Eh assalamualaikum Semua.. Baru2 ni aku melancong di Kuching. Terasa puas hati sangat sebab satu keluarga dapat pergi. Dan paling best aku yang bagi cadangan kat mak abah. Dipendekkan cerita, mak nak support semua sempena nak bersara. So, aku tanpa banyak soal menguruskan tiket flight. >>Now Everyone Can Fly.. AIR ASIA.. Banyak jugak la halangan dan kekangan yang dihadapi. Sampai nangis lah aku.. Ye la.. Nak puaskan hati adik beradik yang lain.. Tsskk.. Tsskk -.-'
Btw, semuanya sudah selamat kan.. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik..
Makan mee kolok.. Sedap.. |
Aku suka sangat.. Pastu tghari plak makanan yang wajib makan bila ke Sarawak! Laksa sarawak .. Lepas tu Kitorang pergi Dewan Undangan Negeri Sarawak. Kata driver untuk menambah koleksi gambar.. Theee Heee.. Pastu Kitorang ke muzium Kuching.. Bestnya masuk muzium ni pasal aku sangat suka kucing. Obses dapat tengok macam2 jenis replika kucing. Pastu dapat bergambar banyak2.. Lagipon trademark Kuching kan Kucing.. So Kena la banyak gambar Kucing ye tak?? Haha.. Hah. Lupa plak.. Kitorang pergi jugak Pulau Santubong.. Kat Sini ada sejarah tersendiri. Puteri Santubong. Dikatakan................. jeng jeng.. Silalah lihat gambar dibawah k.. Malam plak Kitorang pergi try makanan seafood yang popular di Kuching. Berdekatan juga dengan Bandar Kuching.. Kat situ penuh aneka seafood samada yang Korang pernah tengok or Baru first time tengok.. Macam aku first time nak makan lobster yang besar. Jadi makanya first time jugak la aku tengok lobster (yang besar gedabak!) Subhanallah! Teruja aku nak makan.. Harga?? Nanti aku update next entry ya, sekali ngan kos perbelanjaan penginapan dan sebagainya k.. InsyaAllah ;-)
Ok, 2nd day Kitorang pergi Pasar Serikin. Mula2 aku Teruja ingat ke nak pergi Sarikei. Haha.. Salah dengar plak aku.. Alahaiii... -.-'
Perjalanan ke sana hampir 2 jam. Last bila Sampai, oohhh.. Tempatnya Macam kat Padang Besaq tuu.. Barang pon jual sebijik Macam kat sana.. Cuma ada la banyak barang2 Sarawak Macam tikar sarawak, kipas sarawak, beg2, Dan sebagainya. Cuaca kat sana tersangatlah panas. Dinasihatkan bawak payung dan rayban. Abang2 aku pakat2 beli payung sebab anak menakan (anak buah) aku merap (buat perangai) sebab panas kan.. Muka suma chommmm (masam) ja.. Bagi aku harga lebih kurang ja ngan Padang Besaq malah bagi aku Padang Besaq Jauh lebih murah.. Hee.. Mungkin sebab aku tawar menawar. Dah tempat sendiri kannn.. Tempat orang tak pandai aku, slang pon bukan orang Sarawak. Alu belajar 1 word je, kat kedai makan seygey maksudnya 1.. (betul tak aku eja ni?) Hehe.. Tu pon sebab nak beli makanan aku laa.. Yang Macam 'kamek' dan 'kita' tu mang dah tahu masa di Semenanjung lah lagi.. Hehe
Le Family ^__^
Lobster... Big Prawn! Yummy.. Kenyang alhamdulillah ^.^ |
Penghibur dikala gundah.. I <3 them
Pasar Serikin :) |
Laksa Sarawak ;) Nak lagi nak lagi! :'(
Meow... Meow......... Muziium Kucing
In front of Homestay
At Waterfront, nice view , sooo excitingggg 8-)
View from riding a boat :)