Sep 12, 2013

P.E.M.B.O.H.O.N.G.A.N


Mata aku berair kerana menahan tangis. Sederas air ombak yang memukul pantai, begitulah terasa ingin menangis melepaskan segala yang ada. Bukan sekali dua, sudah berkali-kali. Dan aku masih percaya dia. Mustahil untuk aku lepaskan dia setelah pengenalan singkat aku dan dia selama 2 tahun akhirnya membibitkan perasaan cinta. Seterusnya sehingga pertunangan aku dan dia sudah diikat sebulan yang lepas.



.....................................


" Awak, tayar motor awak berpusing", terdengar jeritan seorang lelaki  yang menunggang motor bertentangan dengan arah aku.

Hoh! Aku memandang tayar hadapan motor Kriss yang ditunggang aku. Pelik.

Terdengar ketawa seorang lelaki dan rakannya yang sedari tadi asyik memerhati tindakan aku. 

"Kelakarlah awak ni", Laungan lelaki tersebut sambil menoleh ke belakang memandang aku. Lelaki tersebut akhirnya sampai ke simpang dan terus memecut Honda EX-5 nya. Tidak menoleh lagi.

...........................................


" Entah, mamat poyo mana entah. Buat lawak bodoh", luah aku.

" Tapi Lisa, kau pandang jugak kan tayar motosikal ko tu, dah tentulah tayar itu berpusing bila motosikal bergerak ". jeling Mira.

" Eh, kau tahu dari mana? Aku tak cakap apa-apa pon ". Aku memprotes.

" Dah, kalau kau balik blok, dari bawah lagi dengar kau mengomel ' Tayar memanglah berpusing '. Beberapa kali aku dengar keluhan kau yang entah apa-apa tu. Aku fikir mesti ada seseorang yang buat kawan aku ni bengang ", terang Mira sambil tersengih-sengih.


.................................................

Sedang aku terkocoh-kocoh hendak keluar dari bilik, aku terus mengunci pintu. 5 minit kelas bakal bermula. " Ish, sempat ke tak ni.. Kalau naik motor memanglah sempat aku rasa ', omelku. Dalam keadaan tergesa-gesa, aku mencari kunci motor dalam beg kuliahku. 
" Mana pula pergi kunci motosikal aku nih, time-time camni nak hilang pulak ", luahku geram.

Aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki. Kelihatan jam sudah menunjukkan pukul 8.01 pagi. Kuliah aku ke kelas mengambil masa paling pantas pon 10 minit kalau jalan kaki. Alamak. Sudah la Subjek STPD. Kelas satu fakulti. Issh. Ni yang aku geram ni. Kalau kelas satu coursemate je takpe, takde la nak malu sangat kalau lecturer memerli datang lambat. 

.......................................................

Lega. Pintu belakang dewan kuliah besar tidak dikunci. Aku meloloskan diri aku. Sebelum aku sempat menolak pintu, terdorong aku kehadapan kerana ada seorang pelajar menarik pintu dari dalam. Nasib baik aku tak jatuh, cuma tersadung sikit je. 

" Ek eleh mamat ni. Main keluar macam tu je, mintak maaf pon tak ", protesku geram.

Tanpa membuang masa, aku mencari - cari tempat duduk yang kosong. Bersebelahan aku ada sebuah beg. Tak peduli kepunyaan siapa, aku hanya duduk di barisan kedua terakhir di sebelah tuan empunya beg itu. Pensyarah di hadapan menerangkan subjek Etika Sains dan Teknologi. Segala prinsip-prinsip dan pelbagai cara yang boleh diaplikasi dalam pelbagai subjek yang berkenaan etika sains. Khusyuk aku menyalin nota memandangkan nota tidak diberi dalam bentuk Power Point.

"Hai, Umur saya 23. Bujang dan paling penting solo ". Terdengar suara seorang lelaki yang aku kira berdekatan dengan aku. Aku tidak memandang. Khusyuk meyalin nota. Aku diam. Mengangkat wajah pun tidak. Aku kira tuan empunya beg yang bersebelahan dengan aku yang berbicara. Ah, persetankan. Dalam kuliah pon nak menggatal. Huh.

Kuliah selama 2 jam selesai tanpa rehat langsung. Aku membetul-betulkan duduk dan kepala memusing-musing ke kiri dan ke kanan seolah-olah dapat melegakan lenguh yang melanda.

" Awak yang bernama Nor Alisa binti Irwan ", terkejut nama penuh aku disebut. Tanpa berfikir panjang, aku menoleh ke kiri. Erkk. Macam familiar muka lelaki ini. Tetapi tak ingat kat mana. Abaikan. Abaikan.


....................................

" Entahlah awak. Macam ada yang tak kena dengan hubungan ini ", luahku pada Adam Danish. 

" Kenapa awak cakap macam itu, kan saya berusaha nak dapatkan awak, awak jangan fikir bukan-bukan. Minggu depan kita dah nak bertunang. Lagipun ibu ayah saya dah jumpa mama ayah awak pon kan nak merisik ", luah Adam panjang lebar. 


........................................

" Eh, Alisa! Apa cerita kau sekarang ni? Habis belajar haritu, menyepi je. Takda pon status kau di Twitter ", tanya Amir.

" Eh, siap kau tahu status aku dekat twitter, stalker ke ape. Cerita ape yerk pasal aku? Hah! Aku bakal berkahwin kot.. Hehehe ", Terangku sambil membelek-belek barang di kedai RM5. Semua barang comel-comel. Sempat aku menggapai beberapa barang dan ingin terus bayar ke kaunter. 

" Laa, kau ni aku belum habis cakap, dah nak pergi macam tu je. Ye la, kitorang memang selalu stalk kau dekat twitter. Hehehe.. Kau nak kahwin? Serius ke. Setahu aku, kau takde pakwe pon. Takkan dengan Nish? " ujar Amir, boleh dikatakan berkawan rapat dengan Adam. Dikalangan kawan-kawan, Adam lebih dikenali sebagai Nish. Mengambil pangkal belakang dari Danish mungkin.

Telahan Amir aku biarkan menyepi. Namun, senyuman aku seolah-olah menjawab pertanyaan Amir. Aku berlalu untuk ke kaunter membayar barang-barang yang aku ambil. Kang kalau lama-lama aku kat sini, satu kedai pula aku borong. 

Aku keluar dari Kedai Hinode Shop dengan rasa puas hati. Barang yang dicari dan tak tercari semua aku borong. 

" Lisa, kejap. Aku nak cakap sikit dengan kau ", gumam Amir.

" Apa lagi kau ni Mir, aku tak ada masa la, tak sempat aku nak balik ni, nak masak lagi dekat kucing-kucing aku yang menanti kepulangan aku dengan mangkuk baru yang aku belikan khas untuk mereka tadi, hehe ". luahku gembira.

" Aku ada hal yang penting nak cakap dengan kau, kau dengar je. Penting ni. Berkenaan hidup mati kau. Aku ambil masa sikit je. Kalau boleh, kita duduk kejap. Kat Food Court ke ",


....................................

" Hai awak. Ada apa ni nak jumpa saya? Macam hal penting je ", Luah Adam sambil tersenyum-senyum. 

" Kita putus ", Tegas jawapan dari aku.

" Apa maksud awak ni? Tak kelakar lah awak ", sambil jari jemari Adam ingin mencapai dagu aku. Sempat aku menepis. 

" Kenapa awak macam ini? Putus tunang bukan boleh dibuat main-main. Kita baru je bertunang seminggu lalu, awak jangan nak buat saya marah", Adam meninggi suara.

Telefon aku berbunyi. Tak sempat untuk dijawab, deringan tidak lagi berbunyi. Aku memandang Adam. Tunangan aku baru seminggu lepas. Suasana menjadi tegang. 

" Nak pinjam fon awak kejap, mama call. Kredit saya tak cukup ", luahku bohong.

Selepas beberapa minit, aku terus kembali ke tempat duduk aku dan Adam di salah satu sudut yang tak ramai orang. Senang untuk selesaikan semua ini. Fikirku.

" Apa awak ingat, saya ni tunggul? Bola boleh disepak ke sana ke sini ! Sudahlah awak. Saya dah tahu semuanya. Dari mula lagi, awak tak pernah suka saya. Awak hanya dicabar oleh kawan-kawan awak. Nih, dalam fon ini apa? Maaf. Saya dah baca. Mungkin tak semua, tapi sudah cukup untuk membuktikan yang awak dah ada orang lain pun. Bukan saya!  Mesej awak cabar-mencabar dengan kawan-kawan awak untuk dapatkan saya?? Tergamak awak menipu saya? Apa semua ni Adam? Saya ingat saya la perempuan paling bertuah kerana akan berkahwin dengan awak. Saya tak sangka awak penipu. Awak Bohong. Saya kenal Nurul itu siapa. Dia senior saya. Kenapa awak buat semua ini?? Kenapa? Kenapa Adam??  ", serang aku tanpa memberi ruang untuk Adam menjelaskan semua ini. Cincin di jari manis sebelah kanan, aku tanggalkan. Aku meletakkan betul-betul dihadapan Adam.

Nak tahu endingnya, bley pergi ke ilhamkarangkraf

Do support me and rate this cerpen! big thanks pada siapa yang sudi membaca dan memberi komen.. InsyaAllah next time akan perkukuh lagi penulisan supaya lebih menarik ;)

.................................................................................................

Saja dapat ilham pagi2 ni nak tulis. Mungkin terlalu banyak kekurangan, tapi aku cuba. Minat aku dulu, ingin mengarang novel. Tetapi bagi aku belum layak lagi. Sekadar cerita pendek (CERPEN) yang tak berapa nak pendek. Hehe. Sebelum ni cerita aku buat dalam simpanan ja, kali ni nak kongsi :)


Ni HCT. Hak Cipta Terpelihara aku. Okay, enjoy reading. Komen membina dialu-alukan. :)


Watak2 tiada kena mengena antara yang hidup atau mati. Terima kasih kepada yang memberi inspirasi. Nama watak2 utama ni suma nama anak buah (anak saudara) dan family aku.. Hihihihi.. Buat gabungan sikit.. Watak sampingan lain, main letak je nama supaya tak overshadow watak utama. Hoho.  >.<