Assalamualaikum dan salam sejahtera~
Semua dah menikmati cekelat manih? Hehe.. Kalau dah nama coklat tu, mesti lah manis kan. Selamat menikmatinya. Okey. Kalau tengok post title pon dah dapat detect kan aku nak cakap pasaipa. Pasal naik flight. Now Everyone can fly = Air Asia. Hehe.. Hari ni aku nak bagi tips atau cara bagaimana nak menempah tiket flight khususnya Air Asia secara online menggunakan Internet Banking. Debit Transfer ja lah wey. Aku tak mampu nak pakai kad kredit bagai. Hey! Belajar lagi okey. Kalau sudah kerja pun, belum tentu nak pakai kad kredit tuh. Banyak keburukan dari kebaikan. Kalau dari segi kebaikan, boleh shopping apa saja tanpa mengira awal,tengah atau hujung bulan. Hehe. Itu pasal aku buat masa ni tak ada keinginan macam segelintir kawan aku yang sudah ada. Depa mampu tak pa la. Kalau ikutkan aku mampu jugak. Tapi aku tak mampu nak kawal nafsu shopping. Kah kah kah. Okey.. Okey. Korang jangan lah marah aku mengarut. Tapi betul lah kan.. Untuk pengetahuan korang semua, ini adalah kali pertama aku nak tempah flight. Malu kan? Hehe. Biar lambat, dari tak pernah. Hahahahhh.. Okey, tak mau cakap banyak. Korang boleh ikut cara aku satu persatu atau korang boleh klik like kat blog hemoih aku ni tanda faham. Hiks.
PERTAMA. Pergi ke laman web rasmi http://www.airasia.com/my. Then, korang usha2 lah dulu nak pilih destinasi yang diingini. Kalau tak tahu nak pergi mana, tengok je laman web rasmi Air Asia. Banyak promo Air Asia bagi. Itu yang membuatkan aku mengambil keputusan ini. Hehehe. >_<
Selepas memilih destinasi korang,
seperti contoh gambar dan korang puas hati dengan harga yang tertera. Destinasi pilihan di tangan anda.
PERTAMA. Pergi ke laman web rasmi http://www.airasia.com/my. Then, korang usha2 lah dulu nak pilih destinasi yang diingini. Kalau tak tahu nak pergi mana, tengok je laman web rasmi Air Asia. Banyak promo Air Asia bagi. Itu yang membuatkan aku mengambil keputusan ini. Hehehe. >_<
Selepas memilih destinasi korang,
seperti contoh gambar dan korang puas hati dengan harga yang tertera. Destinasi pilihan di tangan anda.
Buat lah pilihan. Samada nak pergi sahaja (one-way) atau pergi balik sekali (return).
Lepas tu, korang akan berhadapan dengan error sekiranya terus 'continue' without click the box (amaran warna merah tu). Hehe. Itu aku lah tu. Lupa nak tick the box. Heheh. Pastikan baca dulu syarat-syarat semua okey.
KEDUA. Isi lah form di dibawah ni macam biasa.
Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
KETIGA. Pilih untuk isi form seterusnya dengan memilih untuk isi passport atau IC. Pahtu kat bawah tu korang boleh la pilih nak tambah apa-apa yang korang nak. Macam check-in baggage ke, ia akan ikut berat dalam kg lah. Kalau xdek check-in baggage, just pilih 'No, Thanks' (tulisan biru) seperti rajah dibawah. Lagi banyak korang tambah, lagi banyak lah korang bayar. Kan? So, senang kalau ikut cara aku, and u all semua 1st timer, better tak payah tambah benda yang tak perlu. Itu pendapat aku la kan. Ye laa. Guna duit sendiri beb. Berjimat cermat lah >_<
KEEMPAT. Ini paling aku excited state. Pilih tempat. Okey. Yang bewarna merah untuk special / business class. Warna putih untuk economy class, dimana satu seat aku dikenakan charge RM6.00. So pergi balik RM6.00 x 2 =RM12.00 untuk seat sahaja. Kalau gambar orang (selected) tu bermaksud seat yang aku pilih. Korang boleh pilih seat mana yang korang suka. Mudah kan :)
KELIMA, korang boleh buat pembayaran secara debit melalui bank yang menjadi pilihan anda. Aku pilih cimb-clicks. Mudah dan senang saja untuk buat pembayaran. Kalau korang ada bank lain pon boleh. Cara bayaran pon macam-macam ada. Untuk korang yang tadek kad kredit cam aku nih. Pilih je direct debit okay. As long as can transfer directly to Air Asia.
Last but not least, Akan keluar detail semua macam ini. Jangan lupa isi TAC request tuh. Kalau tak isi, memang tak kemana la apa yang korang booking tuh. Ke laut pon tidak ! >..<
AKHIR sekali, korang akan dapat status successful. Hooraaayyy~
Aku edit lah mana maklumat yang tak perlu yer. Private tuh. Hehe.
Seterusnya, detail akan dihantar ke emel yang korang bagi. Selepas itu, korang boleh check status booking korang. Kalau rasa nak ubah apa-apa pon korang boleh buat. Lagi mudah, kalau korang sign-up jadi member untuk Air Asia. Senang kalau korang nak semak status pembayaran, nak ubah booking date, nak add on and whatsoever lah! Heheh