Oct 31, 2013

My Big Day

Tak boleh rasanya tak update ni.. (nak2 hari ini dalam sejarah) = 2910.. Lebih kurang camtu lah ayat yang bermain dalam pala otak fikiran aku.. Kih Kih.. 



Tiba2 aku terfikir, best jugak kalau mas kahwin 2910.. Aww. Gila banyak.. itu baru mas kahwin. Sebaik2 wanita adalah yang rendah maharnya. Ok, insaf -_- 
(Ikut kemampuan bakal suami la ye tak! :P) Kalau si dia nak bagi lebih itu rejeki namanya. >..<

Sudah! Sudah! Sudah........... Nak update pasal konvo kan....... Salah entry plak teringat plus berangan cket je bab kahwin.. Tettttt..

Okay, anggap yang deskripsi atas ni dalam fikiran aku je hokay! Biasa lah, aku hemoihss, hemoihiii, hemoh! Kakakakakaka..

pre-shoot (1 week b4 konvo)






The REAL show starts now!!!!~ 


Oct 20, 2013

H.A.T.I

Perasaan aku. Terlalu banyakkan waktu untukku? Semua serba tidak kena. Walaupun aku telah berjaya menamatkan degree aku dengan jayanya, suatu perasaan tidak tenang terbit di hatiku. InsyaAllah bakal konvo hujung Oktober ini. Tetapi perasaan gusar, resah, dan teragak-agak terbit dalam hati kecilku. Benarkah pilihanku? Mampukah aku? Tatkala ramai kawan-kawan seperjuangan lebih memilih untuk mencari pengalaman diluar, aku memilih untuk terus berada disini. Suasana tidak lagi seperti dulu. Aku bukan lagi seperti dulu. Walaupun jiwa meronta-ronta untuk terlibat dengan berbagai-bagai aktiviti, sesungguhnya aku rasakan tidak mampu. Perasaan apakah ini? Adakah disebabkan kos yang aku pilih terlalu demand? Atau aku tidak yakin untuk belajar menempuhinya? Soalan-soalan itulah yang selalu bermain-main difikranku. Jika kursus semasa degree aku merasakan ianya tidaklah terlalu sukar dan tidak juga mudah. Tetapi dengan adanya ramai rakan-rakan seperjuangan, aku sentiasa bersemangat untuk belajar. Adakah ini pilihan aku sebenarnya? Ya! Pilihan aku memang untuk sambung ke tahap ini. Itu impian aku sekurang2nya jika aku tidak mampu gelaran 'Dr'. Harapan mak dan abah serta family juga tidak terkecuali. Tetapi, aku sentiasa gusar. Adakah terlalu cepat untuk aku menyambung belajar ke peringkat seterusnya? Beberapa kawan rapat aku, memberi dorongan serta semangat untuk aku. Jika mereka yakin aku boleh, mengapa tidak aku?? Kenapa aku terlalu risau? 


Of course perasaan gusar menyelubungi hati aku.. Masuk kelas umpama tidak tahu apa2. Tapi kenapa aku tidak bersedia seperti dulu? At least aku mesti prepare. Aku berasa sungguh takut jika tidak mencapai sasaran untuk menghabiskan pelajaran dalam masa yang sungguh singkat! Belum lagi konvo untuk degree, aku kena memikirkan Projek Akhir untuk Master!! Argghh.. 


Itu sebenarnya yang merunsingkan aku. Tatkala rakan-rakan lain bersemangat membuat persiapan untuk Majilis Konvokesyen mereka, aku?? Aku juga ingin membuat persiapan itu. Tetapi aku di dalam persimpangan. Aku patut memikirkan untuk menyiapkan segala assignment, lab report yang tertangguh serta Proposal FYP untuk dihantar minggu ini! =O

 Bagaimana harus ku katakan? Aku buntu. Ya Allah. Kau kuatkanlah hatiku. Buangkanlah perasaan was-was ini Ya Allah. Sesungguhnya aku yakin dengan rezeki-Mu di mana sahaja. Perasaan gusar ini aku harap beransur-ansur pergi dan mohon aku diberi kekuatan untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai hasrat aku di samping keluargaku. Akan aku jadikan senior2 aku yang berjaya menamatkan master mereka dalam waktu yang ditetapkan sebagai pembakar semangat untukku. InsyaAllah :')

Sebelum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master, pelbagai halangan dan cabaran yang diperolehi. Satu-satu dugaan yang mendatang. Disebabkan itu, kadangkala aku memikirkan adakah petanda buruk yang akan berlaku? Mengapa aku perlu berfikir begitu? Sesungguhnya perasaan was-was itu datang dari syaitan yang memang mahukan manusia sentiasa teragak-agak. Apa yang aku perlu tahu dan ingat, Allah sentiasa ada untuk hamba2-Nya. Dia yang akan menunjukkan aku jalan yang lurus. 


Sesungguhnya Allah akan menguji setiap hamba-Nya berdasarkan kemampuan hamba2-Nya. Aku perlu ingat, dugaan yang diberikan untukku tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan remaja sepertiku di negara2 Islam lain. Malahan peluang untuk mereka sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi sangat tipis. Bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi kadang2 keadaan yang menghalang. Aku bersyukur Ya Allah.. Semoga aku tidak menjadi hamba-Mu yang kufur ni'mat. 


~ hamba Allah ~

Oct 17, 2013

Bengkel Sehari bersama Nur

Finally.. I joined ^^..  A lots of tips I got from that bengkel.. Antaranya adalah Tutorial shawl Suci by Yatt Hamzah.. Terpaku aku bila Yatt pakaikan shawl untuk aku..Yatt sangat peramah dan ayu gitu..
Bengkel ini sebenarnya pada bulan Jun tetapi ditunda pada Oktober.. Alkisahnya macam ini., Sebenarnya memang nak join tetapi memikirkan bulan Jun haritu aku teramatlah busy dengan presentation (viva) FYP.. Pastu dengan nak final exam, lalu aku melupakan hasrat aku untuk join.. Last, bila majalah Nur tunda bengkel ini ke bulan 10, aku pon fikir untuk join.. Dalam awal September aku pun mengambil keputusan untuk join.. ^_^


Yang bestnya, dah la Yatt buat tutorial pasangkan shawl untuk aku dan 5 orang peserta yang lain, pastu kitorang siap dapat shawl Suci by Yatt Hamzah lagi.. Pastu akhir sekali, dapat hadiah dari penaja. Aku dapat dari The Pink Dress Co.. Tq sis Farah for nice and beautiful dress! I like it ;-)
Pastu karangkraf bagi pulak borang langganan majalah Nur secara percuma selama 3 bulan.. Huyyoo..
Tak cukup dengan itu, ada goodies bag dari Karangkraf plak. Dalam beg ada macam2 pulak. Majalah Nur, dan banyak lagi. Tak sempat aku nak tengok lagi.. -_-'


Overall, aku sangat puas hati.. Hee.. Berbaloi sungguh dapat join bengkel ini. Lagipun semua wanita2 belaka.. So, sangat santai dan berkongsi tips yang wanita perlu tahu. Tips kecantikan dalaman dan luaran, etika pelbagai, gaya tudung yang sesuai dengan diri dan macam2 lagi oleh Puan Yasmin Sidek. Even aku tak menepati tema majlis.Huhuhu. Takder baju. Hoho. So, main rembat je baju mana ada, baju kenduri kahwin untuk abang2 aku. Hii. Actually, tema bengkel Sehari bersama Nur kali ini adalah 'Pink and Blue'. Aku pakai white and pink! Ngeh ngeh ngeh :P
 Neves tao aku di sebelah Sis Yatt ^^


Keenam2 orang yang bertuah bila Sis Yatt pakaikan shawl. Tanteks kan shawl ni semua? May look here!






Sesi terakhir >> bergambar <<

Pelbagai hadiah dari penaja yang kami dapat. Aku sangat bertuah sebab dapat dress dari salah satu penaja. Penajanya adalah The Pink Dress Co (Link) . Walaweyy. Shantek! tao dress dia. Dapat free lagi. Melepas la korang tak join bengkel ni. Dah la dapat tips banyak, pastu dapat plak macam-macam. Kalau korang menyesal, lepas ni join lah yer bengkel yang NUR anjurkan.. :)



Inilah dress yang aku dapat dari penaja The Pink Dress Co. So elegant and polite :D
Apa lagi? Go to their page. Tak beli pon, cuci2 mata, nanti dah berkenan, belilah yer! ^__^

Last but not least, don't forget to buy 'Majalah Nur' edisi November '13 yer.. ^__^







Oct 11, 2013

Sibu K.A.M.I tiba ! Part II <3

Hey.. Aku dah janji nak update aku pergi mana kat Sibu kan? Kawan aku cakap kat Sibu tak ada tempat melancong kat Sibu ni.. Tapi kami berkeras at least carik tempat yang ada jual kek lapis ori Sarawak.. So we got it.. Yang ori mori hasil tangan makcik kat Kg. Bandung dah aku beli setengah kilo.. Hoho.. Kang orang tanya pernah pergi Bandung? Dengan bangganya aku dan kawan2 aku jawap pernah.. Hihihihihi.. Dekat Sibu pon ada Bandung tao.. :-)
Let explore what Sibu have....


Gaya semua tak nak kalah ^..^


View 'Sibu' from Wisma Sanyan




Ingat tak tragedi banyak rumah terbakar dekat Sarawak tu? Ha ni lah tempatnya, dekat satu kampung di Sibu.

Ni area berdekatan Pasar Sibu













Oct 10, 2013

Apply Master Semester 2 session 2013/2014 Part II

Hye.. Assalamualaikum. Just short entry. I promise >_<
If one of you, or your friends, sis, bro's or anyone else want to apply master at UKM, semester 2 2013/2014 the application open :-

6th Oct - 8th Dec 2013