Hai 2014. Entry pertama untuk tahun INI . Jom kali ini aku nak kongsikan jika anda mempunyai kawan2 atau sesiapa sahaja yang tergolong di dalam darah 'B'. Mari kita buat perbandingan dahulu. Orang yang tergolong dengan darah Jenis A sangat berbeza dengan darah jenis B. Perbandingan yang sangat ketara, seperti jika A sangat lurus, berfikiran positif, mudah mengalah manakala B selalu ingin mendominasi, merasakan diri selalunya betul, dan mempunyai prinsip yang tersendiri. Lagi satu, B type ni jenis yang suka nak menang dalam segala hal. Tak percaya? Tanya kawan2 anda2 atau orang terdekat anda, jenis apa darah diorang? Pastu korang wat la 'research' pasal perangai. Dari segi saintifik? Aku tak terangkan. Korang bolehlah carik di google. Pengalaman aku berhadapan dengan orang macamni yang tak ada di google. Bakal ada di google jugekss nantii.. (Tu pon kalau orang baca entry aku ni) hihi..
sifat Negatif dulu yer..
- Selalu ingin mendominasi dalam sesuatu perhubungan persahabatan, dan sebagainya.
- Mudah mempengaruhi orang lain (terutama golongan jenis A) even idea tu memberi impak negatif -.-
- Merasakan diri selalu betul (Kat ATAS pon aku dah mention) Banyak kali ulang ni.. haha :P- Mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Maksudnya di sini, bukanlah amik kesempatan sangat, tapi macam contoh kalau kawan dia tu dah biasa belanja dia hari-hari, jenis B ni pun akan 'selesa' kalau di belanja hari2. Tak rasa pape. (Dah orang belanja, -.-)
- Tak berasa bersalah dengan kesalahan yang dilakukan. Trust me. Cuba korang find kenalan2 yang macam ni.. Hehe..
- Panas baran, tetapi cepat sejuk kalau kena caranya.
- EGO. Bukan motosikal Ego atau jenama baju ke ape, this is EGO.. Ego seorang lelaki/perempuan. Nasib lah kalau korang berkawan/berpasangan macam ni.. Haha.. Semuanya nak betul ke dia je okkaysss.. Agaknya itulah
'Mr. Arrogant' :P
Lapaq strawberry plak aihh.. ^.^ |
Meh kita list kan sifat positif golongan jenis B nii :-)
- tahu arah tujuan hidup- tahap stres yang lebih rendah
- biasanya bekerja secara berterusan
- menikmati pencapaian mereka tetapi tidak menjadi tertekan apabila mereka tidak mencapai sesuatu. (Best kan kalau golongan B ni?). Maksudnya kat sini, kalau diorang tak berjaya dalam sesuatu hal itu, mereka akan cuba cari /cara jalan lain untuk mencapai target mereka yang lain. Faham tak ? -.-
- kalau face dengan persaingan, golongan ini tak kisah kalau tak menang pon, diorang enjoy that competition. How can? Menang kalah adat pertandingan.. Itu perinsip dyorang..
- Menjadi sangat kreatif dan idea diluar kotak (out of the box). Believe me. Anda akan rasa kagum dengan golongan ini. Ideanya memberi impak yang besar (positif) kepada masyarakat/negara/antarabangsa :)
- Yang paling penting, golongan yang macamni berfikir tentang refleksi diri mereka, informasi tentang dunia luar dan juga dalaman. Tu secara umum lah aku boleh cakap.
Sekarang, sama tak golongan jenis ini yang aku mention di atas?
Secara kesimpulannya, setiap jenis darah, ada pro's and contra's tersendiri. Kita ni sendiri yang kena mencorakkan diri memasing. Kekurangan itulah yang akan melengkapi antara satu sama lain.
pssss : Tapi keegoan lelaki jenis B ni tak bley lawan yang jenis O.. Itu aku rasa lahh.. Korang setuju ke tak, sama2 lah wat research, by the way, MY BOYFRIEND TYPE B tu merupakan filem korea. Aku tengok masa 2009. Time tu aku belasan tahun lagi, tapi cerita tu serously dah lama dan aku ingat sampai sekarang.. Sangat kenalah dengan golongan yang jenis B. Trust Me~
Kalau tak mau wat reseacrh golongan jenis ini, cuba tengok citer tu. Haha..