Jan 20, 2014

Hati Kering

Hati kering.. Ye.. Disebabkan masalah datang bertimpa2, segala report fieldwork dan lab suma kena hantar.. Yer.. Semua tu membuatkan aku makan tak kenyang tidur tak tidur even exam dah habis 1 minggu lepas..
Sekarang alhamdulillah semuanya beransur settle, untuk report personal aku lebih menghargai diriku dan rakan2 yang tolong bantu aku samada secara langsung atau tidak langsung..
Report group >> thanks buat ahli yg paling sikit commitee nye,4 org je ktorg.. tapi, sangat mrmbantu.. Terutama aku yg xde basic dlm bidang ini.. :'(
Untuk masalah yang datang secara mendadak, aku rasa sangat terkilan, sebab aku tidak diberi peluang untuk penjelasan.. Hati aku kering.. Kena marah pon diam je.. Bkn takat kena marah je..hinaan suma pakej sekali.. Hanya salah takde la besar pon.. Takpe lah.. Hati aku kering.. Ye.. Disebabkan diri sendiri pon tak terurus, makan pon tak tentu,, tidur lagi lah.. Maka aku kasihani diri aku.. Masalah itu? Biar masa yg menentukan.. InsaAllah ada hikmah di sebalik yg berlaku.. Positive thinking pllisshhh..
Bila badan tak cukup rehat, tidur pon macam tak tidur,, semua perkara aku anggap 'mudah'.. Report yg memeningkan yang aku anggap susah tu dah mudah akhirnya.. Alhamdulillah dah siap..
Maka masalah 'itu'akan menjadi semakin sukar.. Okay aku nak mem'busy' kan diri aku.. Kerna waktu terluang yg sia2 itu akan 'membunuh' jiwa remaja.. So,, keep being positive..
KesalahanTakSetimpalDenganHukuman..
Buat mak abah dan family,, dyh akan kuat dan teruskan perjuangan master ni.. InsyaAllah..
Buat seseorang yg dulunya bnyk mmbantu, terima kasih hingga saat akhir..
:: entry kali ini lebih banyak kepada diari hidup aku bulan ni, ::
Nak carik nama, popular? Tak.. Aku cuma jadikan medium ini sbg. salah satu untuk aku kongsikan rasa hati aku.. Dari aku lakukan sesuatu yg lg xmendatangkan faedah.. Last but not least, moga menjadi insan yang sabar dan tabah.. Tak perlu dengar cakap orang.. Nak puaskan hati semua pihak takkan termampu.. Last, diri sendiri terabai..
Bye.. Mood balik kampung.. Rindu sangat kampung halaman.. Yeay balik ghumah!!!!


Jan 9, 2014

My Boyfriend is Type B



Hai 2014. Entry pertama untuk tahun INI . Jom kali ini aku nak kongsikan jika anda mempunyai kawan2 atau sesiapa sahaja yang tergolong di dalam darah 'B'. Mari kita buat perbandingan dahulu. Orang yang tergolong dengan darah Jenis A sangat berbeza dengan darah jenis B. Perbandingan yang sangat ketara, seperti jika A sangat lurus, berfikiran positif, mudah mengalah manakala B selalu ingin mendominasi, merasakan diri selalunya betul, dan mempunyai prinsip yang tersendiri. Lagi satu, B type ni jenis yang suka nak menang dalam segala hal. Tak percaya? Tanya kawan2 anda2 atau orang terdekat anda, jenis apa darah diorang? Pastu korang wat la 'research' pasal perangai. Dari segi saintifik? Aku tak terangkan. Korang bolehlah carik di google. Pengalaman aku berhadapan dengan orang macamni yang tak ada di google. Bakal ada di google jugekss nantii.. (Tu pon kalau orang baca entry aku ni) hihi..

sifat Negatif dulu yer..

- Selalu ingin mendominasi dalam sesuatu perhubungan persahabatan, dan sebagainya.
- Mudah mempengaruhi orang lain (terutama golongan jenis A) even idea tu memberi impak negatif -.-
- Merasakan diri selalu betul (Kat ATAS pon aku dah mention) Banyak kali ulang ni.. haha :P- Mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Maksudnya di sini, bukanlah amik kesempatan sangat, tapi macam contoh kalau kawan dia tu dah biasa belanja dia hari-hari, jenis B ni pun akan 'selesa' kalau di belanja hari2. Tak rasa pape. (Dah orang belanja, -.-)
- Tak berasa bersalah dengan kesalahan yang dilakukan. Trust me. Cuba korang find kenalan2 yang macam ni.. Hehe..
- Panas baran, tetapi cepat sejuk kalau kena caranya.
- EGO. Bukan motosikal Ego atau jenama baju ke ape, this is EGO.. Ego seorang lelaki/perempuan. Nasib lah kalau korang berkawan/berpasangan macam ni.. Haha.. Semuanya nak betul ke dia je okkaysss.. Agaknya itulah

 'Mr. Arrogant' :P

Lapaq strawberry plak aihh.. ^.^


Cakap pasal negatif je tak syok la.. Yang negatif pasti ada positifnya.. :)

Meh kita list kan sifat positif golongan jenis B nii :-)

- tahu arah tujuan hidup- tahap stres yang lebih rendah
- biasanya bekerja secara berterusan
- menikmati pencapaian mereka tetapi tidak menjadi tertekan apabila mereka tidak mencapai sesuatu. (Best kan kalau golongan B ni?). Maksudnya kat sini, kalau diorang tak berjaya dalam sesuatu hal itu, mereka akan cuba cari /cara jalan lain untuk mencapai target mereka yang lain. Faham tak ? -.-
- kalau face dengan persaingan, golongan ini tak kisah kalau tak menang pon, diorang enjoy that competition. How can? Menang kalah adat pertandingan.. Itu perinsip dyorang..
- Menjadi sangat kreatif dan idea diluar kotak (out of the box). Believe me. Anda akan rasa kagum dengan golongan ini. Ideanya memberi impak yang besar (positif) kepada masyarakat/negara/antarabangsa :)
- Yang paling penting, golongan yang macamni berfikir tentang refleksi diri mereka, informasi tentang dunia luar dan juga dalaman. Tu secara umum lah aku boleh cakap.


Sekarang, sama tak golongan jenis ini yang aku mention di atas? 


Secara kesimpulannya, setiap jenis darah, ada pro's and contra's tersendiri. Kita ni sendiri yang kena mencorakkan diri memasing. Kekurangan itulah yang akan melengkapi antara satu sama lain. 




pssss : Tapi keegoan lelaki jenis B ni tak bley lawan yang jenis O.. Itu aku rasa lahh.. Korang setuju ke tak, sama2 lah wat research, by the way, MY BOYFRIEND TYPE B tu merupakan filem korea. Aku tengok masa 2009. Time tu aku belasan tahun lagi, tapi cerita tu serously dah lama dan aku ingat sampai sekarang.. Sangat kenalah dengan golongan yang jenis B. Trust Me~ 

Kalau tak mau wat reseacrh golongan jenis ini, cuba tengok citer tu. Haha.. 




Dec 31, 2013

Exam Month >> 2014

Try your best korang jika tengah exam juga.. Sekarang  tengah menghadapi exam yang sangaatt mencabar.. 1 paper dah berlalu dengan pasrahnya (baru je tadi) .. Btw, let bygone be bygone.. :'(
So, in January 2014, adalah bulan stress untuk exam, presentation proposal, fieldwork, lab report and etc..
Doakan aku dapat menghadapi semua ni dengan jayanya..
#master
Everything gonna be excellent.. How I wish that..
InsyaAllah..


Happy New Year 2014.. Moga tahun ini mendapat rahmat 
dan lebih barakah dari-Nya. InsyaAllah :)

Dec 26, 2013

Segmen : Jom BlogWalking



Jom Blogwalking, mana tahu rezeki berpihak pada kita :)

tamat pada :-

10 Januari 2014


p/s : Nak Join? Klik je banner di atas ok ^^



Dec 20, 2013

I do <3 kids

Disebabkan aku tersangatlah sayang bebudak, dan suka bebudak, adakah ini naluri bahawa aku sudah layak mendirikan rumahtangga? Erkkk.. Kang makan pelempang dengan mak abah aku.. Haha.. Takde la mak abah aku nak buat gitu. Aku je buat ayat kasik hiperbola sikit. Kan ker dulu time sekolah kan belajar Bahasa Melayu ada metafora, hiperbola, dan segala flORA.. hehe. Btw, entry ini patut aku buat 2 tahun lepas, ya 2 tahun yang lalu. Di mana aku berpengalaman dan bekerja semasa Semester Break.. Itulah pengalaman pertama aku kerja dan tak mungkin aku lupa. Ianya harus dijadikan memori yang indah :')

Psssttt. Btw, 2 tahun lepas, aku masih tidak mempunyai blog.. So awal tahun ini baru start dengan dunia blog. Too bad right? Haha. Kalau tak, macam2 boleh story mory >_<



Tanggal, kemaskan..


Kena cantikkan kelas.. (cat dan buat kelas ceria)


 Dah cat dan buat apa yg patut....
Buruk la tulisan Teacher Nor ni.. erkkk -.-



Last 2 years event aku sempat join, majlis berbuka puasa..

 Wait, i'l try to remember all of them. From the left : Affiq Danish, Azmil, Afnan, and Khayra.
(Yeay, I still remember :D )


 With siblings, Danial Hisham and his sister. look alike right?

It is me? 2 years ago.. sigh -,-


 Teacher jatuh cinta ngan Danish.. Hehehehehe -.-'

Very photogenic Danial Hisham and, Affiq Danish was act so cool? =P

Moment yang tak boleh aku lupa, apabila aku marah sangat dengan kerenah mereka, aku marah sangat. Then aku cakap, Silent! Dengan mata aku semua memandang kesemua muka readiness 4 years. (28 students).  Dengan situasi yang serius, semua mata murid aku tengok macam tunduk ke bawah lantai. Ada yang macam nak nangis, ada yang bermain-main pensil atas meja, tak kurang juga ada yang terdiam kaku tak berani memandang aku. Tetapi boleh plak time tu kan, seorang murid perempuan, dengan selambanya berkata


"Teacher Nor, bukan silent laahh, Silent, please!"

(Aku pun dengan tak tahan nak ketawa, terus pusing ke arah whiteboard)
* Tak jadik marah... ^^

See, student now is very smart! They taught very well. Very well mannered that girl (the girl with boys in the class, picture above).

One thing, i love kids very much because all of them is very honest! Yeahh.. They are not good for cheating at all. They very kind, soft-hearted, even they love me too. That's the point (:

Just  remember now how glad am I when I got a chance to teach children.. :')


#Throwback #2011
#Readiness4years

p/s : btw, teacher Nor its ME! Hehe. Bcoz of one teacher has the same name with me, so other teachers suggest to call me Nor. Takkan nak panggil achik, that's informal. I'm okay with that name. Nampak macam ayu, sopan2 gittooo.. Teacher Nor >.<

Dec 18, 2013

Dia touching dengan saya -.-



bufy achik,
1919 atas muka bumi,
milik Allah.                                                                                                     18 Disember 2013


MEMOHON MAAF ATAS KEALPAAN MENGUCAPKAN ULANGTAHUN YANG KE- 22.

Merujuk kepada perkara diatas, saya memohon maaf atas kealpaan saya kerana tidak mengucapkan tarikh lahir Cik pada 4 Disember lepas. Hal ini adalah kerana, saya terlalu sibuk dengan urusan master saya, kenduri saudara-mara, serta segala urusan yang pelbagai. Tambahan pula, Cik  tidak meletakkan tarikh lahir  di timeline muka buku.

2.     Jika Cik menunggu untuk saya mengucapkan ulangtahun Cik selama beberapa minggu ini, saya minta maaf. Sampai Cik telefon saya dan kita berbual-bual panjang sehinggalah Cik mengatakan hal yang sebenar. Saya betul-betul terlupa.

3.     Oleh yang demikian, saya berharap Cik dapat memahami situasi yang saya alami. Segala kerjasama dari pihak Cik amat saya hargai. Sekali lagi saya memohon kemaafan atas kealpaan saya.



Yang Ikhlas,


achik

Dec 16, 2013

Weekend ceremony

Disebabkan blog harus diupdate kerap, maka aku memilih untuk berkongsi aktiviti aku dihujung minggu baru2 ini..
Kenduri kahwin cousin aku.. cousin aku ni lelaki.. So, xdek lah gambar banyak, so gambar kami2 je la.. Biasa lah,, perempuan.. That's normal.. Kalau lelaki buat begini, abnormal -.-'
Kakak aku tengah panas la ni sebab cousin aku tu muda pada dia, then jodoh dia dulu.. Nak2 plak jiran umah aku pon hampir melangkah bendul (pasal dah bertunang last week jugak).. Yang tu lagi la, sama umur aku.. Haiyaaa.. Wa pon tak senang duduk nih -_-'
Senang cerita malaslah nak fikir, konon, padahal risau kan -_-' , jodoh ketentuan Allah.. Lagipun aku baru 19.. Nampak sgt nak menipu! :P..  Kalau orang tanya jawap masih belajar lagi.. Muda lagi pon aku.. Below 25..  24? Muda lagi okess.. Two Two..