Oct 20, 2013

H.A.T.I

Perasaan aku. Terlalu banyakkan waktu untukku? Semua serba tidak kena. Walaupun aku telah berjaya menamatkan degree aku dengan jayanya, suatu perasaan tidak tenang terbit di hatiku. InsyaAllah bakal konvo hujung Oktober ini. Tetapi perasaan gusar, resah, dan teragak-agak terbit dalam hati kecilku. Benarkah pilihanku? Mampukah aku? Tatkala ramai kawan-kawan seperjuangan lebih memilih untuk mencari pengalaman diluar, aku memilih untuk terus berada disini. Suasana tidak lagi seperti dulu. Aku bukan lagi seperti dulu. Walaupun jiwa meronta-ronta untuk terlibat dengan berbagai-bagai aktiviti, sesungguhnya aku rasakan tidak mampu. Perasaan apakah ini? Adakah disebabkan kos yang aku pilih terlalu demand? Atau aku tidak yakin untuk belajar menempuhinya? Soalan-soalan itulah yang selalu bermain-main difikranku. Jika kursus semasa degree aku merasakan ianya tidaklah terlalu sukar dan tidak juga mudah. Tetapi dengan adanya ramai rakan-rakan seperjuangan, aku sentiasa bersemangat untuk belajar. Adakah ini pilihan aku sebenarnya? Ya! Pilihan aku memang untuk sambung ke tahap ini. Itu impian aku sekurang2nya jika aku tidak mampu gelaran 'Dr'. Harapan mak dan abah serta family juga tidak terkecuali. Tetapi, aku sentiasa gusar. Adakah terlalu cepat untuk aku menyambung belajar ke peringkat seterusnya? Beberapa kawan rapat aku, memberi dorongan serta semangat untuk aku. Jika mereka yakin aku boleh, mengapa tidak aku?? Kenapa aku terlalu risau? 


Of course perasaan gusar menyelubungi hati aku.. Masuk kelas umpama tidak tahu apa2. Tapi kenapa aku tidak bersedia seperti dulu? At least aku mesti prepare. Aku berasa sungguh takut jika tidak mencapai sasaran untuk menghabiskan pelajaran dalam masa yang sungguh singkat! Belum lagi konvo untuk degree, aku kena memikirkan Projek Akhir untuk Master!! Argghh.. 


Itu sebenarnya yang merunsingkan aku. Tatkala rakan-rakan lain bersemangat membuat persiapan untuk Majilis Konvokesyen mereka, aku?? Aku juga ingin membuat persiapan itu. Tetapi aku di dalam persimpangan. Aku patut memikirkan untuk menyiapkan segala assignment, lab report yang tertangguh serta Proposal FYP untuk dihantar minggu ini! =O

 Bagaimana harus ku katakan? Aku buntu. Ya Allah. Kau kuatkanlah hatiku. Buangkanlah perasaan was-was ini Ya Allah. Sesungguhnya aku yakin dengan rezeki-Mu di mana sahaja. Perasaan gusar ini aku harap beransur-ansur pergi dan mohon aku diberi kekuatan untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai hasrat aku di samping keluargaku. Akan aku jadikan senior2 aku yang berjaya menamatkan master mereka dalam waktu yang ditetapkan sebagai pembakar semangat untukku. InsyaAllah :')

Sebelum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master, pelbagai halangan dan cabaran yang diperolehi. Satu-satu dugaan yang mendatang. Disebabkan itu, kadangkala aku memikirkan adakah petanda buruk yang akan berlaku? Mengapa aku perlu berfikir begitu? Sesungguhnya perasaan was-was itu datang dari syaitan yang memang mahukan manusia sentiasa teragak-agak. Apa yang aku perlu tahu dan ingat, Allah sentiasa ada untuk hamba2-Nya. Dia yang akan menunjukkan aku jalan yang lurus. 


Sesungguhnya Allah akan menguji setiap hamba-Nya berdasarkan kemampuan hamba2-Nya. Aku perlu ingat, dugaan yang diberikan untukku tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan remaja sepertiku di negara2 Islam lain. Malahan peluang untuk mereka sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi sangat tipis. Bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi kadang2 keadaan yang menghalang. Aku bersyukur Ya Allah.. Semoga aku tidak menjadi hamba-Mu yang kufur ni'mat. 


~ hamba Allah ~