to find the casing?

Berbulan2 lamanya mencarik.. Padahal dah lebih setengah tahun dah pakai.. Yer.. Percayalah.. Casing sony sangat susaaaahhh untuk dicarik.. Nak carik yang biasa pon tak banyak design, inikan pula nak yang trendy, marvellous, speechless suma! Kadang2 terfikir macam nak meniaga casing sony.. Gittooo kau sekali.. Bukan main lagi cita-cita.. Tapi takde seni pulaakk.. Idea jr banyak mencurah2 kat fikiran ni haaa.. Menyesal beli? Menyesal sikit je la sebab payah carik casing.. Kesian Z saya.. Tapi suka dengan sony pasal camera dia 860x lagi cantik.. Ekekeke.. Nak2 phone aku boleh masuk air.. Bukan main riak aku depan abang kak aku.. Ye laa.. Macam ni haa.. Anak buah aku mandi bley amek gambar dalam pool.. Danish tengok pon teruja pasal phone mamachu (maksu) die ley masuk air.. Bukan main pose sakan! Kang kalau die buat kat phone umi abah die,, aku tak tanggung! Hahahahaha.. Habis aku plak kene marah nanti -.-

Antara 2-3 gambar yang sempat snap dalam air..


1 je terkilan sebab sony,, susah nak carik casing.. Aku nak cari casing bertali macam beg tu (Macam kat bawah ni haa). Tapi jangan haraplah.. Puas sudah instagram casing aku terjah, rata-ratanya tiada untuk sony! So, kalau siapa yang ada atau tahu kat mana boleh carik casing sony bolehlah beritahu yer..

I'm really appreciate that.. ;-)











Mar 3, 2014

The Best Western in Bangi >> D'One Steak

This is the best western in Bangi! Why I said like that?

Coz makan western kat lain, cam kurang berkenan di hati.. Ekekekeke..

Lain orang, lain citarasanya... Aku paling suka, bila nak makan western, makan di sini.. Dah hampir 5 tahun, ini je tempat aku makan bila nak makan western di Bangi.. ;)



D'One Steak

 >_<




Seafood Spaghetti 


Chicken Chop Cordon Bleu.. (Sedaapp, ada cheese dlmnya..) :D




Kali ini duduk table No. 1.. Winner!! Motip >.<



Kali ini dapat diskaun 2 kupang.. Kih kih.. 


Apa tunggu lagi? Gi la serbu reramai. Harga pon okey.. :)


Address : No. 1 Jalan 6/7B, Seksyen 6, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Phone   : +60 3-8926 2184

Feb 26, 2014

Depa tak paham

KISAH BENAR    yang benar2 belaka. Serius bila baca ><


..........................................................

Cerita ini aku ambil dari pengalaman seseorang  yang amat kukenali.. Aku mohon supaya cerita ini dapat dijadikan manfaat/pengajaran oleh semua atau sesiapa saja.
Ceritanya bermula luahan seorang insan yang ingin menuju puncak, belum lagi gagal, tapi bukan tak pernah gagal....
'Lu tak faham perasaan wa, wa pon ta tahu la kenapa dyorang nak fikir wa tipu, wa buat ni nak cari pengalaman.. Nak bantu wa punya pengajian.. Wa taknak menyusahkan parents gua.. Tapi wa taktahu laa kenapa usaha wa yang murni dipandang remeh hanya kerana kelulusan..'
Apa yang dapat oleh seorang wa masa time kerja ni..
' Master tipuuuu niii'...
'Awak diploma ke degree'
'Kadang2 wa fikir menyesal wa bagitau wa further master, nanti orang tak percaya, lalu biarlah wa tak bagitau yang wa master. Kejadian demi kejadian wa rasa masyarakat semakin enjoy atau lebih percaya dengan penipuan.. Lalu wa terfikir, adakah dengan penipuan tu dapat mengharmonikan semua pihak? Memuaskan hati semua pihak? Wa terfikir semalaman.. Fikir dan fikir lagi hingga tiada noktah..
'Wa takde pandang rendah sesiapa yang amik dip ke, degree ke.. semua tu kelebihan masing2.. Malah wa jeles siapa yg ada diploma. Serius wa jeles.. pasal sijil matrikulasi gua tak laku dimana2'..
'Wa punya nasihat pada lu orang la, even lu tengah dip/degree pon kalau lu alami nasib yang sama macam gua, Lu orang patut bersyukur.. Lu orang tak kena macam gua.. 'Master tipu..' Wa akan ingat sampai bila2 pasal wa diperli sedemikian rupa'
'Hanya kerana wa cari duit untuk sambung master gua.. Wa buat partime sebagai 'pembantu kedai' di salah satu pusat kesihatan terkemuka.. Lu orang pegang la semangat lu orang nak cari duit untuk tempuh segala dugaan dan cabaran.. Habis kuat lu orang fikir je, ORANG LAIN TAK BOLEH BUAT APA WA BUAT.. SEBAB TU DIA ORANG LEBIH PERCAYA PADA PENIPUAN DARI KEJUJURAN..
'Akhir kata wa pada lu aaa, lu tipu je lepas ni nak partime pembantu kedai ke, promoter ke, tukang cuci pinggan ke, bakar sate ke, ape ke.. lu cakap aaa spm pon tak lepas.. Senang citer la wa cakap.. Mentaliti.. Its all about mentality..

From my opinion, maybe like this :

Belajar degree kena jadik pegawai, master jadi ketua kepada pegawai/pengarah.. bla bla bla...



Mentaliti macam ni tak boleh terima orang yang belajar di peringkat tinggi untuk lakukan kerja biasa yang luar biasa memberikan pengalaman hidup yang tiada di dalam kuliah lu orang! Dalam lab lu orang pon takde lah.. Dalam fieldwork mungkin ade'.

................................................................................................

:: Itu membangkitkan semangat aku yang bakal memperoleh kelulusan sarjana. InsyaAllah.. Semoga kawan aku sentiasa kuat dalam menempuh hari2 yg mendatang dengan mentaliti masyarakat yang macamni.. Dia kuat, kenapa tidak aku.. JOm Fokus ::

 Tesis lama dah tak sentuh ni.. -.-   <3 <3 <3 Master.. Please be nice to me too.. :D



:::: HARAP ENTRY INI TIDAK MENGGURIS PERASAAN MANA2 PIHAK.. SEKIAN :)

Feb 10, 2014

Resipi : Cheesecake Leleh

Sape cheesecake lovers? Anyone?
Yeahh.. Kamu.. Dan kamu.. Yeay.. Sama dengan kita.. Hehe.. Mesti dah ada yang cuba xpon dah buat bisnes ape jual kek ni? Hehe.. Lagipun start dari makan kek ni kat uni start addicted ngan kek gini.. Tambah2 cheese.. All type cheese I loike.. Love it!
Now, I want to share one of the recipe, Cheesecake Leleh.. Mesti cuba taw :)
1. Bahan2 (kek) :

*100 g tepung gandum
*60 g tepung jagung
* 1 sudu kecik baking powder (aku tak letak pon sebab function juz nak naikkan kek, hehe)
80 g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50 ml air (air dari peti sejuk)
70 g mentega (cair)
Cara-caranya :
- Mesti ayakkan dulu bahan bertanda *
- Campurkan semua bahan di atas kecuali mentega.
- Pukul @ masukkan dalam mixer sehingga gebu. Then, masukkan mentega cair. Sebatikan kesemua adunan.
- Bakar dalam oven. Suhu 150°C selama 35-45 minit.
2. Untuk Cream :
250g cream cheese
120g susu pekat manis
60ml UHT whipping cream
*Mix semua bahan di atas sehingga sebati. Adunan ini memang sedikit cair :)

3. Utk hiasan:
230g cheddar cheese yang disagat (diparut). orang utaqa cakap sagat.. 

CARA PENYEDIAAN CHEESECAKE LELEH:

Kek yang dimasak tadi disejukkan dahulu. Kemudian, bahagikan kepada dua bahagian/keping. Tuangkan cream cheese pada lapisan pertama. Lapiskan kek di lapisan kedua. Tuang semua baki cream cheese tadi. Taburkan cheddar cheese (yang telah diparut). Siap :)
Mudah kan? Pastu simpan dlm peti ais. Sedia untuk dimakan..



Steady tak 'sagat' cheese guna nih? Abeh nak guna pa lagi? Hehe :P








Selamat Mencuba ;)