May 5, 2013

GE'13- as a first time voter

HEY.. semangat aku bangun awal pagi tadi semata-mata excited nak pi mengundi.. Ohho.. konon sangat, padahal pi mengundi kul 10.. ramai gila kot orang.. takde kejadian tak diingini berlaku. Jom layan gambar poyo memoyos hemoih tahap gaban. Ciwi pasai 1st time voter  >__<


                         Aksi yang teruja (excited state) pasal kami 1st time voter. Mohon jeles

        Dakwat kekal yang tak berapa nak kekal. Tapi masih ada kesan die sampai sekarang




 Panjang oooo beratuq. Tu pasai masing-masing dok hemoih seronok amek gambaq dulu


                           Phewww.. (Jari telunjuk masih tiada dakwat = belum mengundi)

                                                Pekat ooo dakwat.. >__<

TAPI... Ermmm.. Nak kongsi satu cerita ini. Aku cuma agak terkilan dengar. Ceritanya berdekatan di tempat aku. Seorang suami melarang isteri mengundi kerana berbeza pandangan politik. Satu kawasan serba tahu akan hal ini. Dimana hak seorang isteri untuk pergi mengundi? Apakah dalam hal rumahtangga seorang suami berhak menghalang seorang isteri untuk pergi mengundi begitu juga jika sebaliknya???
 Dialog yang didengari dan diceritakan kedengaran seperti ini.   👇


suami : Hang keluaq pi mengundi jatuh talak.
Isteri : 😰 


Apa perasaan anda bila disekat untuk mengundi? Aku tak kisah parti mana pun nak sokong cuma hormat lah pendapat masing-masing. Tak perlu sampai macam ini. Kalaulah cerita ini hanya sekadar omongan penduduk setempat tak mengapa.. Kalau betul-betul dan sememangnya terbukti ianya banyak berlaku bukan sekadar di tempat aku sahaja, tetapi di kebanyakan tempat?? Terkilan aku.. Huhu.. Tak perlu fanatik terhadap sesuatu. Nanti memakan diri sendiri. Siapa pula kita untuk menentukan atau menghukum orang lain kalau takat ilmu tak tera mana. Yer, memang betul kalau nak tunggu semua orang sempurna, bila masa nak berdakwah? Aku setuju itu semua orang digalakkan berdakwah walau sebesar zarah. Tapi apa yang aku cakap ini langsung tak sesuai nak dibandingkan. This is not compatible. Aku bercakap pasal hak. Cuma aku bengang tahap bila nak pertikai fahaman ideologi politik masing-masing. 
Apa hampa rasa orang dok kutuk parti yang hampa sokong? Macam tu gak la bila hampa buat kat orang. Kita tak boleh terima.

Tapi lagi terkilan kalau dok memburukkan tanpa fakta. Dok main share tak tentu hala. FB jadik medan fitnah semata-mata. Bila agaknya benda ini akan berlarutan? Aiyookk.. Kalau tak puas hati tolonglah guna saluran yang betul. Kita orang melayu agama ISLAM mempercayai tuhan yang satu, iaitu Allah. Aku tahu ramai yang pertikai aku ni side mana,, tapi hampa tau ka aku undi apa? Don't judge a book by its cover. Kalau kadang-kadang orang diam, jangan ingat orang tu setuju. Itu bermakna ianya malas nak gaduh dan panjangkan cerita.

Lagipun, KITA KAWAN KAN 3x (trademark salah satu cheers MMP UKM :P )

   p/s : politik-politik jugak tapi jangan sampai memutuskan hubungan silaturrahim.. :D


:: Lepas habis je mengundi, teruih p cari cool blog. Aku belanja okey. Haha. Okeylah belanja cool blog. Yang tu i mampu laa. Ada kak aku mintak belanja yang mahal-mahal >...< 
Patstu sempat cilok tengok iron-man 3.. Boleh laa, 4 star. Best lagi G.I Joe :P
Then, dalam panggung wayang sempat abah aku call kak aku.



YATY: Kami ada kat giant nii..

ABAH: Hampa dah mengundi belum yang dok pi giant tu??? (NADA suara yang TINGGI)

YATY : Dah la abah, kami pi mengundi dulu baru mai Giant.

ABAH: Nak balik koi bapa? 


YATY: Nanti kami balik la. Dok tengok wayang nii. Tettttttt
( ~ Talian putus ~ Hehehehehehhh)






Adding Note : 10s to my bro bcoz bagi pinjam i-pad dia. Untunglah ada i-pad apple.    Dan kakak aku atas sumbangan (gambar) dari note II. Mohon terasa. Haha. Jeles aku. Mengidam lama dah note II. Takpe-takpe, nanti aku dah keje pun, nak beli macam-macam gak. Sekarang sumer teringin tetapi fikir duit patut didahulukan ke mana dulu. Kang kalau beli gadget, habis duit satu sem, pastu nak makan apa? Kalau ayat tipikal ' makan pasiaq' . Haha .. Mampu sanggup ke makan??? >..<



::::::::::::::::::::::::::::HEMOIHSENTIASA:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::