Hurmm.. Master? Master? Master? Umum kalau semua orang (especially) students undergrade tahu master boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kerja kursus (coursework) dan mod penyelidikan (by research). Aku pon sebelum ini tahu lepas degree > master > Phd .. Rupa-rupanya master pun ada lagi skop die. Hihi. So, kalau ikut mak abah aku, for sure suruh aku belajar lagi. Hihi. Kalau ikut aku??
Aku memang nak! Sangat mahu. Tapi aku lebih berminat by research. By research at least 4 sem ( 2 tahun ) dan paling lama 8 sem (4 tahun). Couresework plak paling cepat 2 sem (1 tahun) dan paling lama 4 sem (2 tahun). Agak-agak ngkorang lah kan.. Kan..
Kenapa aku lebih berminat by research?
- Takde lagi kelas nak kena attend macam undergrade (degree)
- Nak buat ngan tak penyelidikan, ikut MASA sendiri (Mampu kah aku) :)
- Ada elaun diberi. boleh kott nak font, ELAUN >..<
- Advantage bila nak tukar taraf ke Phd. Betul eyh? Suke.. >.<
Mari tengok pula kelebihan Master by coursework plak.
- JIMAT masa
- Fast treck to become lecturer
- Duit tak banyak HABIS >..<
Aku rasa point aku untuk master by coursework sume akan sama je. SAVE your time. Dan kalau nak jadi lecturer, (contoh lecturer kolej / universiti), at least kena ada master. So, peluang kan? Dulu-dulu aku memang cita-cita nak jadi pensyarah. Macam-macam aihh cita-cita kecik-kecik dulu>> Polis, doktor, pembaca berita, ahli gimnastik dan etc. Hoho. Tapi pensyarah aku rasa paling sesuai dan paling serius kottt. Hoho ^_^
Sekarang nih dalam dilema lagi nih, dah tanya pendapat senior (both take coursework and by research), okay je dyorang. Cuma kalau nak ambil by research my senior just pesan, kena semangat kental la weyh. Research okkkayy~ Masa pulak lama abis. Paling cepat kan aku cakap 2 tahun kan. Tapi mostly dan penyelia aku pon cakap students take at least 3 years (reserach). Okay! Aku fikir balik, Dan fikir lagi. Kaji semula. Kaji lagi >.<
Takat kalau dapat elaun, tapi sengsara dengan masa yang panjang watpe kan? Tapi tidak! Hatiku tetap nak by research jugak! Huhuhuhu. Camne eyk nak cakap? Camtu lah. Hatiku kena dan bakal kental. Wajib.. Hoho >_<
Btw, jujur aku cakap, degree yang 3 tahun pun aku rasa dah tak sabar nak celebrate > KONVO > ::Oktober 2013:: Yeayyyyyyyhhhh!~ >___<
Kira, takde la sampai rasa nak muntah, cuma rasa dah terlalu lama sangat! Fikirkan masa depan aku yang satu lagi. Ewwaahh!~ Macam tahu jer nak cakap pasal topik ape? <KAHWIN> Harus lah~ Hehe. Kawan-kawan aku yang sebaya ramai yang dah kahwin dan rata-ratanya akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Dah habis degree kan? Takpe lah. Jodoh diorang dah sampai. Selamat yaa buat rakan-rakan yang dah mendirikan rumahtangga dan bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Btw, Out Of Topic >..<
Okay lah okay lah.. Sambung jugak master. Itu impian aku, dan kalau boleh sampai Phd.
Dr. Norhidayah Alias ^_^
Btw, master by research or coursework aku tak kisah. Janji aku sambung. Tapi kalau dapat kerja yang sesuai selepas grade nih? Kerja pon kerja. Tapi master tetap menjadi at least impian aku kalau tak dapat sampai Phd. Biarlah masa menentukan. Aku cuma mampu merancang. Allah yang menentukan. Selagi boleh belajar, kita belajar. Nanti kalau dah kawin, belajar benda lain, belajar cara nak menjadi isteri solehah, jadi ibu yang baik. Haha.. Menyempat lagi.. >..<
Agaknyalah~ Pasal tu kot parents aku cakap, sambunglah master. Belajar selagi boleh belajar. Kang dah kahwin, banyak tanggungjawab, takut nanti tak sempat. Maybe diorang cakap berdasarkan pengalaman dan asam garam kan. Aku pun setuju jugak. Tapi rata-ratanya sekarang ramai yang kahwin usia muda. Zaman dah berubah. Lagipun kahwin muda, pertengahan atau apa-apa je pon tak meyekat diri untuk terus menimba ilmu. Cuma lepas dah kahwin, kena minta izin la suami plak. Kira komunikasi ni pentinglah. Rancang lah dulu camna kan. Kalau dah si suami tak bagi belajar, kang sedih pulak! Kalau dah setuju sebelum kahwin dan dia benarkan, okay lah. :)
So, sementara masih bujang ni, apa salahnya tunaikan harapan mak abah yang dah membesarkan kita dengan jerit payah dan tidak meminta balasan pun kan? Apa salahnya kan.. :)
So, sementara masih bujang ni, apa salahnya tunaikan harapan mak abah yang dah membesarkan kita dengan jerit payah dan tidak meminta balasan pun kan? Apa salahnya kan.. :)
Hihi. Macam tazkirah plak aku rasa ni. Biasa lah. Pagi buta ni idea mencurah-curah ke ladang gandum (iklan koko krunch).
Btw, kalau nak apply master kat UKM klik SINI
SEDIKIT MAKLUMAT
Master sesi 2013/2014
Kerja kursus (Coursework) : Boleh apply till 31/5/13 (Jumaat)
Penyelidikan (By research) : Tiada tarikh tutup. Apply lah bila-bila korang suka, ikut mood >..<
p/s : Tuntulah ilmu hingga liang lahad. Ilmu tidak mengenal usia. Lagi kita pelajari, lagi kita merasakan banyak perkara yang kita tidak tahu, >_<