Jun 8, 2013

Seorang S.A.H.A.B.A.T

Ada yang dah baca entry antara kawan dan sahabat? Entry ini baru je aku buat beberapa hari lepas. Dan sekarang aku nak berkongsi istimewanya, pentingnya seorang sahabat. Bukan dia ada waktu kita senang and happy je, tapi tika waktu kita memerlukan dia, walaupun tengan malam atau nak dekat maghrib atau bila-bila masa sahaja, seorang sahabat mesti sanggup meluangkan masa untuk berkongsi kesedihan dengan kita. Alhamdulillah, selama aku 3 tahun kat UKM ni, aku dipertemukan dengan seorang gadis yang tinggi lebih kurang aku, otak tak sama tapi sekepala (kembar siam ke?) Haha. Dia seorang yang memahami walaupun kekadang hemoihhss jugak, suka bajet gemuk padahal kuruih macam papan, lidi suma laaahh. Bayangkan berat 40kg pon kate gemuk! Huh. Bencik i tao. I lagi berat dari dia. Pastu dia ada hati nak beli t-shirt yang bermotifkan kurus + ramping.  Ya Allah ya Tuhanku, sedarkanlah sahabatku ini Ya Allah. Jangan sampai dia dapat simptom atau penyakit anoreksia. Hehehehehehe -.-


Haha. Dari segi pengalaman, kalau seorang sahabat tuh like kita boleh lawak tahap maksima. Misalnya nak kutuk eyyy buruk ah kau, tak cantik langsung baju tuh. Gedikss dan perkataan-perkataan lain yang kurang melampau. Langsung dia tak terasa. Kekadang je kott. Tapi takde sampai nak putus kawan. Aku memang bertuah sangat at least bila aku belajar di UKM ni, berjauhan dengan keluarga di utara sana, at least ada seorang kawan yang aku rasa bersama-sama aku dikala aku susah dan senang. Tengok macam semalam. Aku ada masalah sikit. Dekat maghrib dah. Melampau gila aku mesej dia, gini :












Hehehe. menjadik tak taktik aku? Takde lah taktik mang betul aku tengah mental breakdown gila. Nak final exam plak lagi beberapa hari. Kalau aku keluar seorang, entah aku buat ape entah. Tapi selalunya kalau aku stres dapat bawak keta lelaju , rasa puas hati sangaatt. Nak-nak kalau dapat drift. Haha. Mampu ke tak aku drift? -.-
Lagi satu korang jangan ingat aku ni pelik-pelik. Haisshh. Ayat mesej aku tak habis tuhh.. Tak tahan nak nangis. Tengok emoticon sedih tu :(
Pastu aku tunggu budak gemuksss ni tak lama pun. Jalan-jalan naik kereta tanpa hala tuju. Sesi meluah perasaan. Aku rasa lega sangaaat. Jam pun menunjukkan waktu maghrib, kitorang singgah sebentar di masjid mana entah, padahal area Bangi jugak. Solat berjemaah pastu rasa lega dan teramat lega. Mata bengkak. Mintak untuk ditempeleng, haha! Mengada betul nak feeling-feeling. Pastu kitorang tak terus balik, aku tanya lah budak gemuksss nih nak makan mana, aku ajak azura, dia taknak. Pastu dia kerling tengok jam. 8.10pm. Jom Mekdi. Ekekeke. Ceh. Macam aku tak tahu ada mc'value dinner. Tersengih2 je die. Btw, tenks belanja aku aiskrim. Makan banyak betul aku harini (semalam). Makan KFC petang tuh dengan orang gila. Hah? Aku berkawan dengan orang gila? Ekekekeke. Lawak je.. Kah kah kah. Pastu malam tuh makan mekdi plak. Waaahhh. Kalau stres mang camni, daripada buat sesuatu yang tak tentu hala, baik makan -.-



Last but not least, tenks s.a.h.a.b.a.t.. Actually ramai yang  menjadi sahabat aku. Terima kasih kerana membantu aku dikala susah dan senang. Mungkin kali ini aku lebih selesa untuk meluahkan perasaan untuk sahabat aku yang ini. :)



Gigih aku bawak KFC bawak masuk mekdi. Malu? Lantak lah. Tak malu pon. Janji dapat makan.
 Ihikssss 8)