Selalu tak macam nih? Perasaan tu datang tiba-tiba. Kekadang hal tu sekecik cuma, tapi feeling lebih.. Perempuan selalu camni lah rasa..
Tambah kalau mood tengah tak stabil atau nak datang bulan? Betul tak? -.-
Tambah kalau mood tengah tak stabil atau nak datang bulan? Betul tak? -.-
Haritu, Baru balik dari kampung halaman yang tercinta, Pastu Dipendekkan cerita, Akak hantar lah kat Stesen keretapi (star lrt). Entahlah, Haritu nak Kata banyak benda buat, takde la sangat, cuma letih agaknya Perjalanan Jauh.. (baru balik kampung halaman gituuu). Sebenarnya letih sangat, ingat Akak nak hantar kat kl sentral, bley lah aku naik Ktm tak payah tukar2 train lagi.. Tapi mungkin masing2 dah letih, dan kalau nak hantar ke kl sentral, nak kena patah balik pulak.. So, ke Stesen star lrt lah aku.. ****u*.
Like usual, nak swape touch and go je, supaya ko bley 'sentuh dan blah'. Tu bahasa sempoi lahh kan.. Lagi senang paham.. Cuma kasaq sikit kott.. Kalau di melayukan jadik sopan sikit 'sentuh dan pergi '.. Tapi macam Pelik plak dengar kan? Ahah.. Whatever lah.. The main point bukan pasal ni.. Adoeyy.. -.-'
Tengok2 kad aku tak cukup baki, ye lah, Haritu balik kampung, pi member kawen! Naek keta, lalu tol abeslah.. Ingat nak topup balik (kl) Nanti la.. Tup.. Tup.. Kat Stesen tu, kat kaunter tulih 'Maaf, perkhidmatan touch and go tergendala buat seketika'. Perhhh! Dari dulu, tahun lepas lagi okay, time aku praktikal, dok ngan kak aku, dari Itulah aku rasa tergendala.. Aku bengang.. Lama dah.. Takpe la.. Aku pon keluarkan duit, nak beli guna mesin tu la.. Try punya try, duit asyik terkeluaq ja dari.mesin tu.. Sedihh cheqq.. Dan cheq cuba lebih bapa kali jugak lah, tu pon setelah godek2 (cari) duit syiling.. Syiling memang membanti dikala kesusahan. Beberapa minit lepas tu, aku pon naik lah tren.. Tup Tup.. Laluan dia menghala ke Ampang! Oh! Aku pon turun Stesen yang berikutnya.. Nak Ambik Seri petaling! Lama juga tunggu.. Sebab berdiri mungkin.. Rasa Lenguh walaupun 5-10 minit ja purata tunggu aku..
Naik tren.. Ambik bahagian paling tepi dengan tren.. Ada tempat duduk.. Aku duduk.. Pastu kepala Mula terasa pening.. Lalu air.mata bercucuran Laju.. Nak.Kata pening sangat, bolehlah nak tahan lagi.. Biasalah, emo.. Dok tak dok, emo dok keluaq ayaq mata.. Sedihhhh sungguhlahhh haii.. Time tu la dok ingat nasib kawan2 yang lain yang dah grad, dah qeja, Pakai.qeta sendiri bla bla bla.. Aku, masih belajar. Masih macam dulu.. Pergi kelas, balik kelas. Belajar, keluar sekali sekala. Nak beli barang yang kehendak, selalu kena tahan sebab fikir yang keperluan dulu. Lagi plak, selalu aku letakkan 'aku masih belajar'. Jadi, aku harus berjimat..
Aku buat2 tunduk, urut2 kepala, Malu sih dengan penumpang2 lrt yang ada.. Ramai plak. Entah dari Stesen mana tiba2 ramai berpusu2 masuk.
Krriukkk.. Krriuukk.. Perutku terasa sangat lapar. Last makan tengahari.. Jam time tu dah 7 lebih. Macammana ni, tak sempat maghrib plak Nanti. Takpelah.. Nanti manage masa lain. Sedang akuvdok fikir, aku tengah duduk time tu, aku dongak. Aku Pandang depan aku macam ada wanita yang mengandung. Allah! Kenapa aku tak perasan dari tadi. Dengan berpusu2 ramai orang duduk dan berdiri,,, kesiannya Akak ni.. Time tu tren sampai ke destinasi seterusnya. Ok, Akak yang preggie ni tak turun. So dengan rendah dirinya, aku Suruh Akak tu ambil tempat aku.. Makk aii.. Nak berdiri pon payah. Ramai sangat orang.. Akhirnya Akak tu senyum. Aku anggap dia cakap terima kasih lahh.. Lega aku even aku tinggal 2-3 Stesen lagi nak sampai. At least, aku tak rasa bersalah bila aku buat perkara yang sepatutnya... Kann.. :)
my family that keep supporting always! :')
Ting.. "Bandar Tasik Selatan.. Interchange station to rapid kl,ktm komuter dan erl"
Eheh.. Ok aku dah sampai.. Perut lapo gilerrr.. Terus singgah beli jagung nelson ngan waffer.. Tamak! Betol makan.. Huhuhuhuhuhu.. Rm7.00 suma aku kene.. Pikiaq balik better makan nasik.. Tapi celah mana plak nak carik nasik.. Nak kejar masa.. Jam time tu dah nak dekat koi 8. So, aku Ambik keputusan, maghrib dulu.. Maghrib kan pendek..
Lepas solat, aku tunggu ktm.. Naik Ktm, sampai bangi. Tunggu pulak bas ukm.. Sedihh time.ni tahap.maksima.. Pasal Kl-Bangi amek.masa 2-3 jam tuk naik public transport.. Just waiting.. Tunggu tu lah yang amek masa lama..
Sampai bilik around pukul 9pm..
Btw, dah macam cerita plak aihh aku buat.. Memang nak cakap motif sangaf air mata mengalir dalam tren.. Tsk Tsk Tsk.. :-/
Malu kat orang woiii.. Hope Haritu takdelah orang yang aku kenal.. Kalau tak, Kang tak pasal jadik Bahan.. :-P
Balik, ada mak ngan anak kucing menanti, so, aku ada kopok cikedis.. Tu je lah aku kasik....
Kemain, makan roller coaster -.-
Nasib ada kucing yang macam tiba2 baik pulak dengan aku. Siap masuk bilik lagi. Actually, sejak lama aku tak bela kucing (almost 3 years), dah jadik 'takut' sikit, tapi still suka kucing.. :)