Dec 26, 2018

Tips bawa baby /Anak Kecil ke MAPSπŸ‘Ά πŸ‘§

Hi.

Setelah sekian lama (cukup kot setahun ++) dah tak ber 'blog'. Rindu ye jugak tapi kekangan masa + dah jadik mak kepada 2 orang  dah.. πŸ‘§  πŸ‘§  Alhamdulillah.

Kali ni nak share do n don't kalau nak bawak anak g the first animation park yg 1 di Malaysia, MAPS khususnya bagi yang ada anak kecik, baby, toddler etc.

Kami bertolak sekitar 7.40am ++ dari Kedah dan sampai ke Meru 9.30am++ (Jalan tak jam even cuti sekolah) Kereta banyak tapi trafik lancar.  Btw, hati2 dengan ops /speed trap /aes 😁😁

Sampai di Meru, MAPS pon xbukak lagi tapi orang dah start queue ye. Almaklumlah school holiday 🏫.  Ramai la orang.

1st,  tolong makan /breakfast siap2, since food not allowed to bring. Kalau mineral water, barang baby, formula milk, n baby food boleh je

To be honest, aku letak je roti gardenia 2 keping dalam beg baby πŸ‘§,  lepas je sebab terlalu ramai, maybe staf tak sempat nak check.  Staf cucuk2 beg pakai macam thermometer /ruler  yang jenis berbentuk bulat (sorry I don't know the tool name)

#VillagePeople sangat orang tak bagi bawak masuk food, kau boleh plak try.

Kalau lepas, why not?  Tak lepas, aku makan roti kat Situ lah jugak πŸ˜πŸ˜‹

Tips kalau bawak baby πŸ‘§ πŸ‘Ά 1 year and below , kids 4 years old n below :
1. Carrier / baby swaddle (bagi aku ni wajib)

2. Stroller  (ni pon bagi aku wajib, sebab aku tak bawak, tinggal KL)  alih2 kena share ngan cousin dia - sebab si Kakak dah tidur, sape larat nak angkat dia.  Dah 10kg ++..

3. Tricycle (ni pon help jugak)  nyesal jugak sebab tertinggal, semua ada kat KL πŸ˜…

4. Bawak umbrella  in case hujan ☔  (kalau tak hujan pon, bawak lah juga sebab kalau panas, still helps)

5. Kalau anak2 tak boleh duduk (tantrum /Etc)  pegi je kafe dalam MAPS tu..  Banyak beno kafenya sebab tu agaknya tak Boleh bawak food. Tapiii.. Mahal lah ye..  Mineral water pon rm3.50. Air tin rm5. Kira minimum semua harga air rm5.

6. Please eat dulu before masuk MAPS. Macam kitorang dah breakfast siap2, tapi dah masuk dalam tu, sampai ke malam, kira start 2pm++ tu dah lapaq gila (orang utara, kalau lapaq sangat semua ada perkataan gila di belakang ayat tu. Jadi, mohon jangan salah paham 😬)

7. Antara banyak2 kafe, aku masuk Tok Aba Kafe (sebab aku bawak baby, kira aku lepak dalam tu sambil minum air je.. Air yang beharga RM 5. Sampai tengahari kul 1pm++ .

8. Ada satu kafe /foodcourt yang Open air, variety food tu ada, tapi sebab bawak baby n kesian dia berbahang  aku menuju ke stesen seterusnya, kafe yang lebih besar n opkos aircond menjadi pilihan.
🌟 spaceship Cafe. Besar, sesuai untuk big πŸ‘ͺ (macam aku ada la dalam 5 families, so ruang kafe ni sangat lah besar. Aku gi level 2) . Nasib ada lift, tak kuasa nak naik tangga dengan bawak Baby lagi..  πŸ˜…πŸ˜¬

Tips Lain
~ Datang pagi2, so that ko tak yah nak queue panjang sangat untuk nak masuk entrance boboiboi ke, roller coaster ke ape.

~ Avoid Long School Holiday🏫  (long queue nak masuk most of the entrance)

~ Please eat  before enter the MAPS. Unless kau memang nak spend n ada πŸ’° banyak sampai tak Tahu nak buat apa..

~ Better bawak kanak2 3 tahun ke atas.  Kalau bawah 3 tahun, banyak benda tak dapat nak play. Tapi ada 1 tempat best, yang The Smurf punya playhouse. Tu ohsem!  Budak 2-3 tahun enjoy la yang tu. Eh, lagi satu, dekat entrance bila dah masuk MAPS,  ada indoor playground. Sesuai la untuk kids yang 'toddler' . Anak sis yg 2 years enjoy la yang tu😁

~ Maybe ada Yang nak kecam, eh kenapa lah si penulis blog cekelatmanih ni nak bawak baby, bukannya boleh main apa2 pon,  (dah tahu akan ada netizen camni, maka sis jawaplah ye)
πŸ‘‡πŸ‘‡
🎫 Tiket dah di sponsor sepenuhnya oleh one of my sista (Tq moknyahh bawak anak2 buah berjalan2) , so inilah masanya nak tahu apakebenda nya Malaysian Animation Park Studios ni.. Tempat anime doraemon ke ape ke.. Hahahahhah..  Kalau dah netizen jenis suka kecam, ignore j la ye dok. 

Btw, hope this tips can help the mother out there especially bring baby /toddler /kids..  tq

Jun 29, 2017

Kenapa Tunku Azizah Maternity Hospital (Part II)






Okay.. Since ramai yang tanya cost bersalin kat sane, aku dah tepek kat atas tu price with package.. Dah macam promoter TAWCH dah πŸ˜‚πŸ˜…

Okay, as i promised from previous entry Why I choose Tunku Azizah, aku dah booked deposit RM 1 K. Ak bayar 2 months earlier. Kenaps aku kens bayar deposit? Kalau tak bayar tak boleh ke? (Soalan yang mungkin bermain di minda korang πŸ˜†πŸ˜—) . Actually aku bayar deposit sebab nak harga lama.. Which is lagi murah la chuolls.. beza ratus2 jugak.. Heh.. So, aku bertekad memang nak suite room laa.. Nak dijadikan cerita, on that day (masa kena admit), bilik suite dah full, πŸ˜₯ so aku xde pilihan lah, aku pon pilih single room which is noy bad jugak laa.. apa beza single n suite? Yang aku taw suite ada microwave, fridge n bilik lebih luas n locker/almari simpan barang lagi besar. How did i know? Sebab aku n husband ada buat road tour TAWCH. 😁

Aku memang nak bilik seorang (suite @ single), nak privacy and nak husband aku tido dengan aku n family2 datang senang tak gadoh nak bising2 ngan katil jiran sebelah ke, nak bising pon boleh. Senang aku memang nak privacy. Nak ke toilet suma tak payah nak bertudung litup bagai. Dah bersalin kan, banyak guna tenaga.. So paham2 la, nak jalan pon kena slow, Ya Allah. Baru taw bersalin tu camna. Sebelom ni asyik takut jaa..  πŸ˜‚

Till then, tu je la kot aku nak share, harini 29/6, aku dah 43 hari, one more days! Hikss.. Tak sabar nak keluar bawak baby jalan2.. Semoga semuanya dipermudahkan, InsyaAllah..

InsyaAllah kalau aku ada masa (memang nak sangat update pasal contraction n pengalaman bersalin secara detail) supaya lepas ni ,kalau ada rezeki baby lagi, aku dah tahu Do and Dont's masa kat labour room. Bila masa nak ke hospital.

  Anak solehah ummi ayah, Awliya Humaira


Alhamdulillah, atas rezeki anak ini 😊
#Raya
Ok bye, salam πŸ˜ƒπŸ˜„


Persediaan Awal Sebelum Kahwin : HIV Test

Lama aku draft kan entry ini.. Dari tahun lepas (,sebelum kawin, sampai dah jadi mak orang) πŸ˜‚πŸ˜‚

Sudi2 kan lah baca yeee.. bakal2 pengantin, hikss 😊😊


πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Ahhh.. Tengah panas lagi cerita ini. Nak dijadikan cerita, harini aku offday, so niat di hati nak settlekan segala hiv test segala bagai. So aku gerak dalam pukul 10.50 pagi camtu aku rasa (dari rumah). Klinik Kesihatan tu dekat je ngan aku. Dalam 5 minit dah sampai.

Dah la pergi hari jumaat, pastu pergi pukul 11.00. Memanglah staff klinik pon malas layan.. Hahaha.. Tapi aku pelik, break pukul 12 suku kan? (Standard government? ) Sorry lah, aku private n break kitorang 1 hour je cam biase.. 


Staff cakap " Akak datang petang ni, pukul 2.45 pm nanti cari saya, sambil bagi 1 borang macam pamplet tu". Pastu akak ambil no kat depan dulu yeee nanti..

Dalam hati, haihh, apa aku nak buat 3 jam niiii.. Pergi Jusco ke, Hiro ke, or mana2 pasaraya -.-'

Dah la macam blurrrr apa nak kena buat, pegi buat sorang pulak tuu.. Tunang (sekarang dah suami,, entry drafkan sampai dah selamat nikah >_< ) kerja. baru berangan2 nak buat sekali. Dah tengok orang lain semua datang dengan pasangan masing2,, sobss sobss.. 


Pastu aku terus tanya staff nurse yang lagi veteran. Nak dipendekkan cerita dia pelik kenapa aku datang pada dia. 


" Tengok, saya senior, tapi dibuli oleh junior'

Aku macam gelak2 je lahhhhhh.. Pastu kitorang sembang2, staff nurse ni baik nama tak salah aku Glory ke Ivory ke ape tahhh.. (Aku ni makan semut banyak agknya, belom sehari dah lupa nama,,)

Baikkk, peramah.. Amik blood test, then check ada pape masalah kesihatan ke tak, terus chap chus siap! 

Allah,  mudahnye, kejap je.. 10 minit je aku rasaaaaaaaaa

Yang aku nak cakap staff nurse yang buat perangai tuuu, aku hanginn bila diorang ni sempat bersembang2 bagai,, woiii ko buat ape 11.30 pagi. . (Patut suruh aku datang petang) Agak2 lahhh.. Depan public kot.. Ye la aku husnuzon mungkin korang sembang hal kerja, , tapiiiiiiiii.. 

yang paling aku malu, sebab sebangsa aku.. Budak2 remaja / @ awal 20-an lagi tu. Memanglah jumaat break awal tapi bukan 11.00 pagi @ 11.30 pagi kan? ? (Tolong beritahu aku kalau aku salah)

pastu, yang attend aku, (Mrs. Glory @ Staff Nurse ) tu bukan bangsa aku tapi dia treat aku ok n siap cakap " Takpe Tuhan nampak, saya senior staff pon kena buli, belom break lagi sudah break awal" aku macam tersengihh je.. 

1st opinion : Maybe aku salah sebab aku tak faham prosedur, pastu aku tanya 3-4 x jugak staff nurse yg berlainan. semua jawapan tak memuaskan kecuali bila dah jumpa staff nurse yang baik hati tu.

2nd opinion : Jangan mengelat kerja. Bila berhadapan dengan public, ko kena behave. (Remind me to take care my working time and be punctual :')

3rd opinion : Aku juga kerja involve public, then aku cuba husnudzon yang 2-3 org staff tu (budak lagi aku tengokkk), bincang hal kerja. (Tapi sorry to say, aku nampak diorang berborak kosong). 

4th opinion : Tolonglah treat kitorang ni betul2. Dah sebangsa aku, malu wey korang buat perangai macam ni depan bangsa lainnn.. Haihhhh.. (Dekat 1-2 kaunter, ada je 3-4 orang staff 'melepak' . 

5th opinion : Aku harap ni la kali pertama dan terakhir korang buat macamni. Come on laa,, Sorry to say la, then i know why people have the perception towards some organization.. Bcoz some people ruin the trust... 

" Kerana nila setitik, rosak semua susu sebelanga "


Okay, btw, lepas ni jangan ikut cara aku, korang pegi seawal jam 8 @ 9 then staff2 yang mengelat ni takkan nak hold korang sampai petang pulak kann.. Tak logik.. kalau ikutkan klinik kesihatan dekat rumah aku tu, dia buat HIV Test untuk Pra-Perkahwinan jam 10 pagi. So datang within that time untuk register dah ok :)


Tips seterusnya : Kalau korang susah nak dapat cuti, buat je time korang break @ minta excuse pada bos @ 1/2 day leave @ ape2 je yang mudah & senang bagi korang.. 

Last but not least, semoga urusan dipermudahkan. InsyaAllah :)


:: (Pandangan peribadi adalah hak masing2 dan pengalaman setiap orang berbeza2 ) ^_^

Jun 21, 2017

Kenapa Tunku Azizah Maternity Hospital

Hi.. it's been a while.. almost 2 years not blogging meh 
So, as i'm confinement period, I manage to blog.
How to start eh? Ok, first thing first, I started to find the Islamic Maternity Hospital. I've been search in Klang Valley Area.. I found at least 3 Islamic Hospital.
Naluri, Hospital Bersalin Gombak, GMC, and last but not least Tunku Azizah. After i've google and do some research, end up I choose Tunku Azizah. It is not the the other hospital is not good in facilities etc, but I want to pick the doctor itself.  Fyi, i do some research based on the doctors too 
Why I choose Tunku Azizah? First, all the doctors (even doc bius pon perempuan  taw) .. Secondly, because the traffic to go to the Tunku Azizah is not heavy /no traffic jammed but a lot of traffic light. It's ok, we do have alternative way to avoid that  (from my house, hehe)
Then, another reason? Eventhough the hospital is still new , the facilities is so good. (Private kan  haruslah berbaloi semuanya)
One of the Facilities that I looking for, at least the building is safe, convenient area, have elevators and the friendly staff (dari yg dekat kaunter, sampai staff ward suma ok, next time, i story about my experience during deliver yaa.. )
Oh yaa.  Before i forget, 8?I chose Dr. Zana to 'sambut' my baby. I start check up during 7 months  . And if I'm not mistaken, to deliver at Tunku Azizah, u need to do the appointment with the doc and at least meet 4 times (can ask and call directly Tunku Azizah to confirm that )
The price? Every checkup (scan, medicine, urine test, consultation ) around rm  ++..
If you minus the medicine and scan (tolak scan hujung2 time 37 weeks sbb dah tak clear), so pay less than rm100.
So, kalau sesiapa ada plan nak deliver dekat Tunku Azizah, tetapi rasa mahal sangat checkup kat sana, boleh la plan dari awal.
Macam i olls, start pergi around 7 months (,28 weeks ++) sampai nak dekat deliver, around 10-11 times jugak check up.. banyak kann.. 
Ye laa.. kalau dah masuk 36 weeks, lepas tu setiap minggu kena pegi.  Huu..
Lagipun, first pregnancy kan.. No experience.  Sebab tu memang jaga n pantau betul2.. mungkin ibu2 lain start 33 weeks baru pergi kan.. Depends on the mother's situation and budget. I olls pergi awal sebab risau kang terberanak awal ke, siapa tahu... But, mostly doc cakap kes yg macamtu kalau memang dari early pregnancy dah ada problem/complication macam ibu2 mengandung ade history sakit pape ke, low blood ke, macam aku low blood jugak tp skjap je.. huhuhu.. Kuasa Allah kan.. Macammane pon, keadaan kita better jumpa pakar.
Oh yaa.. dari segi bilik plak. Di Tunku Azizah ada 3 jenis bilik.
6 bedded room
Single room
Suite room
Masa awal2 lagi, aku dah pilih suite room, tapi based on the availability laa..
Rasa2, dapat tak aku nak suite room (see next entry yaaa) hahahaha

Feb 20, 2016

2016 ~ Percutian Ke Bandung

Ehem! 


Uhuk.. Ya Allah rindunya nak blogsss.. Walaupun tak ada orang baca (mohon lah bace supaya aku tak meroyan), hope adalah yang sudi baca sebab aku jamin entry ni entry terbaikk aku akan cerita "PRECIOUS MOMENT" di BAndung!

Jom, aku cerita dari aku beli tiket flight.. 

Kisahnya bermula disini, bila azam aku untuk setiap tahun aku mesti ke luar negara (which is 2015 tak sempat), sebab ada kekangan , dimana aku terlantar di hospital sebab denggi :') 

Jadi, tiket flight aku burn. . Takpe, rezeki aku bukan time tu ( nak pergi cambodia)


Okay, memandangkan aku suka melencong cerita kot lain, ini kali aku cerita betul2. 


Aku dan family konon nak jimat then instead of pegi direct ke bandung, kitorang pegi jakarta dulu. Transit lah kononnya.. -.-' 

Btw, aku rasa tak jimat pon, sebab kitorang sampai malam, then aku memang dah book tempat untuk penginapan. Hahahahaha.. Harga? Tak mahal dalam 329,000 IDR.. (RM106 ke camtu duit Malaysia) So kongsi 3 orang dalam RM30++. 


Muraahhh khennn? Haha

Then, bila aku dah booked online senang lah keje aku. 

nak dijadikan cerita bila flight delay, lagilah sampai tengah malam buta dekat airport jakarta. Imigresen diorang okay ada certain ja tanya stay mana suma, kak aku la yang kenaa.. (Pastu dia tak taw nak jawap,, wahaahahahaha).. Padan muka.. yang kali kena ambik taw..  :P

Sebenarnya aku pun xberapa ingat, book online kan. Nama hotel tu Red Planet. Aku ambik yang paling murah & ada 2 katil single.. So, aku kongsi lah tido dengan kak aku. 

Then, part malam tu menggedik lapar tapi takkan nak makan malam2 kan.. So aku bawak bekalan roti gardinier dan maggi ( benda wajib bila kau ke luar negara) kena bawak. Abes kak abg aku makan roti. Aku pon makan jugak.. Nasi dari Malaysia yang aku bawak pon aku makan. Pelik lah lapar. padahal kat KLIA2 tu dah bedal KFC suma.. 

Faktor Travel kot.. :D

Ok, next aku just nak cerita bajet yang aku dan family aku dah habiskan sepanjang perjalanan di Jakarta (1 hari), bandung ( 3 hari 2 malam)

01st day

Jakarta 

:: Taksi (Dari Airport ke Penginapan) : rp 165,000 *termasuk toll kena bayar 15,000, tips 10,000
jumlah 144,300 je teksi tapi dah ko bagi 150,000 ko ingat nk dapat baki balik? Sedekah je dah lewat malam. Waktu rime tu 12 lebih.. 

 (teksi ni boleh tahan gak sembang die, tanya macam2), so kalau korang convert tak sampai rm50.. Ok lahh.. dah malam kan, perjalanan dari jakarta airport ke hotel kitorang dalam 20 -30 km. Boleh refer google maps ^_^


Penginapan (Hotel red Planet) = 330,000 rp / 3

Esoknya : Taksi ke gambir Station ( Keretapi) : 30,000 rp, parking 5,000 rp (dlm rm 5 - rm 10)
Breakfast (sendiri) : ada kedai macam 7E, aku habiskan dalam 24,000 rp (rm 7.00++)
Tren (Jakarta - bandung) : Ekonomi : 90,000 , business class : 120,000 per pax ( dlm rm 40++ *better korang amik yang lebih selesa which is yang mahal sikit,, kitorang ambil business class lah beza pon ta banyak... 

2nd day (Perjalanan Jakarta - Bandung)

Perjalanan ke bandung naik tren tu lama jugak dalam 3 jam ++. Keretapi dia bukan macam ets kita ye. Dia macam keretapi kita yang lama. But, kat sini best sebab aku keja tidur bangun tidur bangun tidur -.-' sampai nak dekat sampai Bandung, tempat dia cantik.. Macam bukit - bukau macam di malaysia aku samakan dengan cameron. (Laluan keretapi ). macam ko feeling2 berada dalam filem hindi. hahahahaha.. Dilwale sangattt.. 


TO BE CONTINUED ^________^

** gamabr sekitar Bandung bakal menyusul kemudian, since taktaulah pasepa bila cheq eksaited nak bohh (letak), line macam hurrrrrrrrrmmmm... 

Sep 6, 2015

Raya Gathering : ( #RayaSakan)

raya gathering @ OPIS. 


First time keje, not bad untuk raya gathering nih.. 

Hampir sebulan draftkan entry nihh.. Selamat Hari Rayaaaaaaaaaa.. 

Hahahaha -.-'


Team2 dari Programs




Nice candid -.-

Sorry K. Damia , Nor paksa kak damia join. (Berbaju biru)

Dengan divaa cantikkk u olllss :P
NA SU HA ! Wiiwwiiiitt

Jun 25, 2015

Ramadan - Menginsafkan

Kadang2 terasa diri semua dah cukup.. Kadang2 rasa diri ini diuji. . Diuji dengan pelbagai perkara..

Rupa2nya aku lupa. Allah takkan uji hamba-Nya kalau hamba itu tak mampu..

Bulan puasa. 1435 H. Alhamdulillah dah lebih seminggu kita berpuasa. Dugaan datang dalam hidup aku. . Lepas warded, dengue few weeks ago, aku dapat berita yang menyedihkan. Kira macam my future jugak. (Dah la time befday aku esoknya) Time tu aku menangis. Sebab rasa itu macam tak adil.
" Ini tidak adil, tidak adil, bagiku"( Yuna muncul,  nyanyi, kekekekeke -.-')

Haha.. Sempat lagikan. Ye lah.. Sebab sekarang aku dah okay.
Biarlah orang tak suka kita, janji kita buat kerja kita. . Khennn? Just be yourself.. But, kalau yang tak berapa elok perangai tu, kena la ubah ye tak? Kalau kuat makan kira perangai elok ke tak yer -.-'

La gipon bulan pocha ni kena positif.. Hah gitchewww.. Dah malas dah wey nak fikir apa orang fikir, sebab kalau fikir apa yang orang fikir pasal kita, tak sudahhh..

We cannot satusfied all people around us

" Expect less, hurt less "

And btw, bila bulan puasa ni, rasa rahmat sangat. Alhamdulillah, bertemu lagi bulan puasa tahun ini. .

Tengok sembang sahur buat aku rasa bersyukur. At least paling kurang aku makan nasik dengan kicap. Tak pernah makan nasik dengan garam. Bila kita fikir kita susah, kita lupa nak fikir ada orang yang lagi susah dari kita. . Selalunya Kita akan fikir orang yang lagi senang dari kita, kannn? Aku macam tu..

Salam 8 Ramadan.
Esok dah 9 Ramadan..

InsyaAllah ramadan tahun ni lebih baik dari sebelum ini :)